Sabtu, 16 Julai 2011

Mengenal garam ulas tubuh anda

DARI darah dalam tubuh manusia yang telah diaoalisakan, ianya mengandungi bahan-bahan organik dan bukan organik. Bahan-bahan organik adalah tersusun dari unsur-unsur gula, lemak dan zat-zat beriender (albuminous). Manakala unsur-unsur bukan organik pula tersusun dari air dan zat-zat logam yang tertentu. Zat-zat logam inilah yang dinamakan garam ulas (cell salts).
Dalam tubuh manusia yang hidup, susunan air ialah sebanyak 7/10, garam ulas pula ialah 1/20 dan selebihnya adalah terdiri dari bahan-bahan organik.
Pada mulanya para saintis perubatan tidak memberikan perhatian yang wajar terhadap kandungan garam ulas yang cuma 1/20 dalam tubuh manusia. Namun hasil terakhir dari kajian yang telah pun dijalankan dari masa ke semasa menyedarkan para saintis peruba-tan peri pentingnya garam ulas yang bukan organik kepada tubuh manusia. Walaupun kandungannya sedikit, tetapi ianya memainkan fungsi yang penting dalam tubuh manusia. Air dan zat-zat organik adalah benda-benda (lembam) atau 'inert', di mana ianya boleh digunakan oleh garam ulas untuk membina sel-sel dari tubuh manusia yang hidup.
Ahli Biokemik (Biochemistry) telah mendapati ada 12jenis garam ulas yang bukan organik dalam tubuh manusia. Garam ulas ini adalah sangat penting pada kesu-buran dan pembinaan sistem dalam tubuh roanusia. 12 jenis garam ulas itu ialah:
1. Kalsium Flurid 2-KalsiumFosfat
3.. Kalsium Sulfat
4. Feram Fostat
5. Postasium Fosfat
6. Potasium Flurid
7. Potasium Sulfat

8. Magnesium Fosfat
9. Sodium Klorid
10. Sodium Fosfat
11. Sodium Sulfat
12. Silicia Oksid
Dalam proses pembinaan sel-sel  yang baharu dalam tubuh manusia  untuk menggantikan sel-sel yang telah rosak, ianya adalah memerlukan bilangan-bilangan zat-zat organik dan bukan organik yang mencukupi serta seimbang. Dengan adanya zat-zat ini dalam darah akan membolehkan semua alat-alat dan tisu-tisu terbentuk dan fungsinya menjadi tetap.
Jika beriaku kekurangan garam ulas dari tubuh manusia, gangguan pada sistem normal dalam tubuh akan wujud dengan berbagai cara. Gejala-gejala luar biasa yang timbul akan menyebabkan seseorang itu mulai merasa tidak senang atau kurang sihat. Gejala-gejala luar biasa ini dikatakan sebagai penyakit, yang dikemudiannya diberikan dengan berbagai nama. Sebenarnya nama-nama yang diberikan kepada gejala-gejala penyakit yang diidapi oleh seseorang itu tidaklah dapat menggambarkan keadaan penyakitnya yang sebenar.
Sesuatu penyakit yang berpunca dari kekurangan zat-zat bukan organik dalam darah manusia, maka ianya adalah perlu dibekalkan dengan garam ulas supaya kesihatan tubuh dapat dipelihara. Doktor Shuessler, yang mendapati peri pentingnya dibekalkan garam ulas yang berkurang dalam tubuh manusia untuk mengekalkan kesi-hatannya, menamakan cara perubatan demikian sebagai 'Sistem Perubatan Biokimia'. Sebenarnya Sistem Perubatan Biokimia adalah satu lapangan baru dalam sains perubatan. Ianya merupakan sebahagian dari hasil penemuan baru para saintis perubatan dalam usaha mengurangkan kesengsaraan manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan