Jumaat, 4 Mei 2012

Peranan Puasa Dalam Membina Iman Dan Islam


Semua rukun-rukut Islam dan cabang-cabang asas bagi membentuk syakhsiyah muslim mempunyai keutamaan dan peranannya membangunkan Islam serta peningkatan iman seseorang. Tampa pelaksanaan rukun-rukun dan cabang Islam itu iman tidak akan wujud dan binaan Islam tidak akan tertegak. Pada dasarnya puasa mempunyai keutamaan yang tersendiri yang tidak ada pada rukun-rukun Islam yang lain.

Justeru itu semua muslim perlu menyedari dan memahami hakikat mereka melaksanakan ibadah puasa. Adakah ianya sekadar ikut-ikutan atau dimana kedudukannya. Diantara hakikat perlaksanaan puasa ialah seperti berikut:

1 . Puasa merupakan latihan fizikal dan kerohanian untuk membentuk ketahanan diri. Hanya orang yang beriman dan sabar sahaja dapat melakukannya. Makin banyak puasa dilakukan maka makin kuatlah ketahanan diri seseorang dan makin tabahlah ia dalam mengadapi cabaran-cabaran dalam hidup.

2 . Puasa sebagai jalan untuk mencapai taraf takwa dan keredhaan Allah Taala .

3 . Dari segi kesihatan puasa dapat mengurangkan berat badan yang mambawa pelbagai penyakit yang berbahaya kapada kesihatan dan puasa pula boleh mencegah penyakit yang merbahaya dan boleh menyembohkan penyakit yang bahaya. Seperti sabda Rasul yang bermaksut:

"Perut yang besar merupakan gedung penyakit" "Perut yang besar adalah gedung penyakit dan berpantang adalah sebagai ubat "

Maka oleh itu puasa mempunyai dua keistimewaan yang utama iaitu keredaan Allah Taala dan kesihatan jasmani dan rohani. Orang yang banyak berpuasa tidaklah perlu berjogging atau mengadakan gerak badan khas bagi mengurangkan atau mengawal berat badan.

4 . Puasa juga sebagai jalan mencapai kaluhurun budi bagi melahirkan wadah sifat-sifat sabar, tawakkal, pemurah, menyantun, kesederhanaan, bertimbang rasa dan lain-lain sifat mulia. Dan ia merupakan sebagai latihan untuk mendisiplinkan diri, lidah. fikiran dan hati dari segala macam maksiat.

"sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah SWT."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan