Ahad, 17 Julai 2011

Bila anda terpaksa menggaru kerana gatal-gatal

KULIT merupakan organ yang terbesar di tubuh badan manusia dan ia mempunyai banyak fungsi. Bukan saja ia menutupi seluruh tubuh kita, bahkan ia melindungi tubuh kita daripada beberapa agen perosak yang dialami di dalam kehidupan sehari-hari.
Kebolehan untuk merasakan segala perubahan membolehkan kulit kita menilai perubahan di luar. Kesedaran ini membolehkan seseorang untuk mengambil lang-kah mengatasi agen-agen perosak dan mengundurkan diri daripada dipengapakan. Dengan itu kulit kita menjadi penapis di samping menjadi pelindung.
Antaranya yang dapat dirasakan oleh kulit kita ialah sentuhan, kesakitan dan cuaca. Ini adalah perasaan yang asas yang dirasai oleh urat saraf kita yang terletak di lapisan bawah kulit kita melalui tulang belakang dan kemudian ke otak.
Satu sensasi yang tidak mudah difahami oleh kulit ialah perasaan gatal. lanya sungguh berbeza dari sensasi sentuhan, geletik dan sakit. lanya biasa didefinasikan sebagai perasaan yang menggalakkan kita menggaru apabila terasa gatal iaitu sebagai respon yang sepontan.
Ini dirasakan oleh seseorang, beberapa kali dalam sehari. Sela-lunya kita tidak sedar walaupun selalu kita menggaru. Bahkan di kala kita bersendiri, menggaru ini boleh mengkhayalkan seseorang, namun dalam satu kumpulan jikalau seseorang terpaksa menggaru ia akan merasa agak malu, apa

lagi kesan daripada garuan yang kuat dan dilakukan bertalu-talu akan lebih memalukan.
Bagaimanapun kegatalan boleh berlaku kerana penyakit kulit ataupun kerana organ di dalam tubuh diserang penyakit.
Di antara sebab-sebab gatal itu ialah;-
(a) penyakit kulit
(b) jangkitan penyakit
(c) reaksi dari dadah yang dima-kan.
(d) gangguan endocrine
(e)gangguan hati
(f) gangguan buah pinggang
(g) berjenis-jenis barah
(h) faktor-faktor saikologi dan sakit jiwa
(i) gangguan darah
(j) kehamilan
(k) penyakit tua.
Penyakit kulit
Kebanyakan penyakit kulit mengakibatkan kegatalan, antara-nya 'eczema', kulat kulit dan parsit seperti kutu dan kudis buta dan jenis-jenis kudis yang lebih merbahaya. Alahan dengan berjenis-jenis makanan juga boleh mengakibatkan kegatalan.
Jangkitan penyakit
Cacing parasit seperti cacing kerawit, gelang dan cacing rambu. Mereka yang diserang oleh penyakit ini boleh juga menderita kerana kekurangan darah dan mereka juga kelihatan lesu. Ini ialah kerana kehilangan darah yang disedut oleh cacing itu.
Reaksi dadah
Orang yang memakan ubat-ubatan selalu akan sedar tentang timbulnya bintit-bintit akibat dadah atau ubat tersebut, contoh-nya penicilin. Sallphoncemides juga merupakan sekumpulan dadah yang boleh mengakibatkan gatal-gatal dan kemudian bintit-bintit. Sesungguhnya ada-ada saja dadah atau pelali yang mengakibatkan bintit-bintit.
Di masa ini masalah ini timbul disebabkan oleh penyalah gunaan dadah. Pengambilan yang berle-bihan dadah seperti ganja dan cocain boleh menyebabkan gatal-gatal dan bintit-bintit. Mengundurkan dari mengambil dadah pula boleh mengakibatkan tidak enak dan ini termasuk gatal-gatal. Ketagihan di dalam penderitaan itu sebenarnya merupakan sesuatu yang menyedihkan.
Penyakit endocrine
Gatal-gatal atau pruritis ialah petanda sama ada kelebihan atau kekurangan fungsi kelenjar thyroid (Hypo-and-hyper thyroidism) pada seseorang. Dalam kes ini. Kulit di dalam kes hypothyroidism sela-lunya kering dan kasar, sementara di dalam kes hyperthyroidism pula kulit seseorang sentiasa kelihatan lembut dan lembab.
Mereka yang mengidap penyakit kencing manis selalunya merasa gatai. Di samping itu mereka juga mudah dihinggapi oleh kulat, di kulit, dubur dan kemaluan yang mengakibatkan rasa gatal-gatal di tempat-tempat tersebut.
Gangguan hati
Penyakit-penyakit yang menye-rang hati ialah seperti demam, sakit kuning, penyakit yang menyerang hati dan penyakit yang menyerang limpa (biliary cirrhosis), kesemuanya ada kena mengena dengan penyakit gatal.

Penyakit buah pinggang
Buah pinggang yang diserang penyakit seperti radang penyakit buah pinggang atau uraemia di mana buah pinggang tidak boleh mengasingkan najis-najis dari tubuh badan manusia, membiarkan bahan-bahan itu tidak dikeluarkan akan mengakibatkan gatal-gatal di badan. Mekanism tersebut yang sebenarnya amat kompleks.
Gangguan pada darah
Orang yang mengalami kekurangan darah iaitu anaemia (kurang haemoglobin) selalunya gatal kulitnya.
Kegatalan ini memang biasa dipanggil disebut polycytnaemia vera (berlebihan sel darah merah) dan lukemia (sejenis barah darah yang tidak normal).
Tumbuhan-tumbuhan malignant (barah)
Penyakit ini berkaitan rapat dengan berjenis-jenis penyakit kulit, ini termasuk mycoses, fungoides dan hodgins.
Tumbuhan malignant di baha-gian lain juga bersangkut-paut dengan penyakit kulit, contohnya bronchus, dada dan perut, ada kalanya kegatalan boleh dianggap sebagai salah satu petanda penyakit cancer di bahagian dalam.
Faktor-faktor psikologi
Selalunya orang-orang yang mengalami masalah emosional dan psikologikal akan menggunakan kegatalan iaitu dengan menggaru-garu sebagai satu cara menarik perhatian, tetapi ada masanya mereka terlalu sangat menggaru sehingga memalukan diri sendiri.
Terlalu sangat menggaru boleh mengakibatkan kemungkinan diserang oleh penyakit parasit wa-laupun pada hakikatnya penyakit tersebut tidak wujud.
Gatal-gatal yang terlalu serius dan kronik boleh menjadi begitu teruk sehingga mereka lupakan diri sendiri.

Kehamilan
Kehamilan selalunya diikuti dengan berbagai petanda sebab hormon-hormon dan juga perubahan metabolik yang berlaku di dalam tubuh seseorang. Demam pagi dan muntah-muntah merupakan satu contoh yang biasa.
Menggaru yang ada kalanya diikuti dengan bintit-bintit dan luka akibat digaru sering berlaku di peringkat bila kandungan sudah mulai besar, tetapi ianya akan hilang dengan sendirinya setelah melahirkan anak.
Umur tua
Orang-orang tua selalunya mempunyai kulit yang kering disebabkan oleh anasir-anasir cuaca selama hayat mereka. Bahkan kulitnya menjadi semakin tipis dibandingkan dengan kulit mereka di masa usia-usia remaja, lalu kulit mudah terasa gatal dan pedih.
Di samping itu orang tua tidak makan secara sempurna dan kurang mendapat zat makanan yang diperlukan sehingga mengakibatkan kekurangan darah. Ini akan menjadi satu faktor tambahan pada kegatalan yang dialami.
Cara-cara mengubati penyakit pruritis (gatal-gatal)
Oleh kerana faktor-faktor yang menyebab kegatalan terlalu banyak dan bagi mengubatinya eksperimen yang teliti perlu dijalankan. Sebab-sebab yang utama perlu dikajikan dulu sebelum sebarang rawatan dimulakan.
Doktor harus mengkaji sejarah seseorang pesakit dengan mendalam dan pesakit juga perlulah memberikan kerjasama dengan doktor yang merawatnya dan sanggup menjalani beberapa ujian yang diberikan.
Setelah itu ujian yang lanjut perlu dibuat pada fizikal pesakit dan ujian termasuklah menguji air kencing, najis, sel darah, kimia darah dan ujian X-ray. Ujian khas untuk penyakit-penyakit yang menyerang hati, buah pinggang dan kelenjar endocrine kerana kesemua perlu untuk mengenal penyakit sebenar. Bila ini semua sudah dilakukan dengan sempurna barulah rawatan boleh dimulakan.
Krim, pil dan juga suntikan adalah di antaranya yang dilakukan terhadap pesakit ketika menjalani rawatan. Tugas doktor tidak habis hanya di sini, bahkan mereka juga perlu mendalami tentang situasi mental mereka. Nasihat dan rundingan dengan pesakit dan keluarganya adalah satu cara melalikan mengenai masalah yang sedang melanda mereka.
Di dalam kes-kes yang kurang serius selalunya doktor akan;
A) supaya pesakitnya tidak ada kena mengena dengan penyakit yang serius seperti sakit puan, kejangkitan, barah dan lain-lain penyakit organik.
B) mengulang semula rawatan kepada pesakit untuk mempastikan pemulihan sepenuhnya.
C) ataupun cuba mentafsir kemungkinan sebab atau punca-punca penyakit yang sedang menyerang pesakitnya.
Sebagai ringkasan, kegatalan merupakan satu sensasi yang memberikan fungsi pelindung terhadap tubuh manusia. la boleh merupakan sensasi yang indah dan mengkhayalkan tetapi apabila dilakukan di tempat-tempat awam ianya merupakan satu perbuatan yang memalukan. Kegatalan ini merupakan satu penderitaan yang berlaku akibat berbagai sebab.
Punca-punca atau faktor-faktor yang menyebabkan kegatalan berbagai ada yang besar dan ada yang minor.
Kegatalan ini boleh juga dijadikan sebagai punca atau faktor yang mungkin berkaitan dengan penyakit barah atau sebagainya.
Perlu diingat bahawa kegatalan ini, jikalau berlaku pada anda tidak boleh dibiarkan. Perhatian boleh mengelakkan anda daripada mengalami peristiwa yang memalukan, bahkan sebagai cara untuk mengesan penyakit yang lebih serius.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan