Ahad, 17 Julai 2011

Sakit Tuan

PENYAKIT tuan meliputi buah zakar bengkak, pundi di epidedimis bengkak,
pundi cecair, barah buah zakar,air pepasang, pundi prostat,bengkak di pundi prostat dan barah pundi prostat. Kira-kira 80 peratus daripada
lelaki yang menghidap sakit tuan adalah berpunca daripada gangguan fikiran dan tekanan perasaan apabila isteri menyatakan rasa tidak puas ketika bersatu. Lelaki yang mengalami masalah ini masih boleh diubat
melalui khidmat rundingcara dan nasihat-nasihat doktor pakar. Timbalan Pengarah Pusat Kepakaran dan Reproduksi Manusia dan Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Mohd Ismail Mohd Thamby, berkata jika seseorang lelaki menghadapi masalah itu mereka perlu mendapat rawatan segera.
Bagaimanapun, hingga kini masih ramai lelaki yang malu untuk berjumpa doktor pakar dan mendapat khidmat nasihat apabila menghadapi masalah berkenaan.
Jika tidak dirawat ia akan menjadi bertambah teruk dan menimbulkan pelbagai masalah dan kesan kepada pesakit.
Pesakit demam kuning juga berkemungkinan diserang penyakit tuan jika rawatan yang diberikan ketika mereka sakit tidak sempurna. Antara jenis penyakit tuan ialah:
Buah zakar bengkak
la berlaku kerana jangkitan kuman atau virus. Penyakit bengkok atau 'mumps' misal-nya, boleh menyebabkan kedua-dua buah zakar bengkak.
Adakalanya buah zakar boleh terpusing menyebabkan salur darah tersekat dan mungkin merosakkan buah zakar.
Bagi mengatasi masalah itu pesakit perlu berjumpa doktor untuk mendapat kepastian punca berlaku bengkak.
Pundi di epidedimis bengkak
Masalah itu boleh berlaku jika ada jangkitan kuman pada pundi epidedimis. Tanda penyakit ialah rasa tidak selesa pada anggota berkenaan. Masalah ini boleh diatasi dengan rawatan antibiotik.
Pundi cecair atau sista
Sista atau ketumbongan mengandungi cecair didapati pada pundi epidedimis. la tidak mendatangkan kemudaratan dan ketumbuan itu dialami oleh lelaki yang meningkat usia 40 tahun ke atas. Pundi itu boleh membesar dan menyebabkan rasa tidak selesa kepada pesakit. la boleh dibedah untuk dikeluarkan.
Air pepasang
la berlaku apabila cecair dalam sampul buah zakar meningkat ke tahap yang tinggi dan menyebabkan buah zakar kelihatan membesar. Zakar akan bergayut atau menjadi besar kerana tali perut sudah termasuk pada permukaan yang sudah terbuka. Penyakit semulajadi ini adakalanya mengecut dengan sendiri tanpa rawatan. la boleh dirawat melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan takungan cecair itu.
Barah Buah Zakar
la berlaku pada bila-bila masa sahaja. Besar kemungkinan barah berlaku pada zakar yang kedudukannya dalam tubuh badan. Tanda-tanda awal adalah ketumbuhan yang wujud di sebelah buah zakar dan ketumbuhan itu mengambil masa yang lama untuk timbul dan tidak mendatangkan kesakitan. la juga boleh menyekat fungsi-fungsi pengeluaran hormon dan menyebabkan buah zakar mengeluarkan hormon menyerupai hormon wanita. Dengan adanya pengeluaran hormon ini, pesakit mendapati kedua-dua belah dadanya membesar.
Pundi Prostat
Pundi prostat membesar dan menjadi keras. Perkara itu berlaku kepada lelaki yang sudah lanjut usia. Sebilangan kecil lelaki berkenaan mengalami masalah pengeluaran air kencing. Ini disebabkan oleh pundi prostat yang menekan penghujung pundi air kencing. Pesakit akan mengalami masalah seperti pengeluaran air kencing yang tersekat atau
air kencing tidak keluar sama sekali meskipun pundi air kencing sudah besar dan lelaki berasa hendak membuang air kecil.
Jika masalah itu berlaku pesakit perlu mendapat rawatan. Doktor akan mengeluarkan air kencing dengan 'catheter' atau memasang atau memasukkan tiub ke dalam pundi air kencing untuk mengeluarkannya. Jika masalah pengeluaran air kencing berlarutan doktor akan mencadangkan supaya pembedahan dilakukan untuk membuang pundi prostat yang bengkak itu.
Pundi prostat boleh dibedah melalui salur kencing dengan menggunakan alat 'resectos-cope'. la juga boleh dikeluarkan melalui pembedahan di atas tundun.
Pundi prostat bengkak
Masalah itu berlaku pada prostat yang diserang kuman. Jangkitan kuman boleh berlaku kerana pundi prostat berkaitan dengan salur kencing.
Tanda-tanda awal penyakit Ini adalah rasa sakit di bahagian pangkal zakar, demam dan kekerapan membuang air kecil.
la boleh dirawat dengan ubat antibiotik yang tertentu. Adakalanya doktor perlu membuat pembedahan kecil untuk mengeluarkan takungan nanah di bahagian pundi prostat.
Barah pundi prostat
Penyakit ini sukar dikesan kerana tanda-tandanya sama seperti tanda-tanda prostat yang bengkak. Bagaimanapun, jika tanda-tanda itu berlaku kepada lelaklyang berumur 60 tahun ke atas, pesakit perlu mendapat rawatan atau pengesahan doktor. Ada beberapa ujian darah yang boleh mengesan barah prostat. Pundi prostat yang mengalami barah mungkin perlu dibedah atau dirawat dengan ubat-ubat antibarah atau pancaran X-ray.

Antara Masalah dihadapi
ANGGOTA pengeluaran lelaki adalah zakar, kerandut buah zakar dan buah zakar. Anggota-anggota ini letaknya di bahagian luar tubuh seseorang lelaki.
Anggota pengeluaran lelaki di bahagian tubuh termasuklah pundi prostat, pundi mani dan pundi 'cowper'.
Zakar mengandungi tisu-tisu 'erectil' atau tisu-tisu mengembang dan saluran pembuluh darah. Zakar membesar ketika darah masuk ke dalam salur itu dan ketegangan ini amat penting untuk kelamln.
Di penghujung zakar ada kulit penutup yang dipanggil kulup. Kulup akan dibuang sewaktu berkhatan.
Dalam kelopak kulup ada cecair pekat yang dikenall sebagai 'smegma' yang dikeluarkan oleh kulit dalam kulup.
Bahan-bahan ini boleh menjadi punca penyakit penghujung zakar atau 'balanitis' jika tidak dibersihkan atau diserang kuman atau kulat.
Bagi lelaki yang tidak berkhatan mereka perlu menjaga kebersihan kulupnya sebagai langkah mengelakkan penyakit itu.

Kerandut buah zakar mengandungi dua buah zakar. Kulit kerandut berkedut-kedut dan tebal. la boleh menegang ketika waktu sejuk dan kendur sewaktu panas.
Buah zakar mengandungi kilang-kilang benih lelaki dan hormon-hormon kelakian.
Pundi mani, pundi prostat dan pundi cowper terletak berhampiran saluran kencing di penghujung pundi air kencing dan berfungsi mengeluarkan cecair untuk campuran benih lelaki sewaktu pancutan air mani. Antara penyakit zakar:
Phimosis
Penyakit pembukaan kulup tertutup atau padat dan tidak mudah penghujung zakar terkeluar. Masalah ini boleh diatasi dengan berkhatan.
Parafimosis
Penyakit pembukaan kulup tebal serta padat dan menyekat penghujung zakar daripada memasuki ke dalam kulup kembali. Oleh itu, darah bertakung di penghujung zakar menyebabkan ianya bengkak. Masalah seumpama ini perlu dirawat segera kerana jika dibiarkan, tisu-tisu zakar mungkin cedera dan menyebabkan mati pucuk.

Petikan: Berita Minggu 18 Disember 1988

1 ulasan:

armouris berkata...

lagi info tentang bengkak prostat di SIHAT SELALU - Bengkak Prostat Ancam Lelaki

Catat Ulasan