Ahad, 17 Julai 2011

Elektrolit bantu kekal hidrasi

PERPELUHAN dalam persekitaran yang panas dan lembap adalah cara semulajadi tubuh bertindak balas membantu mengekalkan suhu badan pada bacaan 37�C.

Menggantikan elektrolit yang hilang ketika berpeluh

Elektrolit pada dasarnya adalah alat pemancar elektrikal di dalam badan. Anda boleh membandingkannya dengan partikel yang bercas elektrik atau ion di dalam bateri lampu suluh. Keringat yang menyejat daripada kulit kita mengandungi bermacam elektrolit. Ada pelbagai komposisi peluh tetapi lazimnya terdiri daripada cecair dan elektrolit utama seperti di bawah:

Natrium
Kalium
Kalsium
Magnesium
Klorida
Fosfat
Sulfat

Jika kehilangan berterusan elektrolit utama ini, ia akan mendorong kepada penyahhidratan dan strok haba. Lazimnya, badan kita akan melaksanakan pengawalan dalaman elektrolit ini bagi mengekalkan keseimbangan andai berlaku sedikit perbezaan. Disarankan untuk kita menggantikan elektrolit yang hilang ini dengan cara membekalkan tubuh dengan cecair dan elektrolit bagi membolehkan penghidratan semula dengan pantas.

Kepentingan elektrolit

Natrium dan klorida adalah elektrolit utama badan yang hadir di antara sel. la juga adalah yang pertama akan hilang apabila cecair dikumuhkan melalui perpeluhan dan pembuangan air kencing.
Peranan utamanya adalah menyeimbangkan cecair yang sewajarnya dan mengawal pergerakannya (cecair) masuk dan keluar daripada sel. Selain itu, melaraskan tekanan darah, menghantar impuls saraf serta membantu otot anda berehat termasuk otot jantung.
Natrium dan klorida penting untuk pengecutan otot. Ini menjelaskan alasan, kenapa jika cecair yang hilang tidak digantikan serta-merta, ia akan menyebabkan kekejangan otot. Kekurangan natrium mungkin tidak akan berlaku tetapi jika itu terjadi, gejalanya mungkin loya, pening dan kejang otot.
Sebaliknya jika berlebihan, natrium akan dikumuhkan tetapi sesetengah penyakit buah pinggang akan mengganggu perkumuhan natrium di kalangan individu sihat, seterusnya menyebabkan pembendungan cecair dan pembengkakan.
Kalium adalah elektrolit utama yang wujud di dalam sel badan. lajuga berperanan mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit. Tambahan pula, ia turut membantu memelihara tekanan darah yang normal, menghantar impuls atau isyarat saraf serta mengecutkan otot. Bagi individu sihat, kekurangan kalium jarang ditemui. Bagaimanapun, jika berlaku muntah dan cirit-birit, badan mungkin mengalami kehilangannya dengan banyak. Antara gejala kekurangan kalium adalah seperti lemah, hilang selera makan, mual dan letih lesu.
Fosforus membantu menjana tenaga di dalam setiap sel tubuh dan bertindak sebagai pengatur utama metabolisme tenaga organ tubuh. la adalah komponen utama dalam struktur gigi selepas kalsium. Kekurangan fosforus amat jarang berlaku kecuali bagi sesiapa yang mengambil ubat antasid dengan aluminium hidroksida dalam jangka panjang. Gejala kekurangan termasuklah kerapuhan tulang, kelemahan, hilang selera makan dan kesakitan.
Pengambilannya dalam jumlah berlebihan boleh menurunkan tahap kalsium dalam darah - masalah yang timbul jika pengambilan kalsium adalah rendah.
Air mengawal proses badan. la membawa nutrien dan lain-lain bahan kimia tubuh ke sel badan anda serta menyingkirkan bahan buangan. Selain itu, ia juga menolong melaraskan suhu badan.
Bahan utama di dalam minuman isotonik adalah air. la juga mengandungi karbohidrat (glukosa dan sukrosa), natrium, kalium dan fosfat. Dahaga hilang apabila kita minum cukup cecair bagi melegakan rasa kering di dalam mulut dan menggantikan cecair yang hilang dalam bentuk peluh.
Minuman isotonik sememangnya mempunyai peranan di dalam penyimpanan cecair yang anda gunakan dan menggalakkan penghidratan semula.
Bagi memenuhi pengambilannya, minumlah pelbagai jenis cecair sama ada air, jus, minuman isotonik, susu soya dan susu dalam jumlah yang disarankan.

Mesej

Adalah penting bagi mengekalkan tahap hidrasi tubuh di dalam iklim panas dan lembap seperti di Malaysia. Jangan tunggu sehingga dahaga 'menguasai' diri dan ingatlah elektrolit utama yang mesti di ambil jika mahu kekal terhidrasi.

o Mary Easaw-John adalah pakar perunding diet yang berpenga-laman 23 tahun dalam bidang pemakanan dan dietetik. Maklumat di atas bertujuan mendidik orang ramai, tanpa menyokong mana-smanaproduk. Sebarang perta-1 nyaan mengenai isi kandungan dm penggunaannya hendaklah dirujuk secara langsung kepada pakar diet berkelayakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan