Ahad, 4 November 2012

Syirik Geliga Lipan


Baru-baru ni aku bertemu teman lamaku Ali(bukan nama sebenar) di sebuah restoran. Setelah bertanya khabar, kami mula bercerita.

"Kau tak bisness ke hari ni?" tanyaku padanya. "Aku masih bisness lagi, cuma lepas raya ni aku rehat kejap", katanya sambil tersenyum sinis.

"Amboi, dah jadi tokey la katakan. Hati pun senang", kataku sambil bergurau.

"Ah, tak adalah. Kau ni ada-ada saje. Sebenarnya tujuan aku bertemu dengan kau adalah ingin bertanya samada kau ada menyimpan barang-barang lama?" Aku terkejut.

"Barang-barang lama? Barang lama yang macammana?" tanyaku. "Alah... keris yang berusia seribu tahun misalnya?" katanya memberi penerangan. "Ohhh... manalah aku ada simpan benda-benda macam tu. Pisau untuk memasak adala... hahahha" aku jadi lucu dengan keterangannya. Dia mengeluh. "Erm... maaf, aku cuma jadi panasaran, kenapa kau cari benda-benda macam tu?" Sekali lagi aku bertanya macam orang bodoh.

"Aku nak tarik duit la..." Katanya padaku."Ha??? tarik duit? Nanti duit tu datang berguni-guni ke?" tanyaku lagi. "Kau ni bodoh la. Ada la upacara tarik duit yang dibuat oleh tok bomoh. Kemudian, duit tu akan ikut kita. Contohnya kalo kau bisness, ramai la pelanggan yang akan datang ke gerai kau. Lebih kurang macam ilmu pelaris" terangnya panjang lebar. Aku ternganga. Waduh, ini dah masuk bab syirik ni.

"Kau pernah lihat dua ekor lipan bergaduh?" Ali bertanya padaku. Aku menggeleng. "Bila dua ekor lipan sedang bergaduh, kau tangkap lipan-lipan tu, kau kerat leher-lehernya, nescaya kau akan bertemu dengan geliga merah. geliga merah tu kau simpan kerana geliga merah tu boleh digunakan sebagai pelaris perniagaan", Aku semakin tak keruan. "Benarkah?" tanyaku lagi. "Benar, geliha itu mesti dipuja dulu, baru jadi", Ali berkata. "Kau ada?" aku bertanya. Dia mengangguk.

Kemudian, dia meneruskan ceritanya dengan bangga. "Kau tahu, baru-baru ni aku menang nombor ekor rm5000". Katanya dengan nada gembira. "Wah! Banyaknya. Kau dapat nombor dari mimpi kah? " Aku semakin teruja dengan ceritanya. "Mana dapat... Aku jumpa sami la... baru dia bagi nombor. Pasal tu aku tak payah bisness pun , duit masyuk", katanya bangga. "Tok sami mana?" tanyaku lagi. "Amboi, kau pun mahu mintak nombor jugak? Aku lihat banyak tok lebai dan pak haji yang pakai kopiah mintak nombor" katanya, kemudian ketawa terbahak-bahak. Aku hampir tersedak. Milo Ais yang ku minum hampir tersembur keluar. "Pak lebai? Pak Haji? Ahh... itu Pak Aji misai kontot", aku jadi semakin panas punggung.

"Ali, aku rasa kau dah tersasar jauh. Ingat tuhan. Allah yang memberikan rezeki kita". Aku menasihatinya. "Memang Tuhan memberikan kita rezeki, tapi kita kena pandai-pandai mencarinya" balas Ali. "Kita kena pandai-pandai mencarinya, tapi itu semua ada aturannya", balasku. "Agghhh!!! Kalau aku ikut aturanNya, sampai bila pun aku tak kaya. Aku sudah jenuh hidup dalam kemiskinan. Kita mesti rebut peluang. Kalau tak kita tak boleh kaya macam cina",katanya lagi. "Orang cina tak ada aturannya, semua di belasahnya. Halal masuk dalam Haram, Haram masuk dalam Halal. Kita tak boleh ikut cara mereka" pujuk ku lagi.

"Apa kau syarahkan? Atau kau juga mahu jadi kaya seperti aku? Marilah! Kita bergabung", Ali menduga aku. "Oh, tidak! Cukuplah apa yang aku ada", aku menolak dengan baik. "Baiklah, rasanya aku kena pergi. Aku mahu meneruskan niatku mencari keris seribu tahun itu" katanya sambil meletakkan not rm50 di atas meja. Selepas bersalam, dia pun pergi. Tinggallah aku terpinga-pinga sendirian. Ali yang aku kenal dahulu tidak sama denga Ali yang aku jumpa sebentar tadi. Aku memasukkan not rm50 ke dalam poketku, aku bayar dengan wangku. Duit Ali aku sedekahkan pada makcik peminta sedekah di luar restoran itu. Cuma secebis doa untuk Ali, Semoga dia akan sedar akan perbuatannya dan bertaubat sebelum ajal menjelma. Amin

nukilan
Awang Rahmat
Marang.....


p/s Pembaca di larang meniru perbuatan di dalam kisah kali ini. Syirik adalah berdosa besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan