Ahad, 17 Julai 2011

Jangkitan hepatitis punca kanser hati

HATI adalah antara organ terpenting dalam tubuh kita. Ini kerana hati berfungsi sebagai penapis utama darah dari bahagian usus sebelum disalurkan ke jantung dan bahagian lain.
Berikutan itu, hati perlu diberi penjagaan yang sempurua bagi mengelak diserang penyakit, khususnya barah.
Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan kanser hati atau hepatocellular carcinoma sebagai satu daripada lapan kanser utama di dunia dengan anggaran 527,000 kes baru dilaporkan setiap tahun.
Di Malaysia pula, kira-kira 180,000 kes baru kanser hati dilaporkan setiap tahun. Apakah sebenarnya kanser hati dan bagaimana ia berlaku?
Menurut pakar bedah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, Dr Zain al-Rashid Mohd Nor, kanser hati terbahagi kepada dua, iaitu jenis prima dan sekunder.
Beliau berkata, kanser hati prima berpunca daripada masalah di dalam hati itu sendiri disebabkan kerosakan sel-sel di dalamnya manakala sekunder disebabkan kanser yang merebak ke hati daripada organ lain.
"Dihhat dari segi insiden, ia sering berlaku di negara maju, iaitu di Barat berbanding di Malaysia dan lebih kerap membabitkan golongan berusia 40 hingga 60 tahun.
"Bagaimanapun, bayi tidak terkecuali, iaitu sewaktu dalam kandungan ibu lagi apabila sel-sel hati atau hepatoblas itu bertukar menjadi kanser," katanya.
Di Malaysia, katanya, masyarakat Cina lebih ramai mengalami kanser hati, diikuti Melayu dan India.
Dr Zain berkata, punca utama berlakunya kanser hati prima ialah cirrhosis, iaitu keadaan apabila sel hati rosak disebabkan pelbagai faktor.
"Di Barat, faktor itu lebih kepada tabiat meminum arak manakala di Malaysia, ia disebabkan oleh jangkitan Hepatitis B dan C.
"Keadaan lebih bahaya jika penghidap mengalami penyakit itu yang masih aktif dikenali Kronik Aktif Hepatitis. Ini kerana, boleh dikatakan 25 peratus penghidap itu akan mengalami sakit kanser hati dan peratusan ini agak tinggi," katanya.
Beliau berkata, penghidap penyakit heamochromatosis, iaitu zat besi yang tidak dapat dikeluarkan daripada badan dan akhirnya mendap di hati, juga mempunyai risiko menghidapi kanser hati.
Ini kerana, katanya, zat besi tidak disalurkan dan bertakung sehingga boleh merosakkan hati. Malah, risiko pesakit haemochro-matosis untuk menghidap kanser hati dalam jangka masa panjang adalah kira-kira 30 peratus.
Dr Zain berkata, kanser hati prima juga berpunca daripada jangkitan parasit yang menyerang hati, seperti parasit jenis liver fluke di China, yang tinggal di saluran hempedu hingga menyebabkan radang hati dan seterusnya kanser.
Parasit jenis echinococus dikesan di Filipina dan Jepun manakala jenis schistosoma   atau bilharzia ditemui di Mesir, iaitu dalam Sungai Nil.
Parasit itu masuk ke dalam hati serta bahagian badan lain dan akhirnya menyebabkan kanser hati pada jangka panjang.
Selain itu, katanya, penyakit itu juga boleh berpunca daripada makanan, terutama kekacang.
"Di Afrika, ada sejenis racun   aflatoxin dalam kekacang. Bagi hati yang tidak rosak, badan selalunya dapat meneutralkan racun berkenaan tetapi apabila bermasalah, ia tidak dapat melawannya dan menyebabkannya terus merebak lagi.
"Masalah itu lebih ketara di kalangan kaum asli kulit hitam di Afrika," katanya.
Bagi kanser hati jenis sekunder, beliau berkata, ia berpunca daripada organ lain yang bermasalah.
Ini kerana, hati dan hempedu adalah bahagian yang paling banyak terdedah kepada kanser di bahagian lain yang sudah merebak. Malah, wanita yang menghidap barah buah dada juga berisiko tinggi.
"Jika ini berlaku, ia sebenarnya sudah berada di tahap serius dan sukar dirawat," katanya.
Bagaimanapun, katanya, pesakit kanser hati masih berpeluang untuk pulih dengan syarat mesti mendapat rawatan seawal yang mungkin.
"Jika mereka mendapatkan rawatan awal, peluang untuk pulih dalam tempoh lima tahun berikutnya adalah kira-kira 60 peratus. Tetapi jika sudah terlalu lama dan dikesan ketika di peringkat kritikal, harapan adalah tipis," katanya.
Menurutnya, apa yang menyedihkan ialah kebanyakan kes kanser hati yang dirujuk sudah berada di tahap kritikal dan sukar diselamatkan.
Dr Zain berkata, berbanding bahagian lain badan, hati agak unik kerana ia masih boleh berfungsi walaupun sebahagian besar daripadanya dibuang disebabkan kanser.
"Tindakan yang sebaik-baiknya ialah mereka yang mempunyai tanda-tanda yang disenaraikan perlu berjumpa doktor segera. Jangan sekali-kali mengambil risiko dengan membiarkannya kerana itu hanya mendatangkan kemudaratan," katanya.

GOLONGAN BERISIKO MENGHIDAP KANSER HATI
o Mereka yang minum arak atau alkohol.
o Penghidap Hepatitis B dan C (Hepatitis B disebarkan melalui darah yang tercemar sama ada menerusi pemindahan darah, luka, penggunaan jarum yang mempunyai virus itu, bayi yang menghidap jangkitan itu sewaktu dalam kandungan dan golongan homoseksual dan heteroseksual).
o Penghidap penyakit heamo-chromatosis (kurang zat besi).
o Mereka yang terkena jangkitan parasit.
o Penduduk kulit hitam di Afrika yang memakan kekacang.

TANDA-TANDA KANSER HATI
o Bengkak di bahagian kanan perut (atas abdomen).
oBadan lemah.
oRasa sengal-sengal pada badan.
oBerat badan menurun.
oSelera makan semakin berkurangan.
o Berat badan semakin susut, Demam berpanjangan. Bagi penghidap Hepatitis, mengalami demam kuning.

CARA ELAK KANSER HATI BERTERUSAN
o Elakkan meminum arak.
o Penghidap Hepatitis boleh mengawal risiko kanser hati dengan mengambil ubat Interferon.
o Bagi pesakit heamochromatosis, boleh menjalani rawatan pemindahan atau penukaran darah dan mengambil ubat tertentu seperti Desferal.
o Mereka yang terkena jangkitan parasit perlu segera berjumpa doktor dan mendapat rawatan.
o Mereka yang berada di Timur Tengah atau Mesir tidak harus terlalu ghairah untuk mandi manda di kawasan perairan, terutama Sungai Nil.

PEMERIKSAAN DAN RAWATAN
Doktor akan memeriksa hati yang bengkak dengan melakukan ujian darah dan X-Ray.
Ujian darah bertujuan melihat tindak balas hati dengan mengukur enzim yang digunakan dalam ujian itu.
Jika kanser hati wujud, Alfafoetoprotein iaitu protein dalam darah akan meningkat. Bagi penghidap Hepatitis B dan C, ujian bagi mengesan kehadiran Antigen, dilakukan.
Untuk mengesahkannya, doktor melakukan ujian ultrasound bagi melihat bahagian hati yang mengalami kanser yang biasanya wujud dalam bentuk ketulan. Ini diikuti rawatan CT Scan dan Angiogram bertujuan memeta dan mengesan tahap serius kanser berkenaan.
Selepas diagnosis berkenaan, rawatan terbaik akan dibincangkan bersama pesakit. Jika ia hanya menyerang pada satu bahagian, pembedahan dilakukan bagi membuangnya dan hati boleh dibuang sehingga tiga perempat kerana ia masih boleh berfungsi.
Rawatan lain adalah melalui pembedahan pemindahan hati membabitkan hati yang diderma oleh keluarga terdekat. Bagaimanapun, keputusan jangka panjang tidak baik kerana ia boleh berulang semula.
Selain itu, rawatan kimoterapi juga boleh dilakukan dengan membuat saluran di bahagian arteri dan menghalakan rawatan itu terus ke-pada kanser berkenaan.

TIP
DEMAM berpanjangan adalah salah satu tanda penyakit kanser hati. Berikut ialah panduan bagi menangani masalah demam:
o Pakai pakaian nipis dan berlengan pendek.
o Ambil ubat Paracetamol dengan dos yang mencukupi setiap empat hingga enam jam jlka suhu melebihi 38 darjah Celsius.          
o Lapkan keseluruhap badan dengan air suam jika demam tidak kurang selepas sejam mengambil ubat. Jangan gunakan air sejuk atau ais kerana ini hanya menyebabkan anda menggigil dan meningkatkan lagi suhu badan.
o Jangan berselimut tebal, kecuali menggigil kesejukan. Berbaring dalam selimut tebal juga akan hanya
menyimpan rasa panas badan itu dan menimbulkan rasa tidak selesa. Sebaiknya, gunakan selimut yang sederhana tebal atau nipis
o Pasang kipas atau hawa dingin untuk menurunkan suhu sekeliling anda serta bagi tujuan keselesaan.   
o Minum air secukupnya dan makan makanan yang lembut serta mudah dihadam seperti bubur. Ais krirn dan agar-agar juga boleh diberi bagi mengurangkan suhu badan.
o Dapatkan pemeriksaan doktor apabila demam membabitkan kanak-karaK berusia kurang enam bulan, demam sederhana berpanjangan melebihl tiga hari dan demam pada suhu terlalu tinggi melebihi 24 jam.

1 ulasan:

shahril berkata...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

Catat Ulasan