Ahad, 17 Julai 2011

MENCEGAH JANGKITAN CACING

Ubat mencegah jangkitan cacing merupakan ubat yang digunakan untuk membasmi jangkitan parasit cacing di dalam badan manusia. Masalah ini agak ketara kerana dianggarkan 4.5 billion penduduk dunia menghadapi masalah kecacingan yang disebabkan oleh pengurusan sisa najis yang tidak sistematik serta keadaan ekonomi yang tidak membolehkan program pencegahan kecacingan dilaksanakan. Perlu diterangkan bahawa cacing dianggap sebagai parasit kerana manusia sebagai perumah tidak mendapat sebarang keuntungan dari perkongsian hidup dengan cacing tersebut. Perumah dalam ini memberi makanan kepada parasit cacing di samping memberi perlindungan kepada cacing daripada pengaruh persekitaran. Malahan manusia sebagai perumah akan menderita disebabkan oleh kecederaan organ akibat pembiakan parasit atau pengambilan makanan yang diperlukan oleh manusia.

Bahana daripada pengambilan makanan yang banyak oleh parasit ini, lama kelamaan tubuh manusia akan menjadi lemah, tidak berupaya untuk melawan jangkitan. Sekiranya perumah yang dijangkiti adalah kanak-kanak, maka mengambilan makanan oleh parasit cacing akan menyebabkan proses pembesaran kanak-kanak boleh terencat. Dalam hal kecederaan pula, sekiranya kecederaan yang dilakukan secara tiba-tiba atau teruk, perumah mungkin mati dengna cepat.

Jenis-jenis Kecacingan Yang Boleh Terjadi

Beberapa jenis cacing telah didapati boleh memasuki tubuh manusia dan hidup di saluran pemakanan manusia dengan menumpang makanan yang diambil oleh manusia. Di antara kumpulan cacing ini ialah cacing kerawit, cacing gelang dan cacing rambu.

Cacing kerawit mempunyai kulit yang licin dan tidak ditandai oleh gegelang sam seperti cacing gelang. Di antara cacing yang tergolong di dalam kumpulan ini ialah Abcylosotoma duodenale dan Necator americanus. Cacing kerawit bergantung kepada darah perumah yang disedut melalui struktur gigi pada bahagian mulut cacing yang akan mencengkam dinding saluran usus kecil. Jumlah darah yang dihisap mungkin banyak dan kehilangannya menyebabkan anemia yang merupakan satu gejala utama penyakit yang disebabkan oleh cacing kerawit.

Gejala penyakit cacing jenis ini yang lain termasuklah kurang hadam makanan, hilang selera makan, pening kepala, batuk, muntah dan rasa mual. Kitar hidup cacing jenis ini bermula di dalam perumah melalui persenyawaan cacing betina dan jantan untuk menghasilkan telur di dalam najis manusia atau peru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan