Ahad, 17 Julai 2011

10 perkara yang membahayakan kehidupan manusia

Britain, satu tinjauan telah .dibuat mengenai jenis-jenis penyakit yang paling merbahaya dan paling ramai penghidapnya. Dalam tinjauan ini juga melibatkan kegiatan-kegiatan sukan yang paling merbahaya dan jenis-jenis dadah yang selalu diambil.
Tinjauan ini dibuat berdasarkan penyelidikan-penyelidikan yang didapati melalui perangkaan-perangkaan rasmi pusat-pusat perubatan dan juga penyelidikan melalui buku-buku perubatan.
Dari hasil penyelidikan tersebut, penemuan yang didapati ternyata memeranjatkan dan di luar sangkaan orang ramai. Sebagai contoh-nya penyakit AIDS tidak dianggap sebagai penyakit yang paling merbahaya di Britain. Manakala sukan tinju pula dianggap sebagai salah satu permainan sukan yang tidak begitu merbahaya.
Berikut adalah senarai sebfinar hasil penemuan dari penyelidikan yang diperolehi.

1. 10 jenis permainan sukan yang paling merbahaya.
a. Sukan lumba kereta dan motosikal.
b. Sukan menunggang kuda.
c. Sukan mendaki gunung dan memanjat batu.
d. Kegiatan memancing.
e. Sukan luncur udara.
f. Sukan air dan berkanoe.
g. Sukan bolasepak dan ragbi.
h. Olahraga.
1. Sukan lumba basikal
j. Sukan seni mempertahankan diri dan bertinju.

Walaupun pihak media sering membuat liputan yang negatif mengenai sukan tinju namun hasil penyelidikan menunjukkan bahawa sukan ini masih dianggap paling selamat kalau dilihat dari jumlah kematian. Jumlah kematian yong tinggi dalam kegiatan memancing ternyata memeranjatkan namun jumlah ini adalah termasuk nelayan-nelayan yang mati lemas dan bukan sekadar pemancing-pemancing hujung minggu.

2. 10 jenis penyakit yang biasa menyebabkan kematian di kalangan wanita.
a. Sokit jantung.
b. Radang paru-paru.
c. Barah buah dada.
d. Barah paru-paru.
e. Stroke.
f. Barah usus.
g. Radang tenggorok.
h. Barah perut.
i. Barah ovari.
1. Kencing rnanis.
Apa yang paling memeranjatkan dalam penyelidikan ini adalah barah cervix dan barah rahim tidak termasuk dalam senarai 10 jenis penyakit yang menyebabkan kematian di kalangan wanita.

3. 10 jenis penyakit herjangkit yang paling teruk.
Berikut adalah 10 jenis penyakit berjangkit yang paling banyak menyebabkan kematian.
a. Radang paru-paru.
b. Radang tenggorok
c. Demam selsema.
d. Batuk kering.
e. Septicaemia (luka yang di-jangkiti kuman).
f. Meningitis.
g. Penyakit usus.
h. AIDS'.
i. Penyakit meningococcal.
j. Sifilis.

Walaupun AIDS sering mendapat publisiti yang meluas di dalam media namun jumlah kematian akibat penyakit ini masih sedikit kalau dibandingkan dengan penyakit batuk kering dan radang tenggorok.

4. 10 jenis penyakit berjangkit yang terjadi melalui perhubungan seks.
a. Penyakit berjangkit yang tidak khusus pada kemaluan.
b. Candidiasis (penyakit mulut dan kerongkong yang sering menyerang kanak-kanak).
c. Gonorea (penyakit kencing nanah).
d. Bintit-bintit pada alat kelamin.
e. Herpes simplex.
f. Trichomoniasis.
g. Pubic lice (kutu yang terdapat pada pangkal kemaluan).
h. Sifilis.
i. Scabies (penyakit kulit yang gatal dan berjangkit).
i. Molluscum contagiosum (se-jenis virus yang merebakkan penyakit dan menyebabkan bintit-bintit kecil poda kulit).
Penyakit AIDS tidak dikategorikan dalam senarai ini Kerana mengikut tinjauan jumlah mangsa AIDS masih lagi dianggap kecil bilangannya.

5. 10 jenis penyakit yang kebiasaannya dihidapi dalam jangka masa yang panjang.
a. Tekanan darah tinggi.
b. Osteo-arthritis (radang sendi).
c. Penyakit tiroid.
d. Kencing manis.
e. Sengal-sengal tulang.
f. Glaucoma (penyakit mata yang boleh menyebabkan buta).
g. Barah perut.
h. Sawan babi.
i. Psoriasis.
Penyakit saraf dan penyakit tidak boleh tidur tidak dapat dimasukkan ke dalam senarai kerana angka yang tepat tidak dapat diperolehi.

6. 10 jenis penyakit berjangkit yang biasa.
a. Selsema biasa.
b. Sakit kerongkong/bengkak pada anak tekak.
c. Radang tenggorok.
d. Penyakit kulit poda telinga.
e. Demam selsema.
f. Sinusitis (penyakit yang menyebabkan hidung berair).
g. Laringitis (radang peti suara).
h. Penyakit cacar.
i. Ruam.
j. Bintit-bintit merah pada perut.
7. 10 jenis dadah selalu diberi kepada pesakit.
a. Pil saraf.
b. Pil tidur.
c. Pil penahan kesakitan.
d. Antibiotik.
e. Ubat batuk.
f. Ubat untuk menghilangkan sakit perut dan memudahkan penghadaman.
g. Ubat pencuci perut (julap).
h. Krim kulit.
i. Pil vitamin.
1. Ubat untuk jantung.
Ubat penenang dan pil tidur masih lagi merupakan jenis-jenis dadah yang paling tinggi diambil oleh pesakit di samping ubat penahan sakit dan antibiotik.

8. 10 alasan/keadaan yang membuat pesakit berjumpa doktor.
a. Selsema, batuk dan sakit kerongkong.
b. Masalah saraf dan masalah tidak dapat tidur.
c. Tekanan darah tinggi dan sakit dada.
d. Sakit perut (masalah makanan tidak hadam).
e. Ruam dan bintit-bintit  pada kulit.
f. Sakit sendi dan otot termasuk sakit belakang.
g. Luka, terseliuh, patah dan luka disebabkan gigitan.
h. Keadaan tidak selesa (rimas)
i. Untuk mendapat cuti sakit.
j. Bengkak-bengkak yang ber cecair.

9. 10 jenis penyakit/keadaan yang kebiasaannya menyebabkan kematian.
a. Sakit jantung.
b. Barah.
c. Stroke.
d. Penyakit sesak nafas.
e. Radang paru-paru.
f. Kencing manis.
g. Kemalangan jalan raya.
h. Sakit buah pinggang.
i. Membunuh diri.
j. Jatuh secara tidak sengaja
Dalam penyelidikan ini didapati jumlah kematian akibat kemalangan dan kejadian membunuh diri meningkat dengan begitu cepat terutamanya bagi golongan remaja.

10. 10 jenis penyakit/Keaadaan yang kebiasaannya mesti dilakukan pembedahan.
a. Pembedahan untuk membesarkan rahim.
b. Pembedahan akibat beng pada anak tekak.
c. Pemeriksaan pundi-pundi.  Pembedahan akibat apendik. Pembedahan akibat hernia
(burut).
f. Menggugurkan kandungan. Pembedahan untuk membuang selaput mata yang menye
babkan rabun.
i. Pembedahan untuk membuang buah dada.
i. Pembedahan untuk membuang ketulan yang terdapat pada
hempedu.

Dari hasil penyelidikan senarai-senarai ini adalah sukar untuk berubah.

Fakta Tahun 1980an

Tiada ulasan:

Catat Ulasan