Ahad, 17 Julai 2011

Sayangilah buah pinggang anda

MANUSIA  mempunyai dua biji buah pinggang di mana kerosakan kedua-duanya    boleh mengakibatkan maut dalam masa dua atau tiga minggu saja kecuali jika mendapat rawatan segera.
Kedudukan buah pinggang terletak di bahagian bawah di sebelah kiri dan kanan tulang punggung. Sungguhpun ianya kecil lebih kurang sebesar penumbuk dan berat 1/4 paun namun ianya memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam kehidupan manusia.
Bagaimana buah pinggang berfungsi?
Buah pinggang manusia mengandungi kira-kira satu juta unit yang berfungsi bernama nephron. Setiap nephron mempunyai bentuk dan fungsi yang sama seperti yang lain-lainnya.
Justeru itu fungsi buah pinggang itu meliputi kesemua fungsi yang turut dimainkan oleh nephron.
Setiap nephron juga mengandungi saluran darah yang sangat kecil yang dipanggil glomerulus dan tiub mikro bernama tubule.
Sungguhpun fungsi utama buah pinggang adalah untuk mengeluarkan air kencing dan menghasilkan duajenis hormones iaitu 'renin'dan 'erythropoietin' namun ia juga membantu   menghapuskan   sisa-sisa yang tidak diperlukan dalam badan.
Sekiranya buah pinggang berhenti berfungsi, jumlah air, garam dan bahan-bahan lain tidak akan seimbang dalam air kencing.
Jumlah air dalam badan bertambah dan tisu-tisu dalam badan akan menjadi bengkak. Komposisi cecair dalam badan bertukar dari masa ke semasa sehingga ia menjadi abnormal dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan khas dengan segera.
Dalam hubungan ini tiada sebarang penyakit yang dikatakan penyakit buah pinggang tunggal. la lebih disebut banyak penyakit buah pinggang dan perbezaannya terletak pada sesuatu bahagian yang dijangkiti.
Kerana itu rawatan bagi setiap penyakit buah pinggang berbeza mengikut bahagian yang cedera.
Tanda-tanda diserang penyakit buah pinggang boleh dikesan melalui enam perkara:
o Kesukaran untuk membuang air kecil.
o Sering membuang air kecil, terutama pada waktu malam.
o Kencing berdarah.
o Bengkak di mata dan kaki tangan terutama di kalangan kanak-kanak.
o Sakit pinggang.
o Darah tinggi.
Sekiranya anda mendapati atau mengalami tanda-tanda seperti di atas maka anda perlu berjumpa doktor dengan segera. Tapi dalam pada itu ada juga yang tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dan ujian hanya boleh dilakukan ke atas air kencing.
Walaupun kebanyakan penyakit buah pinggang berpunca akibat serangan kuman bakteria namun ada juga yang berpunca di luar buah pinggang di mana kuman yang menghinggap bahagian luar akan mengganggu keluaran air kencing dan salurannya.
Masalah ini pula di panggil penyakit 'urinary tract obstructive' atau pun yang bermaksud bahagian luar air kencing dihalang oleh sesuatu kuman dan mengakibatkan pula kerosakan pada buah pinggang.
Penyakit begini boleh berlaku pada semua peringkat umur dari seorang bayi hinggalah ke dewasa, lelaki mahu pun wanita.
Bagaimanapun perkembangan dalam sains perubatan telah mernbolehkan buah pinggang diganti baru. Umpamanya sejak tahun 1954 pembedahan  pemindahan   buah pinggang telah berlaku di mana teknik-teknik yang dilakukan amat moden kini.
Anda boleh memperolehi buah pinggang dari penderma seperti keluarga anda sendiri atau anda boleh mendaftarkan nama anda sebagai penderma di mana anda boleh memperolehi sekeping kad memberitahu kebenaran untuk menderma buah pinggang selepas kematian anda.
Kajian menunjukkan beratus-ratus kematian berlaku akibat kekurangan buah pinggang.
Bagaimana anda boleh jadi penderma?
Anda cuma perlu menandatangani kad Penderma di hadapan dua orang saksi yang akan turut juga menandatangani kad tersebut.
Kad tersebut mencatatkan beberapa pilihan mengikut kehendak anda:
a) menunjukkan bahawa anda menderma sebarang organ yang dikehendaki atau sebahagian mana dari anggota badan.
b) menghadkan pendermaan kepada organ atau sebahagian mana anggota badan yang anda telah berjanji sahaja.
c) menyerahkan seluruh anggota badan anda untuk kajian ilmu tashrikh.
Seseorang penderma itu haruslah berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai fikiran yang waras untuk menandatangani kad penderma. Semua individu di bawah usia 18 tahun boleh menjadi penderma sekiranya ibu bapa atau penjaga memberikan persetujuan mereka.
Kesan-kesan yang diperolehi melalui ujian air kencing dan darah tinggi.
Penyakit kencing manis yang tidak mendapat rawatan boleh mengakibatkan komplikasi seperti: tidak sedarkan diri, darah tinggi, serangan sakit jantung, buta, penyakit urat saraf dan gangrene (iaitu tisu yang mati).
Hepatitis atau pun jangkitan terhadap hati oleh kuman adalah disebabkan meminum makanan dan air yang telah dihinggapi kuman.
Penyakit ini boleh berjangkit. Dalam peringkat awalnya, bilirubin (sejenis pigmen yang menggelapkan warna air kencing) didapati dalam air kencing.
Bagaimana pun jika tekanan darah sentiasa tinggi, ia di gelar penyakit darah tinggi atau hypertension.
Di Singapura, 14% dari penduduk dewasa mengalami darah tinggi dan 95% dari mereka tidak mengetahui langsung. Antara beberapa fakta yang menyebabkan tekanan darah ialah:
a) terlalu banyak memakan garam
b) tekanan emosi
c) merokok
d)gemuk
e) keturunan
Penyakit darah tinggi lazimnya menyebabkan serangan sakit jantung dan 'stroke', la menyebabkan jantung terpaksa berfungsi dua kali ganda dari waktu normal dan ini boleh mengakibatkan sakit jantung dan juga kerosakan buah pinggang.
Kebanyakan manusia menganggap diri mereka sakit hanya setelah merasa gelisah, dan mendapati ada perubahan terhadap air kencing, buang air besar, mahupun badan terasa sengal.
Bagaimana penyakit kencing manis yang jarang menimbulkan sebarang kesan adalah satu konsidisi di mana badan anda tidak mempunyai insulin yang secukupnya.
Bagi seorang pengidap, pankreasnya tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi. Akibat itu, gula tidak dapat memasuki sel-sel di badan, malah akan berkumpul dalam darah mengakibatkan darah tinggi dan ia boleh dikesan melalui ujian air kencing.
Jangkitan kuman terhadap saluran kencing.
Saluran kencing boleh dijangkiti kuman dan mengakibatkan buah pinggang mengalami kerosakan jika tidak mendapat rawatan.
Tekanan darah tinggi.
Seperti air memerlukan kepala paip untuk mengepamnya melalui paip ke rumah anda begitu juga jantung anda mengepam darah di bawah kadar tekanan melalui saluran darah kepada semua bahagian badan. Tekanan darah mengalami perubahan setiap minit. Sewaktu senaman tekanan darah akan meningkat dan ini adalah keadaan normal.
Penyakit-penyakit seperti yang di sebut di atas ini boleh dikurangkan sekiranya anda:
a) belajar relaks selalu.
b) makan barang-barang yang sesuai dan bersih. Hindarkan dari banyak memakan barang-barang yang mengandungi terlalu banyak garam dan lemak.
c) Berhenti merokok dan minum-minuman keras,
d) Selalu mengadakan senaman setiap hari kerana ia akan menyegarkan badan anda.
e) Anda harus selalu menguji tekanan darah dan air kencing sekurang-kurangnya setahun sekali kerana kesan dan rawatan yang awal boleh menyelamatkan nyawa anda, mengurangkan penderitaan dan seterusnya perbelanjaan perubatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan