Ahad, 17 Julai 2011

Barah Kulit - Bagaimana Mengesannya

SEBAHAGIAN dari sebab mengapa doktor-doktor sekarang mencapai kejayaan yang lebih memberangsangkan dalam mengubati semua jenis penyakit barah ialah kejayaan mengesannya lebih awal. Biasanya juga pesakit barah dapat mengencam dahulu penyakit yang dihidapinya kerana ia pernah membaca tentang tanda-tanda awal dan berhati-hati akan serangan barah.
Di bawan ini diturunkan serba sedikit pengetahuan yang patut anda tahu tentang penyakit yang paling ditakuti sekarang � BARAH KULIT � dan diharapkan ianya akan menjadi panduan yang berharga.
Apa dia barah kulit?
la adalah satu jenis barah yang berasal dari dalam kulit, dan bukannya hasil barah dalaman yang merebak ke kulit seperti yang biasa berlaku dalam kes barah buah dada yang sudah teruk.
Apakah terdapat lebih dari satu jenis barah kulit?
Ya. Tiga jenis barah kulit yang utama ialah: (1) 'basal cell epithe-liomas', yang umumnya tidak merebak ke lain-lain bahagian badan, tetapi jika ini berlaku, ianya boleh merosakkan tisu di bahagian di mana ia tumbuh; (2) 'squa-mous cell carcinoma', di mana dalam peringkat merbahayanya boleh merebak ke lain-lain bahagian badan; (3) melanoma (tumbuhan barah)
Dari yang ketiga-tiga itu, yang mana paling merbahaya?
Melanoma
Mengapa?
Melanoma mempunyai keupayaan untuk merebak. la boleh merebak ke lain-lain bahagian badan menerusi saluran darah atau sistem "lymphatic", di mana ia boleh tumbuh, membiak dan jika ia terkena organ yang penting, boleh membawa maut kepada diri pesakit. Melanoma merupakan jenis barah kulit yang paling berbahaya.
Mengapa melanoma boleh merebak?
Jawapannya sama dengan keupayaan barah boleh membiak. Barah merupakan perubahan dalam sel-sel badan yang mengeluarkan sel-sel dari kawalan yang dipunyai oleh sel-sel biasa. Sel biasa akan tumbuh dan membiak sehingga beberapa sel telah terbentuk dan kemudian, proses itu berhenti. Anda boleh melihat proses ini dengan memerhatikan ba-gaimana luka sembuh.
Bagaimanapun, barah akan terus tumbuh dan tidak akan berhenti sehingga ianya telah memusnahkan orang yang mengidapnya. Tidak ada siapa yang tahu bagaimana barah mempunyai keupayaan itu. Tapi, ia adalah sifat barah, walau apa pun jenisnya, untuk terus tumbuh dan membiak dan membunuh sesiapa saja mangsa yang mengidapinya.
Bagaimana rupa bentuk Melanoma?
Melanoma merupakan sejenis tumbuhan di atas kulit. Kebiasaannya ia mengeluarkan beberapa jenis warna. Warna-warna itu berkisar dari perang kepada hitam. Kadang kala anda boleh melihat warna-warna biru, merah atau putih sebagai sebahagian dari warna melanoma. Anda boleh merasa tumbuhan melanoma ini. Bentuknya pula bermacam-macam, kadang-kadang macam bintil. Kadangkala melanoma ini boleh dilihat berwarna merah atau merah jambu. Melanoma yang teruk kadangkala akan berdarah atau mengeluarkan cecair. Kulit di sekitar tumbuhan melanoma itu juga akan kelihatan merah.
Apakah orang yang mengidapi melanoma akan merasa sakit atau adakah lain-lain tanda melanoma?
Kebiasaannya, tumbuhan awal' melanoma tidak mempunyai tanda. la akan tumbuh secara "diam' tidak juga menimbulkan sebarang kesakitan atau gatal-gatal atau lain-lain tanda yang boleh menarik perhatian orang. Pada masa peringkat awal inilah masa yang paling baik untuk mengubatinya.
Apakah punca melanoma?
Tidak siapa yang dapat memastikannya, tetapi adalah dipercayai ianya berpunca kerana kulit yang kerap terdedah pada cahaya matahari. Misalannya, melanoma kebanyakannya dilihat pada bahagian-bahagian badan yang sering terdedah kepada sinaran matahari. Ianya boleh juga dikesan pada orang-orang yang berkulit cerah. Jarang sekali melanoma berlaku kepada orang-orang berkulit gelap atau hitam.
Melanoma kebiasaannya dikaitkan dengan pendedahan yang kerap kepada matahari dan kajian-kajian menunjukkan barah kulit jenis ini lebih kerap berlaku kepada orang-orang kulit putih dari mereka yang tinggal di kawasan Khatulistiwa. Sebagai hasilnya, melanoma lebih kerap berlaku di bahagian selatan Amerika Syarikat dari bahagian utaranya.
Apakah melanoma tumbuh di mana-mana bahagian khas badan?
Melanoma biasanya tumbuh di kaki-kaki kaum wanita dan di dada atau di bahagian belakang kaum lelaki tetapi ia boleh tumbuh di mana-mana bahagian badan, ter-
utamanya bahagian-bahagian yang terdedah kepada matahari. Jarang sekali berlaku melanoma di bahagian-bahagian yang ditutupi pakaian, seperti bahagian yang
ditutupi oleh pakaian mandi.
Bahagian-bahagian lain yang boleh dikena melanoma dan tidak terdedah kepada matahari termasuk kulit kepala, di bawah kuku jari tangan dan kaki. Jarang juga penyakit barah melanoma ini tumbuh di tepi bibir. Tumit kaki dan tapak tangan merupakan bahagian-bahagian merbahaya di mana melanoma mudah tumbuh.
Adakah orang-orang tertentu yang mudah terkena melanoma?
Di antara orang-orang yang mudah terkena melanoma (selain dari orang-orang yang berkulit cerah dan yang sering terdedah kepada matahari) ialah mereka yang berasal dari keturunan yang pernah mengidapi melanoma. Melanoma lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak atau saudara perempuan atau lelaki kepada mereka yang pernah mengidapi melanoma.
Jika dikesan lebih awal, bolehkah ia diubati?
Rawatan untuk tumbuhan awal melanoma ialah pembedahan. Tumbuhan itu dibuang dengan dibedah bahagian yang dijangkiti dan kebiasaannya lemah di bawah kulit yang dibedah itu juga dibuang. Sebagai rawatan tambahan, kadangkala penting juga untuk membuang "lymph nodes" di bahagian di mana melanoma boleh membiak.
Apabila melanoma telah merebak, bolehkah rawatan "drugs" dan lam-lain mengawal-nya?
Ya, terdapat beberapa jenis "drugs" chemotherapeutic yang berkesan mengawal melanoma dari merebak. Rawatan radiasi dan "immunotherapy" juga boleh dijalankan.
Apakah yang harus dilakukan jika terdapat tumbuhan serupa melanoma?
Anda harus menemui doktor untuk diperiksa. Hanya doktor yang dapat menentukan jika ianya merbahaya dan perlu dirawat. Separuh dari tumbuhan itu mungkin dibedah dan dihantar kepada "pathologist" � pakar penyakit untuk menentukan melalui pemeriksaan mikroskopik sama ada tisu itu merbahaya atau tidak.
Setengah orang mempunyai banyak tahi lalat atau tanda-tanda. Perlukah ianya dibedah?
Tidak perlu membedah atau membuang setiap tumbuhan atau tahi lalat. Kebanyakannya tidak merbahaya dan tidak akan bertukar menjadi melanoma. Hanya yang disyaki sahaja perlu dibedah.
Mengapa kadangkala melanoma ini terbiar sehingga tumbuh begitu besar?
Kebanyakan orang kadangkala tidak begitu memberi perhatian pada dirinya sendiri, jarang menemui doktor dan sebagainya. Kadangkala mereka gagal untuk mengesan melanoma kerana:
Pertama, melanoma tumbuh di bahagian-bahagian badan yang tidak dapat dilihat, seperti di bahagian belakang, di tumit kaki, di belakang peha, atau malahan di belakang bahagian lengan. Mereka yang berkulit cerah dan kaum keluarganya pernah mengidapi melanoma perlu menjalani pemeriksaan setahun sekali, kecuali ia sering berkunjung ke doktor untuk diperiksa.
Sebab kedua melanoma jarang dapat dikesan ialah kerana ianya dipercayai penyakit lain. Umpamanya, luka yang tidak boleh sembuh dalam masa beberapa minggu. Sering kali, kita akan membiarkan luka itu sembuh sendiri. Bagaimanapun, ini bukannya bermakna setiap luka itu adalah melanoma tetapi adalah lebih baik diperiksa jika satu-satu luka itu tidak sembuh-sembuh.
Selain dari memeriksa luka atau-sakit-sakit lain, perhatikan juga perubahan yang berlaku ke atas tahi lalat. Umpamanya perubahan dalam bentuk, warna dan besarnya, sama ada gatal atau berdarah. Jika terdapat perubahan-perubahan ini, lekaslah menemui doktor anda.
Adakah cara untuk menghindar melanoma?
Elakkan kulit anda dari terdedah selalu kepada cahaya matahari. Gunakan losyen-losyen keatas kulit-kulit yang terkena cahaya matahari. Bagaimanapun langkah ini belum tentu dapat menghindarkan melanoma. Anda dinasihatkan mengikuti nasihat-nasihat diatas sebagai langkah mencegah, bukan sahaja untuk mencegah barah kulit seperti melanoma tetapi lain-lain jenis barah kulit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan