Ahad, 17 Julai 2011

100 Pertanyaan tentang HAID

SETIAP wanita yang normal keadaannya pasti akan mendapat haid yang datangnya setiap bulan. Tanpa diketahui sebab-sebabnya kebanyakan kita merasakan ianya sesuatu yang wajib ada pada setiap wanita. Dan darinyalah kemudian seseorang itu apabila telah berumahtangga akan dikurniakan anak.
Apabila anak-anak gadis yang baru mencapai usia dewasa bertanya kepada ibunya,kakaknya ataupun teman-temannya mengapa dia mempunyai haid, tidak ada siapa yang dapat menjawabnya lebih tepat kecuali mendakwa itu adalah perkara biasa bagi setiap gadis.
Jawapan itu memang boleh dikira tepat tetapi tidak siapa dapat memberitahu satu persatu secara detail mengapa terjadinya haid. Untuk itu Majalah Wanita akan membentangkan satu persatu lebih dari 100 pertanyaan tentang haid yang seharusnya diketahui oleh setiap wanita.
Pukul rata setiap wanita itu subur selama kira-kira 38 tahun dan selama itulah tiap-tiap bulan berganti dia akan mendapat haid yang dirangsang oleh permatangan telur pada organ kecil yang berada di dasar otak yang dinamakan hypophysis.
Selama berlakunya haid proses permatangan telah dimulai. Kira-kira 14 hari, proses permatangan telah selesai dan telur melepaskan dirinya dari ovari: Rumbai-rumbai yang mengelilingi ujung saluran telur menangkap telur tadi. Melalui saluran telur dan ia terus menuju kearah rahim.
Selama perjalanan ke saluran, telur akan dapat bertemu dengan mani (benih lelaki) yang datangnya dari arah berlainan (dari ruang rahim). Dan selama dalam perjalanan telur akan dibuahi oleh salah satu dari benih lelaki. Jika telur itu sampai ke ruang rahim, selaput lendir ruang rahim telah siap untuk menerima telur.
Sebelumnya rahim akan menerima isyarat melalui hormon ovari telur oestrogen dan progestagen bahawa akan datang sebutir telur. Selaput lendir dari ruang rahim dapat mempersiapkan diri dengan baik untuk menerima telur:
Jika telur selama dalam perjalanan di saluran telur tidak bertemu dengan benih lelaki, ia akan mati beberapa jam selepas bebas dari ovari. Selaput lendir ruang rahim seakan-akan sia-sia mempersiapkan diri untuk menerima telur. Juga hypophysis memperhatikan ini.
Kira-kira 14 hari sesudah pelepasan telur dari hypophysis, lapisan paling luar dari selaput lendir rahim diberi isyarat bahawa bahagian ini perlu diganti.
Secara tiba-tiba lapisan ini dilepaskan. Ini menyebabkan perdarahan ataupun haid. Selama haid ini ovari mula memproses permatangan telur-telur baru. Dan seluruh tenaga bekerja untuk selama tempohnya dan jika gadis itu belum berkahwin atau wanita yang belum mendapat anak ataupun mengandung, maka selama itulah ovari terus memproses dan mengeluarkan telur, jika tidak bertemu dengan benih lelaki, maka akan terjadi haid seperti biasa. Biasanya seluruh proses ini berlaku dalam keadaan yang terlalu rumit sekali di dalam tubuh kita yang tersembunyi.

Ovari
Kedua-dua ovari telur berada di kiri dan kanan rongga perut pada bahagian bawah. Tiap ovari telur dapat memuatkan 150 ribu sel telur. la berfungsi sebagai tempat persembunyian sel-sel telur, tiap set telur dikelilingi oleh sel-sel kecil yang lain yang dapat membuat hormon.
Pada permulaan tiap-tiap haid, beberapa sel telur mulai dengan proses permatangan. Sel-sel foli-kel sekelilingnya membesar pula dan mengeluarkan hormon oesrogen. Di tengah-tengah kelompok sel folikel terjadi suatu rongga cairan di mana sel telur berada.
Gelembung telur ini sebesar antara 8 hingga 10 milimeter. Jika gelembung telur ini sudah cukup masak dan dewasa, dindingnya akan pecah hingga telur bersama cairan akan keluar melepaskan diri dari ovari.
Telur yang dilepaskan oleh ovari akan ditangkap oleh rumbai-rumbai di sekeliling ujung saluran telur dan perjalanan telur dalam saluran telur ke arah ruang rahim dapat dimulai. Ini memakan masa kira-kira empat hari.
Sel-sel folikel yang tertinggal di indung telur akan tetap mengeluarkan hormon oestrogen. Mereka menambah membuat hormon kedua yang bernama progesteron atau progestagen. Mereka menjaga supaya selaput lendir ruang rahim dalam keadaan siap untuk menerima telur yang sudah dibuahi supaya dapat bersarang dengan sempurna.

Rahim (uterus)
Rahim ialah sebuah organ yang berada di dalam rongga perut dibahagian bawah. Kira-kira 12 cm panjangnya, berbentuk seperti buah pir, berongga dengan bahagian kecil ke bawah. Rahim terdiri dari lapisan tebal otot-otot dan bahagian dalam dilapisi selaput lendir. Saluran telur bermuara di bahagian atas rahim kiri dan kanan.
Di bahagian bawah rahim terdapat leher rahim dengan mulut rahim. Ini bukan suatu lubang tetapi merupakan terusan sepanjang satu sentimeter di leher rahim yang berada di liang kemaluan dan berupa mulut yang ketel.
Selaput lendir rahim telah diatur demikian rupanya hingga selalu siap sedia menerima sebutir telur yang telah dibuahi dan melalui saluran telur telah sampai di rongga rahim.
Untuk itu selama dua minggu sesudah permulaan haid selaput lendir rahim dipengaruhi hormon dari ovari oestrogen dan menjadi suatu lapisan selaput lendir yang tebal dengan banyak saluran-saluran darah yang kecil-kecil dan sel-sel kelenjar.
Dengan demikian telur yang telah dibuahi (bersenyawa) dapat dengan mudah bersarang dan kuat pada rahim. Proses perkembangan selaput rahim dinamakan fasa berkembang. Biasanya selepas pelepasan telur dari ovari telur, ovari mulai membuat hormon progesteron. Hormon ini merangsang saluran kelenjar yang tumbuh dari sel-sel kelenjar untuk mengeluarkan bahan makanan.
Fasa ini dinamakan fasa sekresi, fasa pengeluaran cairan. Jika tidak ada pembuahan pada telur yang telah lepas dari indung telur, selaput lendir yang telah menebal itu tidak akan ada gunanya.

Oestrogen
Oestrogen ialah hormon yang dibuat oleh ovari. Dari jumlah kecil ianya dibuat oleh kaum lelaki juga. Hormon oestrogen mempengaruhi semua sel dalam tubuh. Hormon ini sangat penting untuk perkembangan alat-alat kelamin wanita dan buah dada. Juga untuk perkembangan selaput lendir rahim supaya selaput lendir liang kemaluan tetap licin dan tidak kering.
Selain dari itu oestrogen juga mempengaruhi beberapa organ misalnya dalam masa peralihan masa anak-anak menjadi dewasa, tulang tidak bertambah panjang tetapi jumlah kapur di dalam tulang tetap cukup.
Oestrogen memelihara pertumbuhan kulit agar kulit tetap menarik dan kerana itu kulit wanita lebih halus dari kulit lelaki. Jika oestrogen berkurangan maka kulit akan menjadi bertambah tipis. Penumpukan lemak di beberapa bahagian tertentu di bawah kulit antara lain bahagian bawah pinggang oleh wanita adalah disebabkan oleh pengaruh hormon oestrogen.

Progesteron
Hormon progesteron didapati di ovari. Ianya dibuat atau terjadi hanya setelah dua minggu setelah keluarnya telur dari ovari.
Progesteron bersama oestrogen menjaga supaya selaput lendir rahim siap untuk menerima dan memberi tempat tinggal kepada telur yang disenyawakan. Dan biasa-nya berlaku kehamilan adalah di-sebabkan oleh hormon progesteron ini.

Selain dari itu ianya juga berfungsi menjaga supaya rahim tidak menguncup (berkontraksi). Di beberapa bahagian tempat dalam tubuh, progesteron menghambat pengaruh oestrogen. la menghambat pula bahagian kedua dari siklus haid, dan selama ada kehamilan proses permatangan dari telur-telur baru berlaku di dalam ovari,

Jenis-jenis wanita
Tidak semua wanita pertumbuhan progesteron dan oestrogen terjadi dalam cara yang sama. Ada yang mempunyai lebih banyak oestrogen, ada yang mempunyai lebih banyak progesteron secara alamiah.
Kedua hormon itu berpengaruh sekali terhadap alat-alat kelamin dan fungsi perbezaan perbandingan itu menimbulkan pula perbezaan tubuh wanita.
Wanita sebenarnya terbahagi kepada tiga kelompok yang besar. Pada tiap oestrogen, pengaruh hormon oestrogen lebih kuat daripada pengaruh progesteron. Pada wanita yang mempunyai bentuk tubuh yang menunjukkan khusus kewanitaan dan sering mempunyai kulit dan rambut yang kering, me-reka sering diganggu oleh pembuluh darah yang membengkak, menonjol.
Haid berlangsung sering lebih dari 6 hari dan mengeluarkan banyak darah.
Pusingan haid biasanya kurang dari 26 hari. Beberapa hari sebelum haid sering ada keluhan mengenai perasaan lekas marah, perut kembung dan buah dada terasa . membengkak, tegang dan sakit. Sering juga terjadi sakit haid. Pada jenis wanita progesteron lebih pula pengaruh progesteron lebih besar daripada pengaruh oestrogen.
Biasanya wanita kecil dengan buah dada kecil dan pertumbuhan rambut yang tidak diharapkan di kaki dan muka. Rambut cepat berlemak dan jerawat timbul dengan banyaknya. Sering ada juga keluhan mengenai liang kemaluan yang kering, Haid biasanya pendek, kurang dari 4 hari dan pengeluaran darah hanya sedikit sahaja.
Pusingan haid biasanya lebih dari 30 hari. Sebelum haid, sering ada keluhan mengenai kejang kaki.
Pada wanita jenis ketiga pula jumtah hormon oestrogen biasanya berlaku selama 4 hingga 6 hari dan purata pusingan kering antara 26 hingga 30 hari. Ada percampuran sifat-sifat jenis wanita oestrogen dan jenis wanita yang lebih progesteron kepada wanita jenis ketiga ini. Bagaimanapun bagi wanita jenis tiga ini mereka tidak  mudah menunjukkan perubahan  emosi ketika berlakunya haid. �  

Petikan:  Majalah Wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan