Jumaat, 18 Mei 2012

25 Tips dan petua nak bagi anak pandai bahasa Inggeris


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maafle kalau petua-petua yang saya beri ni agak tidak tersusun sebab ni terus keluar dari minda saya dan lebih dalam berbentuk ‘point form’ dan tidak terlalu  panjang penjelasannya, kalau ada. Ini sekadar pencetus idea dan terpulang kepada anda untuk mentafsirnya dan mengambil langkah-langkah
yang perlu. Idea-idea dan petua-petua ini datang dari:-

1. Pengalaman peribadi sendiri masa belajar dulu
2. Hasil kajian saya masa nak tulis buku
3. Pengalaman dari mengajar kanak-kanak
4. Pemerhatian saya
5. Artikel2 yang pernah saya baca

So kalau rough sikit
idea-idea saya ni mintak maafle banyak2. Ni saya guna teknik brain storming dimana kita luahkan sahaja apa yang terlintas di fikiran. Kalau  ada komen ke kritikan ke x ada masalah..hantar sahaja ke email saya di
cikgutuit...@yahoo.com

1.   Anda dah boleh
ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.
Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris.
Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa
Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah
banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf
Islam.

2.   Bila anak dah
lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris.
 Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang
kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak
nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.

3.   Gunakan sumber
pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan
 persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

4.   Jangan jadikan
kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak
mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi.
 Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda.
Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk
kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.

5.   Kad imbas amat
berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu
 anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad
imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik
 untuk menagajar mereka.

6.   Jangan merasa
malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai.
 Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir
 dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah
dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

7.   Ingat yang bila
seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8.
  Kalau
 ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9.  Belikan buku-buku cerita yang
menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau
dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa
Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita
kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2
dalam bahasa Inggeris kepada mereka.

11. Dapatkan sokongan suami/isteri
untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team
effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa
atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih
dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika
yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan
 lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang
mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2
 Sesame Street.

14. Gunakanlah sumber percuma atau
sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv
dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame
Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain…Kalau anda sendiri nak
belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel TVIQ 552 yang banyak rancangan2
bahasa Inggeris.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya
kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka
ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar.
So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau
nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh
beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan
tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada
 mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan
kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

17. Kalau
 betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa
serentak!

18. Jangan risau., anak anda tak akan
pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2
 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua
bahasa.

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu.
 Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam
 ayat anda.

20. Jangan guna bahasa bayi.
 Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.

21. Kalau anak anda sebut tak betul
,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut
tu.

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda.
 Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau
anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang
kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

23. Selain dari mengguna kad imbas anda
 juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau
gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz
poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan
menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM.
 Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan
kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu
anda ‘berfikir’ bahasa Inggeris.

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat
 perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan
tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti
ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini
 anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa
 yang perlu disebut.

Ha.Dah
 25 tips yang saya bagi.Maybe next time kalau ada mood camni saya akan
beri lagi tips2 dan petua2 yang boleh anda praktikkan.

Akhir
 kata, “Jangan terlalu fikirkan kesilapan dan kelemahan orang lain, tapi
 sebaiknya kita lihat dulu kelemahan diri kita dan ahli-ahli keluarga
kita dan bagaimana kita boleh
memperbaikinya..”
Kelas Asas-Asas bahasa Inggeris akan bermula pd 3hb Julai ini di Sunway dan
31hb Julai di Putrajaya. Tempat terhad.Diskaun khas untuk kelas di Putrajaya
sempena Ramadhan.


Yusoff0193090711


Tiada ulasan:

Catat Ulasan