Jumaat, 25 Mei 2012

Menjadi PEMUDA DAN PEMUDI Islam UNGGUL

 

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-

?usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi ?usia yang mengalir darah yang gemuruh ?usia yang tinggi idealisme yang luas ?usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula ?usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

?generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu ?generasi amal dan membina jama'iy ?generasi rabbani dan ikhlas ?generasi yang bernasabkan Islam ?generasi da'awah dan jihad ?generasi dagang dan hidup bersama orang ramai ?generasi gagah dan agung ?generasi seimbang dan sederhana

Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:

?Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam dan keunggulannya ?Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat ?Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah ?Fitnah ijazah dan pangkat ?Fitnah wanita, isteri dan anak-anak

Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-

?Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar ?Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada ?Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri ?Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik ?Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan ?Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh ?Perakui kejayaan anda ?Tetap merendah diri ?Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada ?Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan