Selasa, 19 Julai 2011

Rokok punca utama hidap barah paru-paru

BARAH paru-paru memang diketahui sangat sinonim dengan tabiat merokok. Bagaimanapun, ia sedikit pun tidak mengurangkan jumlah perokok atau pesakit berkenaan.

Menurut Persatuan Barah Amerika, barah paru-paru masih menjadi pembunuh utama lelaki dan wanita pada tahun lalu manakala 87 peratus punca penyakit berkenaan dikaitkan dengan merokok. Malah, jumlah kematian barah paru-paru di Amerika Syarikat melebihi kombinasi jumlah kematian disebabkan barah kolon, prostat, limfa dan payu dara.

Barah paru-paru adalah penyakit yang terjadi di dalam tisu paru-paru dan membesar menjadi tumor. Ia mempengaruhi tisu normal dan memusnahkan fungsi paru-paru.

Apapun, satu fakta yang sangat jelas menunjukkan bahawa risiko kematian disebabkan barah paru-paru boleh dikawal. Ini disebabkan merokok adalah punca hampir 87 peratus barah paru-paru. Risiko barah paru-paru meningkat seiring masa dan jumlah rokok yang dihisap.

Begitupun, jika anda sudah berhenti merokok walaupun selepas berbelas tahun anda masih berisiko diserang barah paru-paru.

Pencegahan barah paru-paru adalah kritikal kerana ia hanya diketahui apabila sudah berada pada tahap yang kronik. Walaupun kadar yang terselamat daripada barah paru-paru meningkat tetapi ia tidaklah serendah statistik barah lain.

Pada peringkat awal, tiada sebarang simptom yang akan muncul tetapi apabila simptom muncul, paling biasa pesakit akan batuk. Ini disebabkan tumor menyukarkan garisan pada laluan pernafasan atau menyekat laluan pernafasan.

Selain batuk, perhatikan simptom berikut;

Batuk yang semakin teruk

Batuk berdarah walaupun dalam jumlah yang sedikit

Sakit dada

Sesak nafas

Serangan pneumonia atau bronkitis yang berulang

Hilang berat badan, tiada selera makan dan mungkin sakit kepala

Penyebab

Rokok adalah penyebab utama barah paru-paru. Asap tembakau mengandungi lebih 3,500 bahan kimia. Daripada jumlah itu 40 peratus mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai carcinogens. Rokok juga mengandungi lebih daripada 30 toksin termasuk kompaun radioaktif.

Faktor lain biasanya menyerang �secondhand smoke� misalnya menyedut asap rokok atau bahan-bahan industri yang lain.

Barah paru-paru yang bermula dalam paru-paru tidak kerap terjadi di kalangan mereka yang tidak merokok, tetapi barah payudara, kolon, prostat, testis, tiroid, tulang dan lain-lain organ mungkin boleh tersebar ke paru-paru. Bagaimanapun, tiada kaitan antara merokok dan penyebaran sel barah ke paru-paru daripada bahagian tubuh yang lain.

Faktor Risiko

Jantina. Bekas perokok perempuan lebih berisiko terhadap serangan barah paru-paru berbanding bekas perokok lelaki. Walaupun sebab sebenarnya tidak diketahui tetapi pakar perubatan percaya wanita lebih mudah dipengaruhi bahan penyebab barah dalam tembakau.

Pendedahan pada bahan penyebab barah. Walaupun tidak merokok, anda masih berisiko diserang barah paru-paru jika terdedah pada asap rokok secara berterusan.

Bangsa. Warga kulit hitam di Amerika dikatakan lebih berisiko diserang barah paru-paru.

Rawatan

Kemoterapi

Radioterapi

Pembedahan

(Wedge resection - mengeluarkan hanya bahagian paru-paru yang terjejas)

(Lobectomy - membabitkan membuang keseluruhan �lobe� pada satu bahagian paru-paru)

(Pneumonectomy - keseluruhan paru-paru dikeluarkan)


Penyelidik sedang membangunkan rawatan terbaru menentang semua jenis barah termasuk barah paru-paru. Antaranya ubat oral yang menyekat faktor pertumbuhan sel barah dikenali sebagai Erlotinib.

Satu lagi rawatan terbaru adalah suntikan yang membantu menyekat pertumbuhan saluran darah yang membekalkan nutrisi kepada tumor. Ia dikenali sebagai �Bevacizumab�.


Sumber: Berita Minggu 10.6.2007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan