Sabtu, 16 Julai 2011

Bawang Putih - Penyembuh Penyakit

KEBANYAKAN anda tentu mengetahui tentang betapa khasiatnya bawang putih dalam memulih beberapa penyakit termasuk barah, lemah jantung, kencing manis, demam paru-paru dan mati pucuk.
Kajian yang dibuat oleh pakar-pakar perubatan menunjukkan bahawa bawang putih adalah satu daripada ubat mujarab yang telah digunakan sejak beribu tahun oleh nenek moyang kita sebagai ubat pencegah penyakit.
Sesungguhnya bawang putih boleh mengembalikan tenaga anda tapi jika tidak disebarkan ilmu pengetahuan secara tradisi itu, maka tidak akan ada siapa yang tahu. Oleh itu di sini diterangkan beberapa kelebihan khasiat bawang putih itu, antaranya ialah;
� Mencuci segala kekotoran yang terdapat dalam badan serta mengukuhkan sistem pertahanan.
� Mencegah penyakit lemah jantung dengan mengurangkan datar cholesterol dan mencegah pengumpulan lemak-lemak yang tidak diingini di datam urat darah.
� Membunuh kuman-kuman yang menyebabkan penyakit seperti demam paru-paru, batuk kering dan selsema.
"Sesungguhnya bawang putih mempunyai kuasa mujarab untuk mencegah penyakit," ujar Dr. Sato-si Kitahara, seorang Profesor yang pakar dalam penyelidikan bawang putih.
Dr. Paavo Airofa yang bersetuju dengan kenyataan Dr. Kitahara ia-itu Presiden Akademi perubatan Biologi Antarabangsa memberitahu pula: "Bawang putih, lebih dari makanan lain � adalah salah satu sayuran yang berkhasiat.
"la bukan hanya memperbaiki dan menyelaraskan diet anda tapi memperbaiki juga kesihatan anda, mencegah penyakit dan boleh melanjutkan usia."
Dr. Airola telah merawat beberapa orang dari pesakitnya yang mengidap darah tinggi dengan menggunakan bawang putih.
Doktor-doktor lain juga sependapat bersetuju bahawa bawang putih boleh mencegah sakit barah di dalam perut.
"Semua orang harus menggunakan bawang putih di dalam makanan mereka bagi mencegah penyakit barah gastrik." ujar Dr. Isadore Rosenfield dari Universiti Cornell.
Bawang putih mengandungi elemen mencegah barah dan zat galian selenium, menurut Dr. Gerhard Schrauzer, Profesor kimia di Universiti California.
"Bawang putih mencegah barah gastrik dari manusia melalui tindakan bahan-bahan kimia yang terkandung didalamnya," jelasnya.
Penyelidikan yang mendalam terhadap bahan ini, kebanyakan-nya tercatit dalam journal perubatan yang menjelaskan bahawa:
� Bawang putih mempunyai kesan yang mendalam terhadap ketegangan atau hypertension.
Dr. F.G. Piotrowski dari Universiti Geneva mendapati penurunan tekanan darah sebanyak 40 % dalam kes-kesnya setepas si pesakit menerima rawatan menggunakan bawang putih selama seminggu. la juga boleh menahan ketinggian kadar cholesterol.  Seorang penyelidik bangsa India, Dr. Arun Bordia dan Dr. H.C. Bansal mendapati bahawa mereka yang diberi jus bawang putih mengalami penurunan kadar cholesterol nya.
� la juga mencegah 'atherosclerosis'.
Kajian di German terhadap 114 orang pesakit yang mengidap darah tinggi dan 'atherosclerosis' di-dapati menunjukkan bahawa bawang putih dapat memulihkan ke-adaan sipesakit terhadap penyakitnya itu.
� la juga menolong menghapuskan anemia yang kronik.
Penyelidik Australia Dr. K. Mat-wax mendapati bahawa pesakit menunjukkan bilangan sel darah merah yang banyak selepas lapan minggu mendapat rawatan menggunakan bawang putih.
� la juga menyegarkan anda daripada penyakit sendi.
Penyelidik Jepun yang menguji kegunaan rawatan bawang putih terhadap pesakit penyakit sendi dan sengal pinggang mendapati rawatan itu efektif sebanyak 86% daripada kes yang diuji.
Lain-lain penyelidikan merata dunia mendapati bahawa bawang putrh telah digunakan dengan jayanya untuk mengubat penyakit cacing di usus, lelah, kencing manis, mulas perut, angin dan sakit-sakit 'gastrointertinal'.
"Kekuatan bawang putih bukan hanya baunya yang tenget tapi merupakan ubat kelas satu yang paling istimewa," Dr. Robert Brownet memberi kepastian.
Hingga hari ini ramai yang masih percaya bahawa seseorang botak boleh mengembalikan rambutnya hanya dengan menyapu bawang putih di tempat yang botak itu.
Doktor-doktor kaum Gypsy yang sedar akan keistimewaan dan kuasa bawang putih menggunakannya untuk melicinkan perjalanan air kencing, melajukan pengeluaran hingus, mengurangkan demam, menghapuskan cacing-cacing di usus dan mencegah kembung perut.
Bawang putih di pandang tinggi sepanjang sejarah sebagai bahan makanan yang penuh berkhasiat dan besar faedannya kepada manusia sejagat.
Seorang ahli sejarah Roman, Pliny Elder mengakui bahawa 61 jenis penyakit boleh diubati dengan menggunakan rawatan bawang putih sahaja.
la juga merupakan ubat yang paling digemari oleh bomoh-bomoh dahulu kala.
Doktor-doktor di negara Timur pada dahulu kala berpuas hati bahawa bawang putih bukan sahaja boleh mencantikkan kulit muka bahkan memperbaiki kecerdasan anda. � IPS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan