Jumaat, 15 Julai 2011

Menderma darah

Menderma tanggungjawab kita bersama

Apakah usaha dan peranan anda ?


--------------------------------------------------------------------------------

Menderma darah

Apakah yang anda perlu tahu ?

Kepentingan menderma darah

Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :

Mangsa kemalangan
Pesakit yang menjalani pembedahan
Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
Ibu yang mengalami tumpahan darah
Anda layak menderma sekiranya

Berumur 18 tahun ke atas
Berat badan 45 kg dan ke atas
Sihat tubuh badan
Sihat pada hari menderma

Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah

Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas

Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas

Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas

Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas

Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas

Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun

Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas

Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas

Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C


--------------------------------------------------------------------------------

PENTING !!!

Anda DILARANG menderma darah sekiranya :

Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :

Menggunakan dadah secara suntikan
Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS
Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :

Menghidapi penyakit-penyakit seperti :
Sifilis

Malaria

Sakit jantung

Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja

--------------------------------------------------------------------------------

Ketahuilah jangan letakkan diri anda dan orang lain di dalam keadaan bahaya

Darah selamat bermula dari anda

Jika anda layak menderma, datanglah dan bawalah bersama ahli keluarga/ kawan-kawan anda yang juga layak menderma darah

Menderma darah adalah tanggungjawab bersama

Proses menderma darah

Pergi ke Tabung Darah
Isi borang
Pemeriksaan tekanan darah & berat badan
Ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
Pengambilan darah
Rehat & jamuan ringan
Apakah alasan anda tidak menderma darah ?

1. Saya telah pun menderma darah sekali

Terima kasih atas sumbagan anda. Teruskan khidmat baik anda. Untuk pengetahuan anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan

2. Darah saya bukan jenis yang betul

Jumpa doktor kami untuk mendapatkan kepastian

3. Orang lain sudah pun menderma, jadi kenapa pula saya lagi ?

Benar, kini lebih ramai penderma diperlukan setiap tahun. Jadi setiap penderma dikira mustahak

4. Saya takut sakit apabila dicucuk jarum

Jangan bimbang ! ada berita baik ! sekarang kami menggunakan pelali, tidak sakit pun

5. Saya terlalu lemah

Kita akan memeriksa berat badan, tahap hemoglobin dan tekanan darah sebelum menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang akan diambil akan digantikan melalui proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja

7. Saya terlalu sibuk

Orang lain pun begitu. Sudah tentu anda boleh meluangkan setengah jam atau lebih untuk menyelamatkan satu nyawa

Darah anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan darah orang lain pula mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda 

Keistimewaan yang dinikmati oleh si penderma

Si penderma darah akan dapat menikmati rawatan percuma pesakit luar, rawatan perubatan dan caj wad di hospital tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila berhubung dengan pihak hospital untuk keterangan lanjut

Oleh itu...

mendermalah sekarang semasa anda sihat dan berkelayakan

tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa seseirang dan nyawa anda



Disunting dan diterbitkan oleh: Jabatan Pendidikan Pesakit, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dengan kerjasama Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan