Selasa, 19 Julai 2011

Bayi kena cirit-birit kurang air

MUNTAH dan cirit-birit boleh terjadi kerana virus, bakteria, parasit selain makanan yang sukar dicerna (kerana terlalu manis).

Kedua-dua masalah itu berbahaya kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan kekurangan air (dehidrasi) dalam tubuh. Bayi mudah berhadapan dengan masalah ini, begitu juga kanak-kanak.

Apabila anak anda mengalami muntah dan cirit-birit, dia memerlukan air yang banyak bagi menggantikan cecair yang hilang. Galakkan dia (jika anak berusia lebih dua tahun) untuk minum lebih banyak air dan tidak semestinya air suam. Mungkin anda boleh beri dia jus buah-buahan. Kadangkala doktor memberi �oral rehydration solution� (ORS), yang mengandungi campuran garam, gula dan potassium yang seimbang.

Bagaimanapun, elakkan memberi anak yang cirit-birit dan muntah minuman berkafein. Kafein hanya akan meningkatkan jumlah kehilangan air dan garam dalam badan.

Walaupun makanan mungkin meningkatkan masalah cirit-birit, dia masih boleh mendapatkan sedikit nutrisi daripada makanan yang diambil sekali gus membantu anak anda hilang terlalu banyak berat badan.

Makanan berkenaan hendaklah yang dikisar termasuk pisang, nasi dan bijirin. Beri kepada mereka untuk tempoh 24 jam. Jika makanan ini membuatkan keadaannya bertambah baik, anda boleh memberinya makanan lain dalam tempoh 48 jam berikutnya.

Biasanya kanak-kanak akan kembali ke tabiat makanan normalnya kira-kira tiga hari selepas muntah dan cirit-birit berhenti.

Jika anak anda menyusu badan, teruskan menyusuinya, tetapi bagi kanak-kanak yang mengambil susu formula, kadangkala doktor akan menyarankan anda menukar susunya kepada susu khas untuk cirit-birit. Biasanya pertukaran itu untuk seminggu saja. Selepas anak anda sembuh, anda boleh memberinya jenama susu sebelumnya.

Kadangkala doktor juga akan menasihatkan anda tidak memberinya produk tenusu antara tiga hingga tujuh hari.

INFO

Cirit-birit

Walaupun cirit-birit dan muntah mungkin bukan masalah yang serius, anda perlu merujuk kepada doktor jika anak anda berada dalam kategori ini.


Berusia kurang daripada enam bulan

Berusia kurang daripada enam bulan dan demam hingga suhu melebihi 101.4�F.

Ada tanda-tanda kekurangan air

Muntah lebih lapan jam

Najis yang berdarah

Tidak membuang air dalam tempoh lapan jam

Lehernya tegang

Sakit perut lebih dua jam

Tanda-tanda dehidrasi


Kurang selera makan

Hilang berat badan

Tidak membuang air kecil seperti biasa

Air kencing lebih gelap

Denyut nadinya cepat

Mulut kering

Dahaga

Tiada air mata apabila menangis



Sumber: Berita Minggu 25.3.2007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan