Jumaat, 15 Julai 2011

Bahayanya bila perut memulas

PERUT mual, sakit angin yang sesekali menyerang serta serangan sembelit dan cirit-birit yang berlarutan, selalunya dianggap tidak terlalu serius untuk menemui doktor.
Bagaimanapun tanda-tanda ini dinamakan 'irritable bowel syndrome' (IBS -tanda-tanda sakit usus yang meresahkan) dan juga dipanggil perut memulas atau kejang usus.
Keadaan ini sebenarnya jika didiamkan boleh membawa kepada penyakit yang melarat.
IBS menyerang ramai orang dan kebanyakannya antara umur 22 dan 40 tahun. la kadang-kadang menandakan masalah yang lebih berat, tetapi tidak pula mengakibatkan penyakit ulcer atau penyakit-penyakit jenis 'diverticulosis'(taliperut memulas) dan 'gastrointestinal' (gastrik tali perut)yang lain.
Dari kajian dan dari percubaan-percubaan X-ray yang dibuat jelas menunjukkan tiada kerosakan tubuh kerananya dan IBS juga tidak menghalang kepada sebarang keganjilan biokimia.
   Satu perkara yang jelas kepada doktor ialah, IBS berkait rapat dehgan tekanan perasaan, dan jenis pemakanan yang sering meruncingkan lagi masalah. Penukaran jenis makanan biasanya dapat membantu , mengawal IBS ini. Tetapi sehingga kini panduan-panduan mengenai pemakanan ini agak berkurangan.
 Persatuan Penyakit Penghadaman Amerika (ADDS), iaitu sebuah organisasi kesihatan bandar di New York telah memberikan nasihat-nasihat mengenai jenis pemakanan kepada orang ramai yang menghadapi perut mual dan tabiat sakit usus akibat dari IBS dan penyakit penghadaman yang lain.

Pengarah Eksekutif ADDS, Martin Hassner menerangkan, "Adalah lebih mudah mengawal cara pemakanan dari emosi seseorang.
"Cara ini sekurang-kurangnya dapat mengawal sebahagian dari masalah yang ada."
Jika anda mengesyaki yang anda menghadapi IBS, cuba ikut beberapa panduan ini:
Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Lebihkan mengambil makanan halus seperti bahan bertepung. Kemudian awasi sama ada anda terlalu banyak mengambil lactose (bahan-bahan makanan yang mengandungi susu bergula).
Jika seseorang itu tidak dapat menghadam lactose, ia boleh mengakibatkan sakit angin dan pecah usus.
Karbohidrat yang mengeluarkan gas, seperti kacang, timun dan buah-buahan serta sayuran yang lain juga boleh mengakibatkan IBS. Oleh itu makanan seperti ini juga harus dikurangkan. Akhir sekali, cuba kurangkan makanan yang banyak mengandungi lemak.
Untuk dua atau tiga hari, jauhkan diri dari memakan makanan yang anda rasakan menambah rasa tidak selesa pada diri anda, dan camkan bagaimana rasanya selepas berpantang dari memakan makanan tersebut. Bagaimanapun anda tidak seharusnya tidak makan langsung atau mengurangkan waktu makan anda.
Bahagi-bahagikan waktu makan anda kepada sekurang-kurangnya enam kali sehari (jumlah pemakanan sehari yang ditentukan oleh ADDS ialah 1,800kalori).
Satu atau dua kali sehari mengambil jenis makanan berat boleh membantu sistem anda, tetapi beberapa jumlah makanan ringan boleh menyediakan makanan yang cukup sepanjang masa kepada aliran penghadaman.
Jika tanda-tanda penyakit ini masih juga berterusan, adalah lebih baik pergi ke doktor untuk diperiksa sama ada anda memerlukan ubat untuk usus yang memulas, seperti Vistrax yang boleh mengubati tekanan perasaan dan juga sistem gastrointestinal itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan