Sabtu, 16 Julai 2011

Demam dan sebab-sebabnya

MASA kita kecil, kita telah tahu bahawa demam itu bahaya, ini adalah satu pengajar-an yang tidak pernah kita lupakan.
Demam dikaitkan dengan tidak selesa rasa badan lemah, muntah-muntah, pening, sejuk, sakit kepala dan sakit-sakit otot. Demam membuat kita berbaring dan berkurung di rumah dan membuat kita memakan ubat sama ada ditelan atau disuntik.
Demam adalah bukti yang menunjukkan bahawa seseorang itu benar-benar sakit, satu sebab untuk membuat kita ponteng sekolah, ponteng kerja, tidak pergi ke majlis-majlis dan membuat kita memanggil doktor. Apabila suhu badan kita turun ke paras biasa ini bermakna kita sedang hendak sembuh.
Apakah pentingnya demam? Ramai di antara kita percaya bahawa peranan utama demam ialah untuk memberi kita amaran bahawa seseorang itu sakit dan memerlukan jagaan. Demam adalah keperluan yang penting seperti juga perlunya kita punya rasa untuk merasa sakit apabila kita terpegang besi panas.
Demam itu sekiranya tidak mencapai suhu yang tinggi adalah satu akibat dari jangkitan kuman.
Setengah ahli saintis tidak puas hati dengan penjelasan asas ini dan mengatakan bahawa demam itu berperanan nombor dua, peranan yang lebih penting, iaitu demam menolong kita melawan organisma-organisma pathogenic yang sedang menyerang sistem dalam tubuh kita. Dengan lain perkataan mereka mengatakan bahawa demam itu adalah baik untuk kita.
Seorang doktor British, Thomas Sydenham yang hidup dalam abad ketujuh belas mengatakan "Demam adalah satu alat alam yang semulajadi."
Tidak boleh disangkal lagi demam panas adalah merbahaya. Tidak seorang pun boleh hidup lama jika suhu badannya melebihi 133 darjah F. Apa jenis demam sekali pun yang melebihi suhu (suhu suhu subur) 107.6 darjah membawa kemungkinan bahaya maut.

bagaimanapun hanya sedikit saja jangkitan yang membuat seseorang itu demam hingga ke takat suhu 104 darjah F atau 105 darjah F dan setakat ini demam biasanya menjangkau suhu 100 darjah F hingga 103 darjah F.
Demam adalah satu tindak balas tubuh badan terhadap kuman bakteria, virus atau racun-racun dari kuman yang dipanggil endo-toxins. Sel-sel darah putih mengeluarkan sedikit protein yang digelar pyrogen, yang menambahkan pengeluaran prostaglandins, sejenis cecair yang terdapat dalam tisu-tisu dalam tubuh.
Cecair ini akan disalurkan ke bahagian hypothalamus yang menentukan suhu badan, yang juga menentukan demam. Dadah Antipyretic seperti aspirin, menghentikan pengeluaran prostaglandins. Dadah ini juga menambahkan peluh, yang menyejukkan badan yang demam. Rasa sejuk ketika demam sedang kuat menunjukkan bahawa badan sedang memerangi dan berusaha untuk terus panas. Alat thermostat yang terdapat di dalam pypothalamus memang sedia di-pasangkan dengan suhu yang tinggi dan kesemua mechanisma pe-nguasa suhu bekerja ke arah untuk menentukan suhu tetap tinggi.
Ketika suhu badan naik, meta-bolisma basal juga naik � sebanyak lebih kurang 7 peratus bagi tiap-tiap darjah F. Ini dengan sendirinya mempercepatkan degupan jantung, kelancaran perjalanan darah, dan juga pernafasan. Perasaan takut yang keterlaluan juga dapat dirasa apabila demam meningkat 102 darjah F, pesakit ini mudah menjadi susah hendak dilayan.
Naik satu darjah lagi akan membuatkan orang yang demam itu meracau dan kurang siuman. Kanak-kanak biasanya terdedah kepada demam panas yang kuat, dan boleh dikatakan semua orang pernah meracau ketika demam ketika mereka masih kecil. Di tahun-tahun kemudiannya seseorang itu dapat bayangkan perasaan seram yang dialami ketika demam  di mana kadang-kadang oleh kerana terlalu panas anda boleh nampak bayang-bayang seperti hantu. Kanak-kanak kecil biasanya akan muntah-muntah atau sawan apabila suhu badan mereka naik dengan tiba-tiba.
Akibat-akibat dari demam memangnya tidak selesa bagi pesakit, ianya juga melepaskan tindak balas yang mengancam pathogen. Pada suhu 107.2 darjah F, beberapa kuman bakteria tidak lagi boleh membiak dan kuman boleh hapus dengan suhu yang lebih ren-dah dari itu.
Faedah yang boleh kita perolehi dari demam ialah menurut seorang ahli saintis Ivan Kochan dan Eugene D. Weinberg dari University Indiana, demam boleh membuatkan badan kita bertindak memusnahkan pathogen.

Bakteria memerlukan zat besi untuk membiak dan perlu mengambil zat ini dari tisu-tisu tubuh manusia atau binatang yang mereka serang. Selama seseorang itu sihat selagi itulah zat besi akan bergantung kuat kepada tisu-tisu melalui protein. bagaimanapun, bakteria yang menyerang mengeluarkan sejenis racun yang melonggarkan pergantungan zat besi itu dan mengeluarkan sejenis kompaun untuk menyalurkan besi ke seluruh tubuh. Bakteria itu kemudiannya meemakan zat besi itu. Tetapi demam menukarkan ini semua. Apabila badan naik, kebolehan bakteria untuk mengeluarkan bahan kompaun juga akan berkurangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan