Sabtu, 16 Julai 2011

Sakit tulang belakang bermula dari tempat tidur

SAKIT tulang belakang boleh terjadi bermula dari apa sahaja, dari cara anda melakukan kerja yang mudah seperti mengikat tali kasut hingga kepada kerja-kerja yang berat seperti mengangkat dan memindahkan perabot.
Masalah ini biasanya terjadi akibat kelesuan otot akibat dari te-kanan kerja yang dilakukan sehan-an Sakit tulang belakang juga boleh terjadi disebabkan oleh tilam yang terlalu lembut, terutamanya bagi mereka yang telah melewati usia pertengahan umur dan juga ibu-ibu mengandung. Jika tilam yang anda tidur tidak dapat menampung tubuh anda dengan sempurna, otot yang menyokong bahagian belakang anda terpaksa bekerja lebih demi untuk memelihara imbangan tulang belakang.
Segala sendi-sendi yang menyokong tubuh anda akan jadi tidak menentu, terganggu kedudukannya.
Tidur sepanjang malam yang menyakitkan badan, kedudukan tubuh yang tidak betul, kurang pula senaman dan ditokok pula dengan tekanan-tekanan, kesemuanya akan menyebabkan anda mengalami sakit belakang.
Dengan itu, apakah jenis tilam yang dapat membuat anda tidur dengan selesa di samping dapat pula mendokong tubuh anda serta membantu tulang belakang rehat semasa anda tidur?
Untuk itu kita memerlukan tilam yang mantap bukannya keras yang harus diletakkan kalau tidak di atas lantai yang rata pada katil yang baik.
Pentingnya tilam yang mantap adalah untuk membantu anda tidur dengan baik dan selesa sambil merehatkan tubuh dan secara langsung pula anda memelihara tulang belakang agar tidak mudah terkena sakit belakang yang menyusahkan hidup di belakang hari.
Pada umumnya, tilam yang anda  pilih mestilah yang mantap dan selesa pula bila anda membaringkan 2 tubuh di atasnya. Mantap bukan bermakna keras kerana ramai yang mendapati tilam keras tidak selesa untuk kita tidur.
Jadi apakah yang dikatakan tilam yang mantap dan bagaimana-kah cara yang paling bijak ketika memilih tilam?         
Semasa memilih tilam, ingatlah bahawa tilam yang anda beli itu lambat laun akan menjadi lembut sedikit dan kerana itu anda harus-lah membeli tilam yang agak lebih mantap sedikit daripada jenis tilam yang anda rasa selesa.
Ramai orang memerlukan masa paling kurang seminggu untuk menyesuaikan diri mereka dengan tilam yang mantap yang baru dibeli-nya. Selepas itu mereka akan merasa kurang selesa bila tidur di atas tilam yang lembut ataupun lembek.

Sebenarnya, dalam pasaran hari ini terdapat tiga jenis tilam � iaitu yang. dibuat daripada kapas, 'foam' (gabus ataupun getah) dan. spring. Sejak kebelakangan ini tilam foam dan spring sudah semakin disukai ramai.
Syarikat-syarikat pembuat tilam ada mengeluarkan aneka jenis tilam yang 'mewah, dibuat khusus untuk memenuhi keperluan orang ramai yang berbagai-bagai.
Sebahagian daripada tilam ke-luaran syarikat-syarikat yang besar telah dibuat berdasarkan kepada pengetahuan teknologi yang khusus yang didapati hasil dari pe-ngalaman syarikat-syarikatnya yang telah lama berkembang maju di luar negeri.
Untuk mencegah sakit belakang anda hendaklah memilih jenis tilam foam yang mantap.
Bagi mereka yang sudah pun mengalami sakit belakang boleh-lah mereka memilih sejenis tilam khas 'firm rest' yang mantap dan dapat mendokong tubuh anda deng'an baik. Lazimnya tilam ini sete-bal 6 inci.
Sebagai panduan, untuk memelihara agar tilam jenis 'foam' anda tahan lama, janganlah mendedah-kannya kepada pancaran matahari yang sedang terik.
Sementara itu, tilam mestilah di-hamparkan dengan kain cadar dan untuk membersihkannya, sapulah dengan berus yang lembut ataupun kain yang bersih.
Sekali-sekala anda bolehlah menjemur ataupun menganginkan tilam tetapi ingat jangan didedahkan pada pancaran matahari yang sedang terik.
Satu kesilapan yang sering berlaku ialah dengan membeli tilam yang telah dipakai kerana harga-nya murah. Tilam-tilam ini selalunya sudah kurang selesa dan mungkin terdapat jangkitan bakteria ataupun habuk yang boleh membawa penyakit seperti lelah.
Pijat-pijat juga suka kepada tilam yang lembab kerana peluh dan bau yang terserap di tilam akibat tidak dijaga dengan sempurna. Seseorang akan mengeluarkan peluh sebanyak satu suku pain se-tiap malam, menjadikannya 55 gelen setahun dan kebanyakannya akan diserap oleh tilam yang ditidurinya.
Inilah sebabnya anda harus memilih tilam-tilam yang bermutu tinggi yang telah diproses dengan begitu rupa bagi mengelakkan bau yang kurang menyenangkan kerana kulat dan bakteria memang suka melekat pada tilam.
Sebab-sebab lain orang ramai tidak digalakkan .membeli tilam-tilam yang telah dipakai ialah kerana tilam-tilam ini telah mendap kerana telah lama ditiduri oleh tuan punya sebelum ini, dan mungkin orang lain tidak akan merasa selesa tidur di tilam yang sama. Dan sebuah tilam yang lama, yang telah mendap juga tidak akan dapat mendokong dan penyokong tulang belakang seseorang.
Ketika membeli tilam baru, pilihlah ukuran yang sesuai untuk anda, tetapi ianya janganlah kurang dari enam inci, mesti lebih panjang sedikit dari anda. Dan jangan terlalu kedekut ketika membeli tilam untuk anak-anak kerana mereka lebih memerlukan ruang yang luas untuk tidur, daripada kita.
Cara yang paling baik untuk mendapatkan luas tilam yang betul ialah dengan berbaring di atas tilam itu. Jika anda membeli tilam untuk berdua, lakukan cara yang sama dengan teman anda. Jangan malu melakukannya di tengah ruang kedai, tetapi mintalah kebe-naran dari penjual dahulu.
Cuma tentukan tulang belakang anda selesa dalam apa juga bentuk sama ada terlentang dan mengiring.
Jika anda perlukan sebuah tilam getah atau .yang mempunyai spring minta dari pekedai itu tilam yang lebih mantap dan selesa.

� Sumbangan Dunlop

1 ulasan:

armouris berkata...

lagi info tentang tulang belakang di SIHAT SELALU - Masalah Cakera Tulang Belakang

Catat Ulasan