Jumaat, 15 Julai 2011

Pentingnya Vitamin bagi kesihatan

KEBANYAKAN kita memang sedia maklum bahan-bahan galian dan vitamin dalam pemakanan penting untuk kesihatan, terutama untuk mengelakkan dari sesuatu penyakit. Contohnya, ramai kanak-kanak yang kekurangan vitamin A mengalami penderitaan penyakit mata.
Penyakit Biri-biri berlaku disebabkan kekurangan vitamin B1 (yang juga dipanggil Tiamine) dan Pellagra akibat tidak cukup Niacin dan Asid Nicotinic (sebahagian dari vitamin B kompleks). Vitamin C penting untuk mengelakkan dari penyakit seriawan usus manakala vitamin D bagi menjauhkan dari penyakit riket ataupun sakit tulang lem-but.
Walaupun makanan harian boleh menghindarkan dari penyakit, tetapi ianya kadangkala tidak mengandungi cukup vitamin dan bahan-bahan galian untuk keperluan kesihatan. Sebilangan faktor-faktor boleh menderaskan kegunaan zat makanan ataupun menyebabkan kehilangannya dengan banyaknya.
Pencemaran, tekanan, latihan fizikal yang berat dan panjang, juga beberapa jenis dadah atau bahan perubatan boleh menjejas penyerapan beberapa vitamin dan bahan-bahan galian atau menyebabkan kita berkehendakkan lebih banyak dari jumlah minuman yang diperlukan untuk menghalang penyakit.
Berapa ramai di antara kita merasa dalam kehidupan se-harian walaupun tidak sakit, tetapi tidak pula seratus peratus sihat ataupun 'fit'. Kelesuan, pening kepala, sembelit, sakit-sakit dan tentangan yang rendah terhadap penyakit dalam diri si pesakit adalah perkara biasa dialami oleh sebilangan kita � 'meningkat tua' kata kita. Tetapi adakala-nya ini terjadi kerana kekurangan vitamin dan bahan-bahan galian.
Bagaimanapun ini tidaklah bermakna dengan mengambil vitamin yang berlebihan boleh menyembuhkan kita dengan sekelip mata sahaja. Kemungkinan ini berpunca dari suatu masalah perubatan yang perlu mendapatkan rawatan doktor anda. Sekurang-kurangnya kita boleh pastikan diri kita tidak menderita akibat dari kekurangan makanan yang berkhasiat.
Keistimewaan vitamin-vitamin dan bahan-bahan galian ini ialah kerana ianya diperlukan oleh badan setiap minit dengan jumlah yang sedikit � kadangkala cuma sebanyak beberapa miligram sahaja atau kurang dari itu. Kedua bahan ini boleh didapati hanya melalui makan, juga sebagai bahan tambahan. Kecuali dalam beberapa hal, tubuh kita tidak boleh mengeluarkan kebanyakan dari bahan-bahan ini.
Setengah vitamin, contohnya vitamin A, D, E, F dan K, yang larut lemak boleh disimpan di dalam badan untuk beberapa ketika. Manakala vitamin lain seperti B dan C yang larut air, tidak boleh disimpan oleh badan � jika tidak digunakan vitamin ini akan dikeluarkan. Justeru itu kita perlu selalu mempunyai bekalan yang tetap dari vitamin-vitamin ini.
Jumlah bagi setiap satu vitamin dan bahan-bahan galian yang diperlukan bergantung pada diri seseorang, bagaimanapun terdapat juga jumlah penggunaan harian yang dicadangkan dan diakui di serata dunia. Ianya memberi-kan sukatan yang diperlukan untuk menghindarkan penyakit dan menjaga kesihatan.
Dalam beberapa perkara, makanan yang baik dan berpatutan disertai dengan banyak sayur-sayuran segar, buah-buahan dan biji-bijian berbanding dengan makanan yang sudah diproses, biasanya membekalkan cukup vitamin dan bahan-bahan galian.
Adakalanya, seperti yang kita sedia maklum, kita memerlukan lebih banyak vitamin dan bahan-bahan galian. Makanan pelbagai vitamin merupakan tambahan yang sesuai di dalam makanan, tetapi kita mesti berhati-hati supaya tidak mengambilnya dengan berlebihan, kerana setengah vitamin boleh menjadi toksik (toxic) jika diambil terlalu banyak. Kalau boleh, ada baiknya jika kita memperolehinya dengan cara biasa melalui pemakanan.
Kita sudah pun mengetahui bahawa protein diperlukan untuk membina tubuh badan. Sekiranya protein itu dapat diibaratkan sebagai batu-bata maka vitamin itu ialah sebagai pekerja yang menyusun batu untuk menyiapkan rumah atau kita boleh andaikannya juga seperti cucuhan api (spark) yang pantas membakar bahanapi (makanan) dengan sempurna.
Pada dasarnya, setiap vitamin dan bahan-bahan galian ada mempunyai tugas mereka sendiri yang khusus, bagaimanapun ia selalunya bekerjasama sebagai satu kumpulan, ia dapat membuat sesuatu dengan lancar dan cepat manakala jika secara sendirian ia mungkin tidak mendatangkan kesan.
Bahan galian kalsium, misalnya perlu bersatu dengan fosforas untuk membina gigi dan tulang. Tetapi vitamin D pula perlu untuk membolehkan darah membawa bekalan bahan galian tadi dengan secukupnya.
Kadangkala, kita akan temui dua bahan yang bertentangan � contohnya dua pekerja yang selalu berkelahi dan tidak akan dapat membuat sebarang kerja! Demikian juga halnya dalam perkara ini bagi vitamin E dan garam besi, kecuali bahan besi terdapat dalam bentuk tertentu (chelated).
Setakat ini, terdapat tujuh jenis vitamin yang dikenali (setiap satu mempunyai kumpulan yang banyak) termasuk beberapa bahan lagi yang kedudukannya masih lagi dipersoalkan sama ada ianya benar-benar vitamin atau sebaliknya. Kebiasaannya vitamin dikenali dalam bentuk abjad, sekalipun setiap satu mempunyai nama yang berlainan.
Secara kasar vitamin boleh dibahagikan kepada dua kumpulan � yang larut lemak dan yang larut air. Kumpulan pertama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan