Isnin, 18 Julai 2011

Dadih asli banyak zat

KEPELBAGAIAN jenis yogurt yang ada di pasaran kadangkala menyukarkan kita untuk memilih. Apabila membeli yogurt, baca label untuk mengetahui kandungan pemakanan dan bahan-bahannya. Ini kerana setiap jenama ada kultur hidup khas yang dipatenkan kepada syarikat tertentu.

Untuk memudahkan, panduan di bawah mungkin dapat membantu:

Pilihan terbaik adalah yogurt asli kerana ia hanya mengandungi dua bahan, iaitu kultur hidup dan susu. Lebih panjang senarai bahan, lebih banyak kalori dan semakin kurang khasiat pemakanan di dalamnya. Sesetengah yogurt berperisa buah mungkin mengandungi terlalu banyak gula.

Pastikan anda baca kandungan protein dan gula. Pilih jenama yang mengandungi banyak protein dan kurang gula. Namun, mungkin tidak ramai boleh menerima rasa yogurt asli, tetapi ia boleh diubah suai dengan mencampurkan sendiri buah-buahan, madu atau gula mengikut cita rasa anda.


Untuk mendapat manfaat, kultur bakteria dalam yogurt perlu hidup ketika dimakan. Justeru untuk pilihan terbaik, beli yogurt mengandungi kultur hidup aktif (atau ditulis LAC) dan susu.

Jangan beli yogurt yang diberikan haba tinggi (ditulis �heat treated�) atau dipasteur dua kali. Pasteur adalah proses memanaskan susu sehingga 65 atau 72� Celsius diikuti pendinginan segera.

Kedua-dua proses ini membunuh kultur bakteria dalam yogurt. Label LAC tidak sama dengan kultur hidup aktif. LAC bermakna ia mengandungi sekurang-kurangnya 100 juta bakteria bagi setiap gram ketika dibuat dan dipasteur.

Elakkan yogurt yang diberikan rawatan haba selepas dipasteur kerana ia membunuh bakteria diperlukan. Yogurt yang dijadikan kuah salad atau makanan lain tidak mengandungi kultur hidup.


Lihat kandungan kalsium. Yogurt yang baik membekalkan 35 hingga 40 peratus keperluan kalsium yang disarankan dalam setiap 240 gram.


Dalam yogurt berperisa buah, bahan penstabil digunakan (maknanya yogurt akan menjadi lebih pekat). Anda akan dapati ia mempunyai dua lapisan (bahagian atas lebih cair). Kacau hingga rata sebelum dimakan. Kadangkala anda dapati ada yogurt cair seperti susu dan ini dipanggil kefir. Biasanya ia dicampur bahan pemanis untuk menaikkan rasanya.


Ketahui khasiat yogurt asli. Tiga puluh gram yogurt asli lebih berkhasiat daripada yogurt berperisa buah. Ia juga:


Mengandungi separuh kalori daripada yogurt berperisa.


Kandungan protein dua kali ganda.


Mengandungi kurang bahan penstabil.


Kandungan kalsium lebih banyak.


Tiada gula, pewarna atau perisa tambahan.

Cara mempelbagaikan kegunaan yogurt:


Sebagai sarapan pagi bersama bijirin. Kanak-kanak yang diberikan yogurt sebagai sarapan dikatakan lebih cergas di sekolah.


Sebagai pengganti mayonis untuk perencah salad. Yogurt asli rendah lemak mengandungi kurang kalori berbanding mayonis.


Jadikan ia sebagai bahan cicah untuk kanak-kanak, terutama yang baru belajar makan makanan pejal. Kanak-kanak biasanya suka rasanya yang unik dan sedikit masam.


Jadikan ia pengganti krim masam. Kandungan kalori dan lemaknya jauh lebih rendah.


Masukkan ia untuk membuat mafin, kek atau penkek (menggantikan susu, krim masam atau mentega).


Gantikan aiskrim dengan yogurt berperisa buah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan