Jumaat, 15 Julai 2011

Jangkitan kemaluan - sakit lagi memalukan

BOLEH dikatakan semua orang - saya dan juga anda hinggalah kepada puteri-puteri yang dimanjakan dan wanita-wanita jutawan-jutawan pernah pada satu ketika dijangkiti penyakit ini... tetapi ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini.
Pada mulanya tanda-tanda penyakit itu sedikit pun tidak membimbangkan. Ketika anda bangun pagi anda terasa gatal-gatal, mungkin disebabkan oleh sabun buih yang murah yang anda telah gunakan semalam. Atau mungkin juga tubuh anda sedang memberi amaran supaya anda mengurangkan kegiatan seks anda.
Pada tengah harinya, gatalnya bertambah lagi. Anda pun mulalah ingatkan penyakit V.D. Di rumah anda terus mencuci kemaluan anda dengan sejenis pancutan ubat yang dipancutkan ke dalam kemaluan. Untuk fikirkan tentang seks pun menakutkan anda. Pada hujung minggu gatal-gatal itu tidak boleh ditahan lagi, dan anda cuba sedaya upaya untuk mengelakkan dari menggaru tetapi tak boleh, anda terpaksa menggaru juga.
Jangkitan gatal-gatal di kemaluan adalah di antara penyakit yang sering menjadi cemuhan kaum wanita, yang telah dirawati oleh pakar penyakit puan.
Ramai di antara kita pernah memerangi penyakit ini sekurang-kurangnya sekali, dan walaupun vaginitis - satu lagi panggilan bagi penyakit ini - bukanlah satu penyakit yang serius, tetapi ianya terlalu mengganggu, membuatkan kita pergi berjumpa doktor.
Sekiranya, sebagai gantian kita tidak berjumpa doktor dan buat keputusan untuk berubat sendiri, kita akan menghadapi bahaya kemungkinan dijangkiti V.D. oleh itu dengan cara berjumpa doktor secepat mungkin adalah lebih baik. Dan oleh kerana semua jenis sakit vaginitis senang dirawat ketika ianya di peringkat awal, adalah dinasihatkan jangan mencuci kemaluan dengan pancutan ubat sebelum diperiksa oleh doktor kerana ini akan membunuh semua organisma yang diperlukan untuk pengkajian yang tepat.
Di samping memeriksa bahagian peranakan, doktor anda mungkin hendak mengambil cecair dari dalam kemaluan untuk dikaji di bawah mikroskop. Seperti yang kita akan lihat, tiap-tiap jangkitan itu diakibatkan oleh mikroorganisma atau kuman yang berlainan dan tiap-tiap satu memerlukan pengubatan atau rawatan khusus. Oleh itu sekiranya doktor anda tidak mengambil contoh cecair dari kemaluan anda, adalah bijak untuk memintanya supaya berbuat demikian.
Sebaik saja rawatan dimulakan, segala tanda-tanda atau sakit akan hilang dalam masa dua atau tiga hari, tetapi ingat, untuk memastikan penyakit itu tak berulang, anda mesti teruskan makan ubat sepanjang masa yang telah diarahkan oleh doktor. Walaupun lendir yang keluar telah kering dan gatal-gatal telah hilang, organisma-organisma yang mengakibatkan penyakit itu sedang menunggu masa untuk menyerang lagi.
Kadang-kadang penyakit anda tidak juga hilang, walaupun anda telah mengikut segala nasihat doktor. Jika ini terjadi, mungkin pasangan anda sedang dijangkiti penyakit yang sama. Seseorang lelaki boleh dijangkiti kuman yang berkumpul dalam kemaluan mereka, tanpa berasa sakit atau menyedarinya. Walaupun anda tidak berhubung jenis dengannya, tetapi sebaik saja anda mula berhubung seks dengannya maka sejurus itu juga penyakit anda bermula.
Tidak semua doktor yang akan meminta anda membawa pasangan anda datang bersama, sekiranya anda dan pasangan anda mengesyaki dijangkiti kuman itu, adalah wajar sekiranya anda pujuk pasangan anda untuk pergi diperiksa sama.
Apa yang menyebabkan jangkitan di kemaluan?
Ada empat jenis penyakit atau jangkitan penyakit vaginitis ini:
Monilia atau Candida albicans, yang sering dipanggil "Yeast Infection," Trichomoniasis, Hemo-philus Vaginitis dan Nonspecific Vaginitis, satu panggilan bagi beberapa masalah jangkitan ini yang belum dikenal pasti.
Setengah wanita dijangkiti beberapa jenis jangkitan, kuman-kuman yang disebutkan dan tiap jenis mikroorganisma mesti dirawat secara berasingan. Bagaimana anda dapat mengenal jenis mana yang sedang menyerang anda? Biar saya habis berbincang mengenai tanda-tanda dan rawatan penyakit terlebih dahulu satu persatu.
Jangkitan jenis kulat yang kelihatan seperti ragi (Yeastlike) 'fungus infections' merupakan yang sering menyerang wanita dan melibatkan setengah dari kes-kes vaginitis yang dirawat oleh doktor-doktor. Tanda-tanda awal biasanya termasuklah terasa gatal dan berbau masam, keluar lendir putih pekat. Semakin kuman itu menyerang semakin anda rasa sakit terlebih lagi ketika berhubung jenis dan pintu rahim akan menjadi bengkak dan gatal. Setengah wanita juga akan mendapati pintu rahim dan juga rahim bertukar menjadi merah, dan dipenuhi dengan bintik-bintik putih.
Biasanya, organisma ragi (Candida Albicans) hidup matinya bergantung kepada keadaan dalam kemaluan. Biasanya kandungan asid dalam rahim kadarnya adalah di antara pH 4.5 hingga 5.0. Jika kadar pH itu naik dan keadaan dalam rahim menjadi. alkali, kuman ragi akan'membiak dengan cepatnya.
Kebanyakan wanita selalunya kena gatal-gatal beberapa hari sebelum dan selepas datang haid. Pada ketika itu biasanya kadar pH dalam rahim naik di antara 5.8 dan 6.8 menjadikan tempat selesa bagi mikroorganisma ragi membiak.
Keadaan-keadaan yang boleh membuat kandungan dalam kimia dalam badan tidak seimbang membuatkan seseorang itu mudah dijangkiti oleh penyakit ini. Faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan ini termasuklah mereka yang mengambil antibiotik atau pil perancang, semasa mengandung, gemuk atau kencing manis.
Pil perancang - seperti juga gemuk, atau kencing manis - semuanya menaikkan paras gula dalam darah, dan jangkitan kuman penyakit kemaluan ini bergantung kepada gula lebihan ini.
Antibiotik pula membunuh segala bakteria yang mempertahankan kesihatan dan tubuh anda dengan ini menyebabkan kuman penyakit itu mudah menyerang dan membiak. Anda juga mudah dijangkiti penyakit ini sekiranya anda demam, letih atau terlalu kuat bekerja. Dan ingatlah bahawa jangkitan kuman ragi ini selain dari boleh dijangkiti melalui perhubungan seks, juga boleh dijangkiti melalui penggunaan tuala atau kain kepunyaan orang lain.
Untuk menghindarkan diri dari dijangkiti penyakit ini, lendir dalam rahim mestilah dipastikan atau ditetapkan kadar asidnya. Setengah wanita percaya bahawa dengan cara memakan makanan seperti yogurt atau susu masam yang tidak dipanaskan, yang mengandungi mikroorganisma lactobacilli, bakteria "baik" yang boleh menentang kuman vaginitis yang telah kita sebutkan tadi yang biasanya didapati dalam rahim tetapi sering dibunuh apabila seseorang itu memakan antibiotik.
Penggunaan yogurt ini secara dimasukkan ke dalam rahim, telah lama diamalkan oleh pergerakan kesihatan wanita, tetapi kemujarapan rawatan ini dalam rnembantu menyembuhkan jangkitan vaginitis masih lagi belum diuji secara perubatan. (Sekiranya anda buat keputusan untuk menyemburkan yogurt ke dalam rahim anda pastikan anda tidak menggunakan susu masam yang telah diberi perasa!) Selain dari membuat perut anda buncit dan kulit muka yang berjerawat, terlalu banyak memakan gula dan karbohaidrat (kanji) juga boleh menukarkan kadar pH rahim ke paras yang tidak normal!
Sebaik sahaja anda diberitahu bahawa anda sedang dijangkiti oleh kuman ragi Monilia, anda mungkin akan diberi ubat untuk menentang kuman ragi dan disuruh memakannya dua kali sehari selama dua minggu. Kebanyakan doktor tidak membenarkan perhubungan seks sama sekali di waktu ini, tetapi ada doktor yang menasihatkan pesakitnya supaya pasangan pesakit itu menggunakan condom atau sarung getah.
Jika anda rasa sakit ketika bersetubuh, hentikan saja. Seelok-eloknya hentikan perhubungan seks buat sementara daripada terus saja melukakan tisu-tisu rahim yang sudah sakit.
Sekiranya, selain dari ubat makan, anda juga telah diberi krim untuk digunakan, pakailah lapik pada seluar dalam untuk memastikan lendir yang keluar tidak mengotori seluar. Ubat-ubat anti yeast (pembunuh kuman ragi) boleh tahan lebih lama Sekiranya disimpan dalam tempat yang sejuk. Ubat-ubat  atau krim yang disejukkan dulu terasa lebih sedap dan selesa apabila dimakan atau disapukan.
Trichomoniasis atau ringkasnya "trich" gatalnya sama seperti jenis Candida. Jika anda telah dijangkiti penyakit vaginitis jenis ini anda akan dapati keluar lendir kuning-kehijauan yang mengeluarkan bau busuk. Tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal dan pedih, kencing juga rasa sakit. Trich boleh membuatkan keseluruhan rahim berwarna merah pekat dan membuatkan terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
Oleh kerana kajian-kajian telah menunjukkan lebih kurang 80 hingga 90 peratus dari pasangan-pasangan wanita yang dijangkiti Trich juga telah dijangkiti penyakit yang sama, oleh itu sudah tentulah anda ingin memberitahu pasangan anda tentang tanda-tanda penyakit ini. Walaupun ada kemungkinan pasangan anda itu sudah dijangkiti Trich tetapi terus tak ada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit oleh itu dia sendiri tidak tahu yang dia sudah dijangkiti. Biasanya kaum lelaki yang dijangkiti penyakit ini mengeluarkan lendir putih, gatal dan sakit ketika buang air kecil.
Oleh kerana pasangan-pasangan tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya boleh atau saling jangkit-menjangkiti Trichomoniasis bertahun-tahun tanpa dikesan, oleh itu pastikan pasangan anda juga diperiksa oleh doktor untuk memastikan penyakit itu tidak berulang lagi.
Parasit juga mempunyai satu saja sel ini yang mengakibatkan penyakit ini boleh hidup dalam saluran peranakan bertahun-tahun tanpa diketahui atau tidak dapat djkesan. Tetapi walaupun kuman ini tidak bertindak ianya boleh dikesan melalui pap smear atau pengambilan lendir dari dalam kemaluan dan kemudian diletak di bawah kanta mikroskop.
Para doktor menganggarkan bahawa setengah dari bilangan kaum wanita mempunyai parasit ini yang hidup dalam tubuh mereka tanpa dikesan dan tanpa tanda-tanda, yang cuma menyerang ketika paras asid dalam rahim turun.
Oleh kerana Trich, seperti juga dengan Candida, boleh hidup di luar dari tubuh manusia dalam suhu yang panas, keadaan sekitar yang lembab, anda boleh dijangkiti penyakit ini melalui kain-kain, tuala mandi, kolam-kolam mandi, tandas duduk dan juga melalui perhubungan seks.
Apa juga yang menjadi sebab anda dijangkiti penyakit ini, langkah pertama ialah pergi berjumpa doktor pakar sakit puan. Biasanya ubat yang mereka beri ialah Flagyl, atau metronidazole, dimakan dan kemungkinan sembuh adalah di antara 75 hingga 90 peratus.
Amaran: Setengah wanita dinasihatkan supaya jangan memakan ubat ini. Anda akan diberi ubat lain sekiranya anda mengandung, mempunyai masalah penyakit yang bersangkutan dengan darah, luka dalam perut atau sebarang penyakit yang berkait dengan sistem saraf pusat.
Beritahu doktor sekiranya anda mempunyai salah satu dari penyakit yang disebutkan tadi. Pihak  FDA telah memberi amaran bahawa Flagyl mungkin akan mengakibatkan kanser, oleh itu sekiranya anda terpaksa menggunakannya, pastikan anda memakannya dalam masa 10 hari yang disuruh supaya anda tidak perlu mengulangi memakan ubat yang merbahaya ini. Lagipun, Flagyl jika dimakan bercampur dengan alkohol akan menyebabkan mabuk, muntah-muntah dan sakit kepala.
Hemophilus terjadi akibat dari jangkitan bakteria yang dipanggil Gram-negative bakteria, yang selalunya terdapat dalam rahim. Kekurangan asid dalam kemaluan atau rahim membuatkan kuman ini membiak dengan cepat dan sukar hendak dihentikan. Kaum lelaki juga dijangkiti Hemophilus, dan seperti jangkitan-jangkitan lain yang telah kita sebut penyakit ini juga boleh dijangkiti melalui perhubungan jenis.
Rawatan untuk penyakit ini berupa ubat makan seperti Rue Furacin atau sulfanilamide. Jika anda tidak sesuai menggunakan sulfa, beritahu doktor anda supaya dia boleh beri anda ubat lain. Dalam kes-kes yang jangkitannya telah teruk, anda akan diberi tetracyline atau ampicillin yang dimakan.
Nyata, ubat-ubat ini semuanya adalah antibiotik dan boleh mengakibatkan jangkitan kuman ragi. Untuk menahan diri anda dari kemungkinan jangkitan ini adalah baik sekiranya anda meminta doktor memberi ubat penentang kuman ragi.
Jenis Nonspecific vaginitis (JangKitan kemaluan yang belum dipastikan jenis-jenisnya) tanda-tanda penyakit jenis ini ialah lendir yang keluar mempunyai kesan-ke-san darah berwarna kelabu, putih atau lendir kuning, rahim bengkak, selalu buang air dan terasa perit ketika buang air, saluran kemaluan bengkak, sakit seperti sengugut.
Penyakit jenis ini biasanya disebabkan oleh kerana sama ada seseorang itu kurang menjaga kebersihan sama ada wanita itu sendiri atau pasangannya. Apabila kemaluan tidak cuci dengan bersih, bakteria akan membiak dan mulalah penyakit ini.
Organisma yang sering mengakibatkan penyakit jenis ini ialah E. coli, sejenis bakteria yang biasanya terdapat dalam usus. Bakteria ini boleh memasuki bahagian kemaluan wanita apabila mereka tidak menyapu atau mencuci dubur dengan bersih setelah buang air besar atau pasangan tidurnya tidak mencuci kemaluannya setelah melakukan perhubungan seks. Ubat-ubat dan anti-biotik diberi sebagai rawatan untuk penyakit ini.

Penyakit vaginitis dan saluran kencing.
Kimia yang sama yang melemahkan rahim hingga dijangkiti penyakit boleh juga menyerang saluran kencing yang mengakibatkan cystitis (pundi kencing bengkak). Adalah tidak mustahil kedua jenis penyakit ini boleh dijangkiti dalam masa yang sama. Wanita yang mengandung, wanita yang lemah, mereka pengidap-pengidap kencing manis adalah terdedah atau mudah dijangkiti cystitis.
Kuman Trich dan E. coli boleh menyebabkan kekerapan buang air kecil dan sakit serta perit ketika buang air kecil.
Dari segi anatomy adalah jelas bahawa kedudukan rahim atau kemaluan dengan pundi-pundi kencing memanglah terlalu dekat. Kadang-kadang, bakteria dan organisma-organisma lain boleh termasuk ke dalam saluran kencing dan pundi-pundi kencing ketika melakukan hubungan jenis.
Untuk mengelakkan diri dari dijangkiti penyakit ini, adalah baik supaya pergi buang air kecil selepas melakukan perhubungan jenis untuk mengeluarkan segala organisma yang mungkin membahayakan.
Kemungkinan besar, sekiranya anda mengidap cystitis dan juga jangkitan di kemaluan, doktor anda akan memberi anda antibiotik untuk selama dua minggu. Untuk memulihkan pH dalam air kencing adalah baik sekali sekiranya anda minum air oren, air buahan dan makan vitamin C. Minum air banyak-banyak, ini boleh membantu mengeluarkan segala kuman yang terperangkap dalam pundi-pundi dan mengurangkan kepedihan ketika buang air kecil.
Kadang-kadang anda terdengar doktor memberitahu anda tentang 'eroded cervix' ketika dia memeriksa penyakit kemaluan anda. Apabila jangkitan telah merebak pangkal rahim dan tisu semuanya rosak meninggalkan luka-luka.
Jikalau keadaan yang tidak terasa sakit ini dibiarkan hingga menjadi bahaya, seseorang wanita itu adalah lebih senang diserang penyakit kanser pangkal rahim. Oleh sebab itu adalah wajar dan perlu, pergi berjumpa doktor ketika dijangkiti penyakit di bahagian kemaluan dan berubat segera. Anda juga perlu pergi periksa sekali lagi untuk memastikan luka di pangkal rahim itu telah sembuh.

Cara untuk menghindarkan diri dari dijangkiti penyakit ini:

* Mencuci kemaluan dan keringkan kemaluan tiap-tiap hari. Jangan gunakan sabun yang kasar, atau menggunakan penyembur dalam kemaluan (douches), yang boleh menukarkan imbangan dalam rahim dan boleh menyakitkan tisu-tisu lembut dalam kemaluan. Jika anda rasa anda perlu menggunakan douche gunakan ia tidak lebih dari sekali seminggu kemudian gunakan campuran cecair asid (dengan menggunakan satu quart air suam dicampurkan dengan dua sudu besar cuka putih).

*0leh kerana jangkitan boleh merebak kerana tertinggal sesuatu dalam kemaluan seperti tampon, pastikan apa yang dimasukkan mesti dikeluarkan.

*Jangan sekali-kali menggunakan tuala orang lain, kain lap, alat menyembur dalaman atau seluar dalam yang kotor.

*Sekiranya anda dapati sabun atau barang-barang kegunaan ketika mandi tidak sesuai dengan anda, gunakan barang cap lain. Kulit yang sakit dan sensitif mudah menggalakkan penyakit.

*Jauhkan dari melakukan hubungan seks yang menyakitkan diri anda, kerana luka atau akibat geseran di kemaluan adalah sangat digemari oleh mikroorganisma untuk dijadikan tempat membiak.
Jika anda perlu menggunakan pelicin ketika melakukan hubungan jenis gunakan jenis yang mudah cair dalam air seperti K-Y Jelly  dan jauhkan dari menggunakan jelly atau pelicin yang mengandungi petroleum yang sukar larut dalam lendir rahim yang keluar.

*Seluar dalam dan stokin kaki nylon menahan kelembapan dan panas, gunakan pakaian dalam dari bahan kapas. Pakaian ketat di kaki, peha dan kelangkang boleh menjadi tempat biak kepada kuman-kuman tersebut.

*Pastikan juga pasangan anda menjaga kebersihan dirinya. Seseorang lelaki harus membasuh dan mencuci kemaluan sekurang-kurangnya sekali sehari, baiknya sebaik saja selepas melakukan hubungan jenis. Jika anda dapati kemaluannya ada keluar lendir jangan adakan hubungan jenis dengannya hinggalah dia telah berjumpa doktor dan sembuh.

*Apabila menyapu atau mengelap kemaluan selalulah lap atau sapu dari depan ke belakang untuk mengelakkan dari dijangkiti kuman E-coli.

Penggunaan alat perancang keluarga juga boleh mengakibatkan jangkitan sekiranya tidak mengikut arahan. Sekiranya anda membiarkan alat diaphram tinggal di dalam kemaluan melebihi masa yang dihadkan, alat itu boleh memerangkap bakteria dan menjadikan tempat itu tempat membiak.
Anda juga adalah terdedah kepada jangkitan di kemaluan ini sekiranya anda menggunakan pil perancang, dan penggunaan IUD, lebih dari masanya ia boleh merosakkan dinding rahim.
Bukti-bukti ada menunjukkan bahawa alat perancang keluarga jenis foam atau buih dan cairan sebenarnya menahan seseorang itu dari terkena jangkitan vaginitis.
Penyelidik-penyelidik dari University Pittsburg, Balwant Singh dan John Cutler telah mendapati bahawa wanita-wanita yang menggunakan ubat-ubat ini jarang diserang penyakit ini jika dibandingkan dengan mereka yang tidak menggunakannya.
Akhir sekali sekiranya anda telah berbuat seperti yang dinasihatkan oleh doktor tetapi penyakit itu berulang dan berulang lagi walaupun anda dan pasangan anda telah menjaga kesihatan diri dan kebersihan diri dan berhati-hati, baiklah anda pergi untuk diperiksa secara fizikal secara keseluruhannya, termasuklah ujian kencing manis.
Walaupun adalah tidak mungkin untuk menghentikan atau menyembuhkan penyakit vaginitis ini sama sekali, dengan cara mengesan tanda-tanda awal dan memakan ubat kita akan segera menyembuhkan diri kita dari penyakit yang sering menyerang kita. Oleh itu anda tidak harus bimbang jika diserang penyakit ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semasa melakukan hubungan seks terdapat buih-buih putih terbentuk pada faraj. Kenapa? Tiada bau cuma terasa gatal sedikit. Uuk pengetahuan isteri saya menggandung semasa itu. Tolong beri pendapat.

Tanpa Nama berkata...

saya berasa gatal kemaluan saya ape patuh saya buat

Tanpa Nama berkata...

saya berasa gatal pada kemaluan apa yg patut saya buat?

Catat Ulasan