Sabtu, 16 Julai 2011

Tairoid - Kebaikan dan keburukannya

MENURUT istilah, glan tairoid yang kurang berfungsi disebut sebagai 'hypothyroidism'. Fungsi tairoid ialah untuk menyesuaikan suhu badan dan kadar tubuh membakar makan-an yang kita makan. Jika tairoid tidak berupaya mengawal suhu badan di peringkat yang sesuai, dengan lain perkataan ia jatuh terlalu rendah disebabkan oleh 'hypothyroidism', tubuh akan mula menjadi tidak menentu. Tanda yang lazim terdapat ialah letih, tetapi terdapat juga tanda-tanda lain.
Tairoid mempunyai kesan yang besar ke atas sistem pembesaran dan perkembangan seseorang. Satu daripada hormon tairoid, thyroxine mempunyai kesan ke atas RNA (asid ribonucleic) termasuk nuklear dan ribosomal.
Pengaruh tairoid ke atas tubuh manusia adalah besar. Selain glan pituitari, tairoid juga mengawal tubuh. Tairoid adalah berkesan ke atas semua sel dalam tubuh, bermula dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.
Untuk menjadikan tairoid berfungsi, ia mesti menerima rangsangan dari bahagian luarglan pituitari dalam bentuk thyrotropic atau hormon-rangsang tairoid.
Hormon ini diperlukan bagi perkembangan tairoid dan dalam bentuk protein, seperti kebanyakan hormon lain. Glan pituitari akan memberi tanda kepada tairoid untuk mengeluarkan hormon tairoid apabila ianya diperlukan, dan jika semuanya berjalan lancar, proses ini akan berlanjutan tanpa sebarang masalah kepada tubuh seseorang itu.
Bagaimanapun jika tairoid tidak dapat melakukan tin-dak balas ke atas stimulus dari pituitari akibat dari 'hypothyroidism', hormon ini masih boleh dikeluarkan, tetapi jumlahnya tidak mencukupi bagi kesihatan kita.
Jika keadaan ini berlanjutan tanpa rawatan, akan muncul pula masalah fizikal atau mental. Semua ini adalah bergantung kepada tingkat adanya 'hypothyroidism'.
Satu daripada kes yang paling ketara akibat kekurangan tairoid ialah benguk, yang terjadi apabila tairoid cuba mengeluarkan lebih hormon, akibat rangsangan dari pituitari.
Bagaimanapun ini tidak dapat dilakukan oleh tairoid dan untuk memenuhi kekurangan hormon itu, ianya menjadi besar, dan seterusnya terjadilah benguk.
Tidaklah menjadi sesuatu yang aneh bagi orang-orang Switzerland dan Austria mengidap benguk, kerana di sana berlaku kekurangan oidin di dalam makanan dan air minuman, dan benguk mereka adalah seberat lima paun atau lebih. Bagi kes-kes benguk yang teruk, pembedahan mungkin. dilakukan untuk membuangnya. Seterusnya pesakit mesti dirawat dengan hormon tairoid tulen.
Ramai orang yang salah faham bahawa dengan pengambilan pil yang mengandungi iodin, akan merangsangkan tairoid untuk berfungsi dan mengeluarkan lebih hormon. la boleh membantu glan dalam mengeluarkan jumlah hormon yang sama, tetapi tidak akan merangsangkan glan untuk mengeluarkan lebih hormon.
Ubat yang paling mujarab bagi 'thypothroidism' ialah mempastikan tairoid menggantikan kembali apa yang te-lah dikeluarkan oleh glan.

HORMON TAIROID

Hanya terdapat dua hormon aktif yang dikeluarkan oleh tairoid: thyroxine dan triiodothyronine. Triiodothyronine atau T3 pernah dianggap sebagai tidak begitu penting, tetapi baru-baru ini diketahui bahawa ia memainkan peranan yang penting dari apa yang disangkakan. la mungkin lebih aktif dari thyroxine atau T4, dan terda-pat juga bukti bahawa setengah daripada thyroxine mungkin bertukar menjadi triiodothyronine. Tubuh memerlukan iodin untuk membuat hormon ini.
Manusia dewasa mempunyai lebih kurang 10 mg iodin di dalam tairoidnya, dan dari jumlah ini hanya 95 peratus di-simpan dalam bentuk iodothyrosine dan iodothyronine.
MENGESAN 'HYPOTHYROIDISM'
Menurut Dr. Broda Barnes, 'hypothyroidism' diidapi hampir oleh 40% penduduk Amerika dari berbagai peringkat. Ini berdasarkan dari keadaan yang berlaku di Australia, sebelum antibiotik diperkenalkan, kira-kira 40% dari bayi-bayi yang lahir tidak pernah mencapai tahap dewasa, akibat dari terlalu banyak penyakit berjangkit.
Seseorang yang mengidap hypothyroid mudah dijang-kiti oleh berbagai penyakit berjangkit seperti penyakit paru-paru, yang merupakan pembunuh utama manusia se-jak tahun 1945. Pada tahun inilah antibiotik dicipta, dan ini mengurangkan jumlah kematian yang tinggi.
Ujian-ujian yang dilakukan untuk mengesan 'hypothyroidism' masih lagi belum memadai. Sehingga ke hari ini, dari 30 ujian yang dilakukan, tidak satu pun yang dapat memberikan jumlah yang tepat hormon tairoid diperlukan bagi kesihatan seseorang pesakit itu.
Ujian-ujian darah hanya mengukur jumlah kandungan hormon di dalam saluran darah, tetapi tairoid tidak meng-gunakan pengaruhnya di dalam darah. Darah hanya mem-pastikan adanya hormon yang cukup, jika sekiranya sel yang berada jauh dari glan tairoid, tiba-tiba memerlukan lebih hormon tairoid. Hormon tairoid menjalankan tugas-nya di bahagian dalam setiap satu dari berjuta sel yang terdapat di seluruh tubuh.
Ujian darah yang paling popular pada hari ini ialah ujian T3 dan T4, yang mengukur jumlah kedua hormon yang mengalir di dalam darah. Dalam tahun 1940, satu ujian yang dinamakan PBI ditemui yang mengukur jumlah iodin yang terdapat di dalam protein.
Selama beberapa tahun, ini telah dianggap sebagai ujian untuk mengesan kekurangan tairoid. Bagaimanapun dalam tahun 1967, seorang penyelidik dari Harvard menjumpai bahawa PBI tidak boleh digunakan untuk mengesan penyakit tairoid, oleh itu ia tidak lagi digunakan.
Ujian-ujian T3 dan T4 biasanya tidak mempunyai kaitan dengan tanda-tanda yang diidapi oleh pesakit, dan pesakit yang disyaki mengidap kurang tairoid akan diberitahu bahawa ujian darahnya 'dalam batas normal'.
Peringkat normal bagi T3 adalah di antara 170 dan 270 nanograms bagi setiap 100 ml darah. Cara ujian yang dicipta oleh Dr. Barnes adalah berhubungan dengan suhu badan, dan boleh dilakukan di rumah.
Ambil jangkasuhu, goncangkannya ke bawah dan bubuh di sebelah anda. Sebaik terjaga, sebelum bangun dari ka-til, bubuh jangkasuhu di bawah lengan anda dan biarkan selama sepuluh minit, dan buat begini selama tiga pagi berturut-turut. Jika purata jumlah suhu bagi ketiga pagi ini kurang dari 97.8, ada kemungkinan anda mengidap 'hypothyroidism'.
Ada juga tanda-tanda lain yang boleh merendahkan suhu seperti kelaparan, fungsi pituitari yang tidak betui dan fungsi adrenal yang rendah. Tetapi jika suhu anda ren-dah dan anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, ke-mungkinan 98% anda mengidap 'hypothyroidism'.
Sebabnya ujian ini dilakukan di sebelah pagi ialah kerana seseorang itu berada dalam keadaan tenang, untuk mendapatkan suhu yang tepat.
Suhu juga boleh diambil melalui dubur jika masa yang menjadi faktor, kerana bacaan yang sama boleh diperolehi dengan membubuh jangkasuhu di tempat tersebut selama dua minit. Perlu juga disebutkan bahawa wanita yang sedang mengalami haid tidak boleh diambil suhunya sehing-ga hari kedua dan ketiga haid. Bacaan yang normal adalah di antara 97.8 dan 98.2.
Jrka ianya lebih daripada 98.2 'hypothyroidism' atau jangkitan lain mungkin berlaku, kerana setiap satu degri lebih bermakna kekurangan sebanyak 10 peratus.

ASAL USUL HYPOTHYROIDISM.

Apakah yang menjadi punca hypothyroidism? Punca utamanya adalah bergantung kepada faktor keturunan. Seseorang yang mempunyai kandungan tairoid yang rendah yang berkahwin dengan orang lain yang berkeadaan sama akan mempunyai tanda seperti letih. Kedua orang ini tidak boleh cenderung antara satu sama lain kerana keduanya akan banyak menghabiskan masa di rumah dari di luar.
Dan apabila pasangan ini bercadang untuk mendapatkan anak, anak-anak mereka juga akan mempunyai kandungan tairoid yang rendah. Jika salah seorang sahaja yang rendah, maka peluangnya adalah 50-50.
Satu keadaan yang disebut 'cretinism' akan terjadi apabila bayi yang dilahirkan mengidap hypothyroidism yang teruk. Mereka akan menjadi kerdil dan mempunyai pemi-kiran yang rendah, seperti yang .dilihat pada mangsa Down's Syndrome. Jika rawatan tairoid diberikan awal, ka-nak-kanak tersebut mungkin membesar dengan normal.
Hypothyroidism yang terjadi pada orang dewasa akan mengakibatkan 'myxedema', yang merupakan peringkat terakhir kekurangan tairoid.
la dapat dikesan apabila detik nadi perlahan, suhu tu-buh menjadi rendah, kulit yang kering dan seperti berdebu, rambut yang kembang dan berbagai tanda lagi � di mana semuanya akan hilang apabila dirawat dengan tairoid.
Diet juga boleh menyebabkan hypothyroidism pada se-tengah-setengah orang. Ini adalah penting dan perlu men-dapat perhatian orang-orang yang kekurangan tairoid, dan juga bagi orang-orang yang normal.
Benguk menyerang kira-kira 200 juta orang, dan ia adalah disebabkan kekurangan oidin di dalam makanan dan air minuman. Terdapat banyak kompaun di dalam makanan-makanan yang mudah diperolehi seperti kobis, bunga kobis, Brussle, brokoli, kale, kohlrabi dan lobak merah.
Jika anda membandingkan makanan ini dengan Pro-pylthiouracil, sejenis ubat untuk merawat hypothyroidism, kesan keduanya adalah sama. Sebaliknya makanan-ma-kanan ini mengandungi 2% dan 133% Propylthiouracil, dan pengambilan makanan-makanan ini tidak mengurangkan kesan iodin.
Diet yang tinggi dengan protein akan juga melemahkan fungsi tairoid. Ujian-ujian yang dilakukan di Jerman dalam tahun 1935 ke atas tikus menunjukkan metabolisma mereka menjadi rendah apabila diberi makanan yang kaya dengan protein.
Ahli-ahli sukan yang mengambil sebanyak 250 hingga 300 gram protein sehari menggunakan amalan yang salah. 'la bukan sahaja melemahkan tairoid, tetapi menyebabkan penyakit-penyakit jantung apabila tidak digunakan dengan betul. Pengambilan protein tidak mesti melebihi 90 hingga 100 gram sehari.

TANDA-TANDA
Tanda-tanda hypothyroidism termasuklah: letih, penyakit sendi, alah, kanak-kanak yang terlampau aktif, selsema yang tidak berhenti-henti dan jangkitan lain, tekanan jiwa, hypoglycemia, kencing manis dan macam-macam mas-alah lain.
Mungkin juga penyakit ini disebabkan punca-punca lain tetapi salah satu dari punca utamanya ialah hypothyroidism. Seseorang yang terlalu.kekurangan tairoid juga akan mempunyai kulit yang berwarna kekuningan dan pucat.
Ini disebabkan oleh pro-vitamin A. Tanda-tanda lain hypothyroidism termasuklah lelah, kurang darah, kandungan kolestrol yang tinggi, bibir bawah kembang, kelo-pak mata menjadi bengkak dan kulit yang kering serta berdebu, yang menunjukkan seseorang itu mempunyai kandungan gam yang tinggi disebut 'mucopolysaccharides', di dalam tisu. Ini merupakan faktor utama kepada penyakit jantung.
Fungsi tairoid yang tidak betul yang disebabkan kekurangan hormon tairoid akan menimbulkan masalah-masalah lain seperti kerdil, nyxedema dan benguk, bergantung kepada ketinggian kekurangan itu dan usia seseorang itu ketika penyakit ini terjadi. Dalam beberapa kes, kecacatan fizikal dan mental boleh dikesan dan dirawat pada tahun-tahun awal usia seseorang itu � IPS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan