Sabtu, 16 Julai 2011

Mengatasi pening-pening dan muntah-muntah diawal mengandung

MASALAH muntah-muntah dan pening-pening ketika mengandung boleh diatasi. Masalah  ini menyusahkan para doktor yang cuba menolong wanita-wanita yang muntah-muntah ketika awal mengandung kerana mereka harus berhati-hati apabila memberikan ubat. Kebanyakan ubat-ubat yang boleh menghentikan pening dan muntah-muntah adalah bahaya digunakan dalam bulan pertama seseorang ibu itu ketika mengandung.
Dan walaupun tanda-tanda masalah ini biasanya tidak lagi mengganggu setelah 12 minggu mengandung, tetapi ini masih tidak dapat meyakinkan seseorang wanita yang tidak tahan rasa pening-pening dan muntah-muntah.
Di bawah ini diperturunkan beberapa panduan yang anda boleh lakukan sendiri untuk mengurangkan rasa yang tidak menyenangkan ini.
* Cuba tidur lebih. Tidur dua atau empat jam lebih semalam tiap-tiap malam boleh mengurangkan rasa sakit di otak, satu mekanisme yang menerbitkan rasa pening dan hendak muntah.
* Pastikan apakah bau-bau yang anda tidak gemar dan boleh membuat anda muntah. Seberapa boleh jauhkan diri dari bau-bau tersebut.                           
Jangan makan berlebihan. Ini akan membuncitkan perut dan membuat makanan susah hadam, makanan yang tidak hadam akan membuat anda muntah. Makanlah sedikit-sedikit tiap-tiap kali tetapi boleh makan banyak kali.
* Bahkan jika amnya anda seorang yang sihat dan cukup makan anda boleh berhenti makanan mampat selama 24 hingga 48 jam. Bertenang dan minum banyak air. Sup,
the atau air perahan epal adalah sangat baik.
* Dengan cara makan sedikit-sedikit anda boleh melawan asid perut yang mungkin mengganggu dan membuat anda pening dan hendak muntah. Adalah baik jika and minum atau makan sedikit sebelum anda bangun dari katil diwaktu pagi.
* Selalu bawa biskut kering ke mana sahaja anda pergi � anda boleh mengunyah biskut apabila anda rasa hendak muntah.
* Mungkin juga doktor anda akan suruh anda cuba ramuan pelawan asid (antacid) yang terdapat di kedai-kedai. Berjaga-jagalah. jangan membeli ramuan yang mengandungi sodium bikarbonat. Kerana bahan ini jika terlalu banyak di dalam badan akan mengakibatkan air tersimpan terlalu banyak dalam tubuh.
Vitamin B6 (pyroxidine) boleh menolong. lanya sedik Sebanyak mengurangkan rasa pening dan hendak muntat Jika ianya diambil sebanyak 50 miligram dua kali sehari mengikut arahan dari doktor, ianya adalah selamat.
Jika pening dan rasa nak muntah anda teruk sanga doktor mungkin akan mencadangkan supaya anda diberi suntikan vitamin sehingga keadaan anda sembuh.
Vitamin B6 boleh memperbaiki otot. Ini membuatkan anda senang buang air besar dan boleh menghadamkan makanan dengan mudah. lanya juga boleh menguatkan peritalsis � istilah perubatan bagi jentera otot di perut dan usus yang membantu menghadamkan makanan.
* Muntah yang teruk dan lama adalah bahaya � jika ianya berlarutan ianya mengakibatkan badan kurang air (dehydration) dan ini sudah tentu membahayakan kedua ibu dan juga kandungannya. � IPS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan