Ahad, 17 Julai 2011

Bahayanya Gastrik setelah menjadi ulser

PIHAK pentadbiran hotel terkemuka di Hong Kong tiba-tiba menjadi cemas. Mereka menjumpai seorang lelaki yang berlumuran darah mati di dalam bilik mandi.
Mungkinkah ini satu pembunuhan ataupun bunuh diri, namun apa yang sebenarnya terjadi ialah Sushill Chowdhury, eksekutif syarikat tekstil India yang terkenal telah membunuh diri secara yang tidak disedarinya.
Tugas yang dilakukannya di Hong Kong membawa kejayaan dan dia ingin merayakannya dengan jamuan makan yang mewah. Dia tidak mempedulikan sakit yang dirasa di dalam perutnya sejak beberapa bulan sebelumnya, walaupun dia pernah menceritakan tentang perkara tersebut kepada kawan-kawan dan isterinya.
Dia memaksa dirinya bekerja keras dan makan tidak tentu. Dia juga tidak berjumpa doktor, akibat-nya luka ulser di dalam perutnya semakin parah dan akhirnya pecah membawa maut.
Fikiran yang tidak tenteram dan sentiasa runsing menyebabkan perut mengeluarkan berlebihan asid dan enzim. Ini mengakibatkan kecederaan di lapisan perut.
Ulser berpunca dari penyakit gastrik yang tidak dijaga dan dirawat. Gastrik boleh dikesan apabila terasa sakit dan pedih di ulu hati. Kadangkala rasa pedih ini disertai pula dengan rasa loya, muntah-muntah, pening dan pitam. Mengikut sebabnya, iajuga boleh diikuti dengan perasaan tidak selesa di bahagian perut dan cirit-birit.
Biasanya ini disebabkan oleh pemilihan makanan yang tidak bijak, makanan yang tidak sesuai, alkohol, makanan yang terlalu pedas, banyak rempah, berminyak, terlalu masam, telah dicemari kuman bakteria, makanan yang telah dihinggapi lalat dan makanan yang dimasak atau dipanaskan berulang kali. Kesemua ini adalah di antara punca-punca penyakit penyakit gastrik.
Ada juga sejenis gastrik berpunca dari jangkitan vairus dan dinamakan gastrik flu yang disertai dengan rasa demam, selsema atau batuk. Gastrik jenis ini akan sembuh apabila pesakit mendapat rawatan dan demamnya sembuh.
Dalam kebanyakan kes gastrik, sakit perut yang dirasai biasanya akan reda dalam masa beberapa hari jika makanan dikawal dan rawatan didapati. Tetapi jika sakit perut itu berlanjutan selama lebih dari satu atau dua minggu, maka pesakit memerlukan penyiasatan yang lebih rapi dari doktor.
Gastrik boleh diidapi oleh berbagai peringkat usia manusia dari kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa. Bagi orang-orang yang lanjut usia, kemungkinan besar sakit perut yang dirasai bukanlah kerana gastrik tetapi kerana kanser perut.
Pengetahuan tentang kesesuaian makanan adalah paling perlu untuk mencegah gastrik daripada terjadi. Makanan-makanan yang terlalu banyak rempah, berminyak, asam dan jeruk haruslah dijauhi. Makanan itu juga mestilah bersih dan tidak dicemari kuman.
Makanan-makanan segar adalah elok. Bagi orang yang suka makan ulam, ulam tersebut mestilah dicuci bersih kerana ulam bukan sahaja terdapat banyak kuman tetapi juga baja kimia dan racun serangga dan ini juga boleh menyebabkan keadaan gastrik.
Makanan-makanan yang telah dimasak dan dihidangkan di atas meja mestilah ditutup dengan tudung saji agar lalat tidak menghinggapinya. Makanan-makanan yang terdedah kepada habuk dan lalat di tepi-tepi jalan tidak elok un tuk dimakan kerana pencemarar ini akan membawakan kepada penyakit gastrik.
Gastrik juga boleh berpunca dari terlalu banyak merokok. Kebanyakan penagih dadah adalah juga pengidap gastrik kerana mereka tidak menghiraukan tentang makanan dan perut sentiasa dibiarkar kosong. Kaum lelaki terutamanya hendaklah mengelakkan alkohol minuman bergas dan merokok Terlalu banyak meminum teh dan kopi juga adalah salah satu dari punca gastrik.
Di samping itu, khasnya kaum lelaki yang berusia 40 tahun ke atas yang mengadu sakit ulu hati, haruslah diperiksa oleh doktor untuk mengecamkan sebab ada penyakit ini kerana ada kemungkinan sakit ini merupai 'referred pain' yang berpunca dari penyakit jantung.
Sebelum diberi rawatan, beberapa penyiasatan akan dijalankan oleh doktor untuk mempastikan punca dan sebabnya sakit ini. Di antara penyiasatan-penyiasatan yang dilakukan ialah X-ray setelah diberi makan sejenis ubat pewarna. Ini dinamakan barium meal dan dapat menunjukkan keadaan perut dan lapisannya sama ada ulcer ataupuntidak.
Rawatan yang akan diberi kepada pesakit-pesakit gastrik adalah terpulang kepada keadaan dan puncanya. Setelah penyiasatan dibuat barulah ubat-ubat berbentuk antasid seperti gelusil, actal dan lain-lain diberi untuk mengurangkan sakit.
Ubat-ubat ini hanya boleh menolong mengseimbangkan pengeluaran asid di dalam perut buat sementara sahaja dan langkah-langkah pencegahan jangka panjang perlu diteruskan seperti juga jenis-jenis makanan, makan pada waktu-waktu tertentu, mengurangkan tekanan seharian dan lain-lain.
Untuk menghilangkan rasa kurang selesa akibat dari penyakit gastrik, pengidapnya haruslah menjauhkan jenis-jenis makanan seperti yang telah disebutkan di atas tadi.
Seelok-eloknya makan-lah makanan yang lembut dan di-rebus atau minuman bersusu serta makan pada masa-masa yang tertentu seperti setiap dua atau tiga jam.
Pesakit hendaklah memakan hidangan yang sedikit pada setiap kali makan tetapi harus lebih kerap.
Penyakit gastrik yang teruk dan tidak dirawati akan menyebabkan ulser. Terdapat dua jenis ulser, ia-itu ulser gastrik dan ulser pencernaan. Penyakit ini boleh dikenali apabila seseorang itu terasa sakit pedih di ulu hati dan sakit ini kerap berulang-ulang.
Seseorang pengidap ulser gastrik akan merasai sakit sebaik sahaja selepas makan. Ini biasanya disebabkan oleh makanan yang terlalu berminyak, pedas dan masam. Makanan-makanan ini adalah di antara punca utama yang menyebabkan ulser terutamanya jika seseorang itu tidak makan pada masa-masa tertentu atau mempunyai banyak masalah ataupun tekanan seharian.
Selain daripada mengelakkan makanan-makanan seperti di atas, pengidap ulser juga haruslah mengelakkan diri dari merokok atau minum alkohol.
Sakit yang dirasai boleh disertai dengan rasa loya, kurang. Selera makan dan muntah. Tanda-tanda dan gejalanya ialah muka akan kelihatan pucat, berpeluh, letih-lesu, nadi menjadi lemah dan tekanan darah rendah. Jika tidak mendapat rawatan awal, pesakit mungkin akan menghadapi maut.
Kadang-kadang ulser yang telah teruk akan pecah dan berdarah. Darah boleh dilihat apabila pengidapnya muntah atau buang air besar. Implikasi ini amatlah merbahaya.
Pengidap-pengidap ulser pencernaan juga akan merasai sakit di ulu hati. Sakit akan datang selepas beberapa jam makan biasanya pada pukul dua atau tiga pagi apabila seseorang itu terbangun dari tidur dan terasa lapar serta sakit.
Penyakit ulser terjadi bergantung kepada sifat dan ciri seseorang itu. Biasanya orang yang selalu mengidap ulser ialah orang yang jiwa mereka penuh dengan emosi, tidak sabar, terlalu bercita-cita tinggi, cepat marah, banyak tekanan seharian, sedih ataupun susah hati terutamanya jika disertai dengan jenis makanan dan masa makan yang tidak dikawal.
Untuk mengelakkan ulser daripada terjadi, seelok-eloknya jumpalah doktor apabila terasa sakit di ulu hati yang kerap berulangan ataupun yang dirasai selepas makan ataupun di tengah malam.
Elakkan dari memakan segala jenis makanan yang mengandungi banyak minyak, rempah, masam dan terlalu pedas. Sebaik-baiknya banyakkanlah berehat kerana tidak ada ubat yang paling mujarab daripada berehat dan menenangkan fikiran.
Selain daripada itu, ubat-ubat yang berbentuk antasid juga boleh mengurangkan sakit. Ubat ini boleh didapati daripada doktor.
Makan sedikit sahaja pada setiap kali makan tetapi hendaklah lebih kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam. Apabila perut terasa lapar, makanlah biskut dan minum minuman susu. Makanan-makanan yang dimakan mestilah dipastikan lembut dan mudah dihadam.
Jika semua langkah-langkah di atas diambil perhatian sejak awal-awal lagi, tentulah pesakit tidak mati dalam keadaan yang mengerikan dan mungkin juga masih panjang umur lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan