Ahad, 17 Julai 2011

Kesakitan Ketika haid

Ketidak sempurnaan zat makanan boleh menyebabkan kesakitan ketika haid.

Berapa ramaikah di kalangan kita yang terpaksa melalui saat-saat kesengsaraan pada masa-masa yang tertentu pada setiap bulan dan selalunya menimbulkan perasaan cepat sakit hati, kecewa dan cepat menangis tanpa sebab yang nyata.
Sungguhpun datang bulan adalah suatu perkara yang lazim berlaku, namun ianya juga boleh membawa kesengsaraan kepada seorang wanita yang normal serta mempunyai kesihatan yang baik.
Tanda-tanda tekanan awal kedatangan haid atau premenstrual tension (PMT), gelaran yang diberikan kepada beberapa jenis penyakit sepertinya, dari ketidakselesaan secara fizikal seperti kembung perut, sakit belakang, kekeringan air dan pening kepala hinggalah kepada masalah-masalah fisiologikal seperti cepat sakit hati, tekanan perasaan malah juga kekakuan dalam pergerakan! Sebagai tambahan, ramai juga yang mengalami kesakitan semasa haid, atau dipanggii 'dysmenorrhea'.
Ramai daripada kita yang sentiasa menderlta dengan penyakit-penyakit tersebut mungkin merasakan ianya adalah perkara biasa dan sememangnya tidak boleh dielakkan lagi, hanya dapat meneguhkan hati dalam menghadapi-nya. Malah, terdapat beberapa langkah yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan penderitaan tersebut.
* Kesakitan yang dialami semasa kedatangan haid telah diketahui bermula daripada kehadiran beberapa jenis zat hormon yang terdapat di dalam tubuh badan.
Zat-zat tersebut dikeluarkan oleh lapisan rahim dan kehadirannya menyebabkan pembuluh-pembuluh darah ke arah rahim mengecut, yang menyekat bekalan darah. Perkara inilah yang menyebabkan kesakitan yang sering kita alami semasa kedatangan haid.
Penyelidikan masih dijalankan untuk mengetahui dengan lebih mendalam terhadap sebab-sebab sebenar berlakunya PMT dan dysmenorrhea, dan bagaimana perkara tersebut boleh dielakkan atau diberi bantuan.
Bagaimanapun, setengah pakar-pakar telah pun mengetahui bahawa ketidaksempurnaan dalam diet merupakan satu daripada faktor yang terlibat, dan banyak penyelidikan telah menunjukkan bahawa meningkatkan kadar pengambilan beberapa jenis zat makanan boleh menolong meringankan setengah daripada penyakit-penyakit yang berkaitan dengan PMT.
Terutamanya vitamin B6 yang boleh didapati daripada daging, susu, telur dan keju. Jika sekiranya diet anda tidak menyediakan kadar bahan tersebut dengan cukupnya, pembekalan vitamin B6 boleh menjadi penggantinya.
Mulakan dengan mengambil sebanyak 20 mg bagi dua kali dalam sehari dan perlahan-lahan tambahkan kadar pengambilannya sehingga anda merasa reda daripada penyakit-penyakit tersebut.
Vitamin B6 mempunyai pelbagai fungsi - di antaranya ialah menolong badan kita menggunakan bahan-bahan protein dan karbohidrat, serta juga menolong badan kita menggunakan bahan-bahan protein dan karbohidrat, serta juga menolong mententeramkan saraf.
Ini adatah kerana ianya adalah sejenis bahan pelali se-mula jadi. Ianya juga berguna kepada golongan yang mengalami kekeringan air pada peringkat awal datang bulan kerana ianya menghalang pembinaan airdalam tisu-tisu.
Kandungan garam yang berlebihan akan menyebabkan air tersekat, oleh itu cubalah menurunkan kadar pengam-bilan garam dalam jangkamasa seminggu sebelum anda datang bulan. Kita telah pun membincangkan mengenai peranan garam di dalam diet pada keluaran Mac yang lalu.
Sejenis bahan yang mana telah dibuktikan oleh penyelidikan penting dalam mengawal edaran haid ialah asid Gamma Cinoleric (GLA). Sungguhpun tubuh kita mampu mengeluarkan GLA, terdapat banyak faktor-faktoryang boleh mempengaruhi kestabilannya.
Bahan tersebut boleh didapati dalam minyak primrose yang didapati dalam bentuk kapsul di luar negeri.
Penyelidikan masih lagi diteruskan untuk mengetahui tentang pengaruh GLA. Boleh jadi, apabila satu nasil yang lebih menyeluruh telah didapati, kita akan mendapati kapsul minyak primrose dijual dalam pasaran di negara ini.
Setengah daripada kaum wanita kehilangan kandungan darah yang banyak ketika datang bulan, yang boleh membawa kepada berlakunya anaemia. Zat besi adalah penting untuk mengeluarkan sel-sel darah merah yang sihat, oleh itu cubalah memakan makanan-makanan yang kaya dengan zat besi dan kadar yang banyak seperti daging, bahagian hati, jantung atau limpa, biji-bijian dan juga dari jenis kacang.
Penyerapan zat besi daripada makanan-makanan yang diambil mungkin mengalami kesukaran. Bagi mengatasi masalah tersebut, ambillah makanan-makanan yang kaya dengan vitamin C berserta dengan makanan yang dapat memberikan zat besi, kerana vitamin ini boleh menolong ke arah menyerapkan zat besi.
Terdapat dua lagi bahan galian yang telah diketahui da-pat menolong kedatangan haid yang tidak memberi apa-apa masalah. Bahan-bahan tersebut ialah kalsium dan magnesium. Kedua-dua jenis bahan galian tersebut boleh didapati di dalam bijian, manakala kalsium boleh didapati daripada kebanyakan hasil-hasil ternakan dan magnesium daripada sayur-sayuran hijau.
Vitamin E yang boleh didapati daripada minyak sayuran yang telah banyak diberikan publisiti dewasa ini boleh juga menolong dalam perkara tersebut.
Bagaimanapun, vitamin E kalau kerap diambil dalam kadar yang banyak akan membawa pula kepada berlakunya kesan-kesan sampingan yang tidak baik kepada setengah-setengah individu.
Jadi, sebelum mengambil apa-apa vitamin ataupun bekalan galian yang boleh membahayakan diri pada kadar yang banyak, adalah lebih bijak jika dirundingkan dengan doktorterlebih dulu.
Bersenam terutamanya senaman aerobic seperti jogging dan berjalan kaki yang boleh melancarkan peredaran darah dapat memberikan kelegaan kepada golongan yang mengalami kesakitan semasa kedatangan haid. Peredaran darah yang lebih baik membawa bersamanya oksigen yang amat diperlukan ke seluruh anggota badan, dan perkara tersebut telah pun dibuktikan kemanfaatannya.
Setengah jenis senaman boleh menolong anda memper-baiki perawakan dan bentuk tubuh badan. Bentuk tubuh badan yang buruk meletakkan setengah daripada anggota badan pada kedudukan yang tegang yang menyebabkan berlakunya kedatangan haid yang disertai oleh kesakitan.
Bersenam dan menegangkan otot-otot bertindak sebagai jalan keluar daripada segala ketegangan, yang dapat menenangkan emosi serta menjauhkan anda daripada segala tekanan dan ketegangan.
Sebarang senaman aerobic adalah baik, manakala senaman berbentuk yoga serta menegangkan otot-otot adalah amat berguna untuk menghilangkan ketegangan dan ketidakselesaan pada bahagian belakang, pena dan kaki.
Senaman yang mudah untuk menegangkan otot-otot di bahagian belakang dan menghilangkan ketegangan dan kesakitan di bahagian tersebut ialah dengan membawa lutut anda ke dada semasa dalam kedudukan menelentang.
Setelah anda membawa lutut ke dada sedekat mungkin, peganglah lutut anda dengan tangan untuk mempastikan ianya berada rapat pada dada. Kemudian, gerakkan lutut daripada dada sejauh mana yang boleh, sambil membengkokkan kedua-dua tangan anda kepada lutut. Rehat dan ulangi pergerakan tersebut.
Setengah wanita mendapati bahawa kedudukan seperti ketika untuk melahirkan bayi adalah amat rehat dan selesa. Melutut dan duduk dalam keadaan mencangkung. Bawa kepala anda ke hadapan sehingga mencecah ke lantai, bawakan tangan anda ke belakang sehingga ianya dapat direhatkan di atas lantai. Rehatkan siku dan bernafas secara teratur, Kedudukan seperti ini dapat menegangkan tulang belakang dan membaiki kelenturan pangkal pena.
Biasanya bereh&t dengan banyak serta tidur dengan baik dapat menolong ke arah mengawal ketegangan serta rasa sakit hati yang sentiasa dialami dalam kehidupan seharian, terutamanya pada ketika anda mempunyai daya ketahanan yang rendah kepada masalah-masalah tersebut.
Diet yang baik, senaman yang cukup, berehat serta tidur dengan baik akan dapat menolong membebaskan anda daripada menderita perkara-perkara yang tidak sepatutnya andaalami.
Bagaimanapun, sekiranya cara-cara di atas tidak memberikan apa-apa kesan yang baik, maka anda sememangnya mempunyai masalah kesihatan yang serius, oleh itu janganlah melengahkan masa untuk berjumpa dengan doktoryang dapat memberikan rawatan yang sempurna.
Sungguhpun kita mempunyai berbagai cara supaya badan sentiasa sihat dan kuat, setengah daripada masalah kesihatan hanya boleh diselesaikan oleh pakar penyakit tersebut.
Sungguhpun begitu, terdapat banyak kebenarannya dalam ungkapan yang menyatakan 'mencegah itu lebih baik daripada mengubat'. Lebih banyak informasi yang diketahui mengenai tubuh badan dan kesan zat-zat makanan serta perkara-perkara yang tidak baik terhadap tubuti kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan