Sabtu, 16 Julai 2011

Apa yang terkandung dalam darah haid?

HAID ataupun datang bulan yang biasa kita dengar juga telah terkenal dengan panggilan Menstruasi yang berasal dari perkataan latin Mensis yang bererti bulan.
Sementara itu perkataan menstruasi diertikan perdarahan dari selaput lendir rahim yang terjadi secara berulang kira-kira tiap-tiap bulan dan dapat dilihat dari perdarahan melalui liang kemaluan.
Biasanya haid ini terjadi jika tidak terdapat sebarang telur atau benih yang dapat melepaskan diri atau masuk sampai ke ovari dalam masa 14 hari sebelum haid.
Jika itu tidak terjadi maka seseorang gadis atau wanita itu pasti akan datang haidnya, tetapi jika terdapat benih yang berjaya melepaskan diri masuk terus sampai ke ovari, maka haid tidak akan jadi turun pada waktu yang telah ditentukan. Itu bermakna si wanita itu telah mengandung.
Biasanya haid ini juga dipanggil sebagai Menstruasi, ataupun datang bulan, ataupun turun bendera dan macam-macam pengenalan lagi yang biasa digelarkan.
Pada zaman dahulu banyak terdapat cerita-cerita ganjil tentang haid ini dan ada pula antara mereka menggelarkannya sebagai 'penyakit ringan'. Hinggakan ada setengah isteri yang didatangi haid diminta menjauhkan dirinya dari suaminya.
Menurut mereka jika larangan itu tidak dipatuhi ianya boleh menyebabkan si suami tadi menjadi botak dan hilang kekuatan.
Di samping itu di Perancis dan di Jerman pula melarang setiap wanita atau gadis yang sedang haid masuk ke tempat penyimpan anggur atau bir, kerana mereka bimbang anggur atau minuman mereka menjadi masam.
Sementara itu ada juga kalangan negara-negara lain yang melarang wanita yang sedang haid mendekati ternakan yang sedang hamil kerana dibimbangkan binatang itu akan ke-guguran dan gandum pula menjadi busuk.
Di kalangan agama pula wanita yang haid juga dilarang masuk ke gereja, tempat-tempat sembahyang, dan di kuil-kuil. Sementara di negara Belanda mereka dilarang memasak  daging cincang, kerana daging itu akan menjadi masam.

Bagaimana itu semua adalah tahyul belaka tidak ada kebenarannya jika kita melanggar pantang larang itu tidak akan menjadi masalah ataupun kesulitan seperti yang dise-butkan. Untuk membuktikannya cuba dahulu dan lihatlah keputusannya.
Apakah haid patut dibicarakan secara sembunyi-sembunyi?       |
Sebenarnya masalah ini tidak boleh disorok-sorokkan. La perlu dibincangkan dan diberikan pengetahuan yang meluas. Rasa tidak enak badan tiap-tiap bulan itu sesuatu yang biasa yang perlu dibicarakan secara terbuka.
Tujuannya supaya setiap anggota keluarga mengetahui apa yang sedang terjadi supaya akan lebih mengerti mengapa ibu atau kakak ataupun adik mereka sering marah-marah, dan mereka tidak perlu ambil hati sebaliknya lebih mengerti dan menolong meringankan bebanan yang ditanggung terutama jika dia berada dalam kesakitan..
Apabila kedatangan haid memang tidak menyenangkan kepada sesiapa pun terutama kepada kebanyakan gadis-gadis. Tapi kebiasaannya penyakit ini atau rasa sakit ini akan segera hilang apabila dia berkahwin dan mendapat anak.
Apakah dia haid yang normal?
Pertanyaan ini memang sukar untuk dijawab. Lamanya haid biasanya bergantung kepada tubuh wanita itu sendiri. Apa yang biasa dialami oleh seseorang wanita lain pula bagi wanita yang lain. Sakit dan menyusahkan bagi si A, tidak dan biasa sahaja bagi wanita B, begitulah halnya.
Kebiasaanya haid bagi seseorang wanita itu berlangsung selama 4 hingga 5 hari dan ini dianggap normal. Tetapi ada juga haid yang misalnya selama 3 hari hingga 6 hari lamanya dan dianggap normal juga.
Pada hari pertama haid biasanya datang terlalu sedikit, dua hari kemudian barulah berjalan lancar sedangkan pada hari keempat mulai berkurangan. Terdapat juga berlain-an datangnya haid misalnya pada hari pertama datang terlalu banyak dan berkurang pada hari-hari seterusnya. Pernah juga terjadi kedatangan haid hanya pada hari pertama, terhenti hari kedua dan ketiga dan datang lagi pada hari berikutnya. Itu juga adalah normal.
Apa yang terkandung dalam darah haid?
Selain dari darah di dalam cairan haid, terdapat berbagai jaringan keluar dari selaput lendir rahim yang telah ikut mengalir. Bahagian jaringan selaput lendir ini kadang-kadang dapat dilihat dalam darah haid sebagai jaringan kecil-kecil.
Kadang-kadang anda biasa melihat keluaran darah haid ini seperti gumpalan kecil darah.
Bagaimanapun anda tidak perlu bimbang kerana darah haid ini tidak berbau dan bebas dari hama. Jadi ianya tidak dikotori oleh bakteria atau kuman-kuman lain. Tetapi setelah darah haid ini terdedah kepada udara barulah kita timbul yang tidak enak.
Mengapa darah haid tak seperti darah biasa?
Darah yang keluar sebagai luka akan mengental dalam keadaan biasa. Ini adalah salah satu dari cara tubuh untuk melindungi dari supaya tidak kehabisan darah.
Sebaliknya darah haid tidak mengental. la secara ilmiah tidak perlu, kerana tidak ada bahaya kehabisan darah yang boleh membawa seseorang itu meninggal dunia. Bahkan ada kebaikannya darah haid itu keluar dengan keadaan cair.
Kerana darah yang kental atau beku akan hanya dapat keluar setelah bersusah payah dari rahim. Di samping itu ianya juga tidak kental kerana di dalam rahim ada suatu bahan (enzim) yang ditambahkan kepada darah.
Jadi jika perdarahan keluar dengan banyak sekali jumlah enzim tidak mencukupi untuk mencegah darah tidak mengental, tetap cair. Kerana itu jugalah kadang-kadang dalam darah haid juga terdapat darah kental yang membeku.
Berapa banyak darah selama haid yang dianggap normal?
Dari pengukuran darah waktu haid pada kajian kelompok wanita yang normal, biasanya jumlah darah yang keluar pada waktu haid berbeza sekali. Bagaimanapun biasanya hitung panjang jumlah darah yang keluar antara 50 hingga 150 mililiter. Ini bererti tidak lebih dari isi sebuah cawan air.
Mungkin anda tidak percaya, tetapi dalam lingkungan begitu sahajalah dan anda tidak perlu selalu menukar lampin wanita. Cukup dalam gantikan satu dua kali sahaja. Tidak perlu sampai 3 atau empat kali gantian dalam sehari.
Bagaimanapun jika ianya keluar terlalu banyak, ini memang ganjil sekali, di mana anda perlu menukar dua jam sekali. la bukan sahaja memenatkan tetapi boleh membuat anda kekurangan tenaga. Jika keadaan ini berlaku anda bolehlah segera meminta nasihat kepada doktor.
Mengapa keluaran darah haid malam hari lebih sedikit daripada siang?
Ramai wanita mengira bahawa pada malam hari darah haidnya tidak keluar langsung atau keluar sedikit daripada siang hari. Sangkaan ini tidak tepat.
Perdarahan tetap berlangsung seperti biasa pada malam hari, dan ini tidak berkurangan daripada siang hari. Sebenarnya keadaan anda pada malam hari yang berbaring dan men-datar itulah yang menyebabkan darah keluar lebih sedikit daripada siang hari.
Bagaimana tubuh mengetahui bahawa waktu haid sudah tiba?
Sebelum seseorang itu kedatangan haid, setiap organ di dalam tubuhnya telah bekerjasama dalam keadaan yang rumit, dan semuanya itu diaturkan oleh embelan otak (hypophysis) yang telah bekerja sebagai komputer kecil.
Sesudah menerima isyarat tertentu, ia membuat hormon yang meransang ovari untuk memulai proses permatangan dari beberapa sel telur. Ovari pula membuat hormon yang mempunyai peranan dalam pertumbuhan selaput lendir rahim.
Pada suatu waktu jika tidak ada persenyawaan berlaku antara benih lelaki dengan benih perempuan, maka hypophysis menganggap bahawa tibalah waktunya untuk kedatangan haid.
Organ kecil ini mengurangi isyarat ke ovari (melalui hormon). Ovari terpaksa mengurangkan pengeluaran hormonnya. Selaput lendir rahim beraksi dengan perdarahan lagi. Jadi inilah yang dinamakan haid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan