Sabtu, 16 Julai 2011

Untuk menjauhkan penyakit batu karang - Jangan makan bahan bergaram

PENYAKIT batu karang (kencing batu) berpunca dari takungan garam yang tersekat di dalam pundi-pundi kencing. Apabila garam itu gagal dikeluarkan, ia akan bertambah banyak atau membesar, akibatnya pesakit akan menghadapi kesukaran untuk sembuh. Penyakit ini kadangkala akan mengeluarkan darah tetapi ia tidak begitu ketara kerana bilangan darah yang keluar tidaklah begitu banyak. Untuk memastikan pencampuran darah dan air kencing, warna merah tua atau merah muda akan kelihatan sewaktu si penghidap membuang air kencing.
Di samping itu, pemeriksaan rapi melalui alat pembesar dan beberapa peralatan moden dapat dianalisakan sebanyak mana darah yang mengalir itu bercampur dengan air kencing.
Sekiranya si penghidap mengalami penyakit batu karang bahagian buah pinggangnya akan terasa sengal menyebabkan si penghidap akan mual-mual atau muntah.
Serangan itu disebut Colic dan akan menjalar dari pinggang terus ke bahagian perut dan tersekat di saluran air kencing, menyebabkan air kencing yang hendak dikeluarkan tersekat. Keadaan ini akan menjadikan penghidap berasa sakit yang amat sangat.
Manakala bagi mereka yang menghidapinya melalui pundi-pundi kencing, Colicnya tidak begitu teruk tetapi akan berasa kesakitan di bahagian kemaluan, menyebabkan pergerakan si penghidap itu terganggu.
Apabila    dipicit-picit ataupun ditekan-tekan bahagian bawah perutnya, batu karang itu akan keluar tapi tidak banyak. Kalau batu karang itu sudah beku dan membesar sukar untuk dipecahkan.
Biasanya serangan penyakit batu karang di bahagian pundi-pundi kencing sering dialami oleh kaum lelaki manakala serangan melalui buah pinggang atau ginjal akan dialami oleh kalangan kaum wanita. Untuk menjauhkan diri dari diserang penyakit batu karang, elakkan memakan bahan yang mengandungi garam, minuman yang keras seperti teh, kopi, koko, bir dan lain-lain minuman yang boleh merbahayakan diri.
Dari segi makanan pula jauhkan memakan yang pedas di samping itu janganlah makan hati, limpa, buah pinggang dan lain-lain.
Apa yang elok diamal-kan ialah meminum air sebanyak mungkin agar dapat kencing dengan lawas terutama sekali air susu ataupun air soda serta buah-buahan seperti mentimun, labu dan sebagainya.
Apabila Colic menyerang, penghidapnya hendaklah berehat, sebaliknya gunakan air panas dan diisikan ke dalam botol untuk dipekapkan pada bahagian yang sakit. Dilarang memicit bahagian tersebut kerana dikhuatiri akan menyebabkan berdarah.
Rawatan tradisional juga boleh diamalkan dengan cara mencampurkan daun Ngokilo yang sudah kering sebanyak lima helai, daun Misai Kucing (Orthosiphon Grandiflorus) sebanyak dua helai dan daun Meniran (Phyllanthus Niruri) yang telah dikeringkan satu cam-ca teh.
 Caranya,   campurkan kesemua daun-daun itu di dalam mangkuk dan rendamkan dengan air panas sebanyak dua cawan. Hendaklah dilakukan pada waktu malam dan tempat me-rendam itu mestilah ditutup rapat-rapat. Keesokan hari-nya ramuan itu hendaklah diminum sampai habis. Ulang setiap hari sampai sembuh.
Di samping daun-daun yang disebutkan tadi, terdapat juga beberapa jenis daun yang boleh digunakan seperti daun Kajebaling, daun  Remuyung, daun Tempuyung dan daun Meniran. Cara ramuannya serupa seperti yang tersebut di atas.
Perlu juga diingatkan bahawa nama-nama tumbuhan atau bahan-bahan ubat asli yang disebutkan di atas mungkin berbeza di setengah-setengah   tempat. Nama-nama ini adalah lazim dipanggil oleh orang-orang keturunan Jawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan