Ahad, 17 Julai 2011

Penyakit-Penyakit Mulut

SELAIN daripada penyakit karies dan periodontium (gusi), banyak lagi penyakit-penyakit mulut yang dialami oleh seseorang itu. Kebanyakan orang ramai tidak mengetahui bahawa mereka itu menghidapi penyakit tersebut.
Ada penyakit yang khasnya hanya terdapat di dalam mulut sahaja dan banyak pula penyakit yang ada kaitannya dengan penyakit-penyakit atau kekurangan zat-zat yang terdapat di keseluruhan badan seseorang itu.
Jikalau kesakitan yang dirasai, cepatlah pesakit-pesakit itu berjumpa dengan doktor am atau doktor gigi tetapi jikalau penyakit itu merupai pertukaran warna mukosa mulut (kulit yang meliputi bahagian mulut), bengkak-bengkak di dalam atau di sekitar mulut atau ulser (pecah-pecah) di dalam mulut, kebanyakan pesakit akan mendiamkan diri sehingga terasa sakit atau susah untuk memakan dan menelan.
Tabiat-tabiat begini timbul kerana ada yang merasa takut sama ada mereka itu menghidap penyakit kanser, malu dengan keadaan mereka, tidak mengetahui apa yang seharusnya dilakukan dan ada pula yang tidak sedar sama sekali bahawa mereka itu berpenyakit. Tabiat terakhir ini muncul disebabkan mulut itu adalah satu bahagian tubuh badan yang jarang dilihati oleh seseorang individu itu jikalau dibandingkan dengan muka dan keseluruhan tubuh badannya.
Penyakit-penyakit yang melibati rahang pula tidak mungkin disedari oleh pesakit-pesakit jikalau mereka itu di antara yang jarang melawat doktor gigi. Kebanyakan penyakit ini hanya dapat dikesan dengan menggunakan mesin x-ray.
Banyak lagi penyakit-penyakit yang boleh diperbincangkan tetapi artikel ini hanya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai beberapa penyakit di dalam mulut yang biasanya dilihat di negara ini. Prognosis (ramalan) kebanyakan penyakit-penyakit ini amatlah baik jika dirawat dari awal lagi. Beberapa penyakit yang akan diterangkan di dalam artikel ini ialah:
a) Ulser-ulser di dalam mulut
b) Bengkak-bengkak di dalam mulut
c) Penyakit-penyakit di dalam tulang rahang
d) Pertukaran warna mukosa mulut
e) Kanser mulut

a) Ulser di dalam mulut
Penyakit ini boleh dibahagikan kepada ulser yang berulang dan ulser terasing. Satu daripada ulser yang berulang ini yang selalu dialami oleh sebahagian besar daripada rakyat Malaysia ialah ulser aftus berulang. Ulser aftus boleh dibahagikan kepada tiga iaitu ulser aftus berulang minor, ulser aftus berulang major dan ulser aftus berulang herpetiform.

Ulser aftus berulang minor
Ulser-ulser ini boleh terjadi di mana-mana di dalam mutut selalunya di bahagian pipi, bibir, di bawah dan di atas lidah. Ulser-ulser ini berbentuk bujur atau bulat dan berukuran 3-4 mm. walaupun ada yang berukuran 2sm. Satu atau 2 hingga 4 ulser akan terjadi pada masa yang sama - Kadangkala satu ulser akan sembuh dan yang lain sedang menjadi. Tiap-tiap ulser itu akan sembuh di dalam jangka masa 5 hingga 14 hari.
Sebahagian pesakit-pesakit ini akan mengalami ulser pada sesuatu masa dan kemudiannya akan menghadapi masa yang tidak berulser. Ulser-ulser ini akan berulang. Ada pula pesakit yang tidak pernah mengalami masa yang tidak berulser. Ulser yang banyak di dalam mulut akan menimbulkan kesakitan selalunya di waktu makan. Percakapan ada kalanya terganggu kerana sakit.

Ulser aftus berulang major
Selalunya ulser yang besar dan mendalam akan wujud di bahagian telangit. Di sekitar ulser ini akan kelihatan merah. Pesakit-pesakit boleh merasa demam dan nodus di leher boleh meniadi bengkak.
Ulser ini biasanya terasing pada sesuatu masa itu dan akan menimbulkan kesakitan yang amat sangat. Ia akan berada di tempat itu selama sekurang-kurangnya enam minggu dan akan sembuh dengan meninggalkan kesan parut. Ulser ini juga akan berulang.

Ulser aftus berulang Herpitiform
Pesakit-pesakit ini mengalami banyak ulser-ulser yang kecil-kecil di dalam mulut pada sesuatu masa. Ulser-ulser ini akan bersatu dan menjadi satu kelompok. Ulser-ulser ini juga akan berulang.
Kesemua aftus ulser ini ialah satu penyakit yang multifaktorial. Biologi (ramalan) sebenarnya belum lagi diketahui. Setengah daripada etiologi yang telah dicadangkan ialah turun-temurun, trauma, jangkitan (infeksi) bakteria atau virus, gangguan gaster usus (di dalam perut), pengaruh hormon, tekanan emosi dan kekurangan faktor-faktor penting seperti vitamin B12, asid folik dan zat besi di dalam tubuh.
Oleh sebab etiologi yang mungkin multifaktorial ini, cara merawat ulser-ulser itu adalah berlainan untuk seseorang pesakit dan ini terpulang kepada apakah yang penting di dalam riwayat pesakit-pesakit itu. Penyakit ini bukan penyakit malignan (merbahaya) yang boteh menjadi kanser.

b) Bengkak-bengkak di datam mulut.
Keadaan ini merupakan lesi-lesi (perubahan tuar biasa) yang berpedunkel (bertangkai) atau sesil (tidak bertangkai). Banyak lesi-lesi seperti ini terdapat di mana-mana di dalam mutut. Di antara yang lazirnnya dilihat di dalam mulut ialah:
1. Granuloma piogen
2. Granuloma set raksaksa peri-feri
3. Polip fibro-epitelium
4.Hiperplasiadentur

Granuloma piogen, granuloma sel raksaksa periferi dan polip fibro-epitelium lazimnya wujud sebagai suatu bengkak  yang benin (tidak merbahaya). Kebanyakan bengkak-bengkak ini terjadi di atas gusi dan corak klinikal mereka adalah serupa. Lesi-lesi ini dapat diasingkan hanya dengan cara biopsi di mana sebahagian atau kesemua tisu ini dipotong dan kajian dengan menggunakan mikroskop dilaksanakan.      

Granuloma piogen
Lesi ini boleh terjadi di mana-mana sahaja di dalam mulut melainkan di lelangit. Lesi ini kebanyakannya terjadi di gusi perempuan. Ramai di antara mereka yang mengandung didapati menghidap penyakit ini. Lesi ini berwarna merah dan selalu berdarah. Kebersihan mulut (higin mulut) yang memuaskan ada kaitannya dengan lesi ini.
Walaupun lesi ini terjadi di dalam mulut ramai perempuan yang mengandung, mereka yang mempunyai kebersihan mulut yang memuaskan tidak menghidap penyakit ini. Jelaslah bahawa higin mulut seseorang itu ada perkaitannya dengan etiologi penyakit ini. Etiologi yang juga dibabitkan dengan penyaKit ini ialah trauma dan pertukaran hormon di dalam darah seperti yang terdapat pada perempuan-perempuan mengandung.
Jika lesi ini berada di dalam mulut perempuan yang hamil, kebersihan mulut mereka mesti diperbaiki dan plak, kalkulus (bahan kotoran di permukaan gigi) perlu dibuang. Penampalan yang tidak memuaskan juga perlu dibaiki sebab ianya boleh menjadi punca trauma. Dengan cara ini granuloma piogen akan menjadi kecil tetapi tidak akan hilang.
Jika lesi ini dibuang semasa mengandung, ianya akan terjadi lagi. Selepas melahirkan anak, lesi ini perlu dibuang. Untuk perempuan yang tidak hamil dan lelaki, lesi ini mesti dibuang. Lesi ini tidak akan berulang melainkan kebersihan mulut tidak bertambah baik.

Granufoma raksaksa tulang periferi.
Corak klinikal lesi ini adalah sama dengan granuloma piogen tetapi selalunya terjadi di gusi berdekatan dengan gigi. Perempuan yang berumur di antara 10-40 tahun didapati mendapat penyakit ini. Penyakit ini dirawat dengan cara pembuangan tisu. Etiologi yang paling digemari untuk lesi ini ialah trauma.

Polip fibro-epitelium
Lesi ini boleh didapati di mana-mana di dalam mulut. Corak klinikalnya seakan lesi-lesi yang telah dibincangkan di atas tetapi ianya berwarna serupa dengan mukosa mulut, jarang berdarah dan terasa keras bila disentuh. Etiologi yang paling sesuai ialah trauma dan ianya dirawat dengan cara pembuangan polip itu.

Hiperplasia dentur
Lesi ini serupa dengan polip fibro-epitelium tetapi berkaitan dengan dentur (gigi palsu) yang longgar atau pinggir dentur terlalu besar. Tekanan berpanjangan oleh dentur yang longgar di atas tisu mulut boleh menyebabkan wujudnya hiperplasia dentur.
Cara rawatan lesi ini ialah pembuangan tisu itu bersama dengan membuat dentur yang baru dan sesuai untuk seseorang itu.
Semua lesi yang bengkak-bengkak ini adalah benin tetapi bengkak-bengkak malignan juga terdapat di dalam mulut. Oleh kerana itu semua lesi-lesi mesti dipotong dan dikaji oleh pakar patologi mulut.
Lesi-lesi ini walaupun benin, jika dibiarkan begitu sahaja boleh membesar dan menghalang pengunyahan. Kesakitan mungkin juga akan dirasai.

2 ulasan:

armouris berkata...

lagi info tentang ulser mulut di SIHAT SELALU - Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah

webmuara berkata...

postingan sobat sangat bagus, jempol buat sobat!!
numpang lewat sobat mau berbagi sedikit hehe;
Setandar Mutu Biji Kopi Pilihan
Adab Buang air
Cara penulisan Artikel Baik & Benar
Blog Terbaik Memberi layanan Gratis
aku ingin belajar bersama anda sobat!!
terimakasih

Catat Ulasan